EPISOD 39

Romance Series 4310

"Waalaikumsalam.." Zarif menjawab salam tersebut lalu menoleh ke belakang.

Terkejut Zarif apabila rupa-rupanya terdapat enam orang lelaki yang berkopiah dan memakai vest menghalakan lampu suluh kepadanya. Jantungnya berdengup kencang sehingga dapat dirasai Aira. Aira mengangkat mukanya lalu turut memandang ke arah suara yang memberi salam tersebut.

"Minta maaf yer encik.... Kami ni Pegawai Penguatkuasa Agama daripada Jabatan Agama Islam Selangor. Kamu berdua ni suami isteri ke? Kalau encik berdua ni suami isteri boleh tak kami nak tengok kad nikah?" Soal salah seorang lelaki yang berkopiah sambil menunjukkan kad kuasanya.

Aira segera melepaskan Zarif lalu berundur setapak ke belakang. Mereka saling berpandangan. Aduss.. Bala  apakah yang telah menimpa mereka?

----------------------------------------------

Malam itu Tan Sri Omar segera bergegas ke balai polis apabila dia mendapat panggilan daripada pihak polis. Sampai sahaja di balai polis , Tan Sri Omar terus masuk ke bilik OCS untuk menyelesaikan pemasalahan yang telah dibuat oleh anak buahnya itu. Setelah hampir 2 jam maka selesai sudah segala urusan di balai tersebut. Tetapi urusan di rumah masih belum selesai. Tan Sri Omar memaklumkan untuk berjumpa di rumah untuk menyelesaikan beberapa perkara lagi. Tan Sri Omar mencekak pinggangnya manakala matanya kecik besar sahaja memandang Aira dan Zarif.

Kekecohan mulai berlaku di banglo Aira. Mak Imah yang sedang enak tidur terjaga apabila terdengar kekecohan yang berlaku.

"Sekarang ni Pak Long dan setelkan semua kes kamu berdua. Pak Long dah tolong berurusan dengan penuh budi bicara dengan pihak polis dan pegawai penguatkuasa agama. Saman-saman kamu berdua Pak Long tolong setelkan." Tan Sri Omar memeluk tubuhnya dan berjalan ke kiri dan ke kanan untuk mententeramkan dirinya itu.

"Thank you Pak Long."

"Terima kasih Tan Sri"

"Sekarang ni Pak Long taknak dengar apa-apa explanation dari korang. Sebab kalau ikutkan dari laporan mereka tadi semasa you all ditangkap you all tengah berpelukan. Gambar dan bukti pun Pak Long dah tengok. So please no explanation!" Tegas Tan Sri Omar . Aira dan Zarif tidak terkata. Lidah mereka seolah-olah kelu untuk menafikan atau mengiakan.

"Astagfirullahalazim..." Mak Imah yang curi-curi mendengar perbualan mereka itu tadi mengucap panjang di dalam hati. Setahunya tadi Aira beritahu dia hendak keluar berjumpa Naim tapi kenapa pula Aira kena tangkap khalwat dengan Zarif pulak. 

"Tan Sri...betul...kami tak buat apa-apa pun. Saya cuma nak tenteramkan Aira sahaja tadi."

"Tenteramkan Aira sampai berpelukan?" Tersentak Zarif dengan soalan Tan Sri Omar itu. Dia memandang Aira supaya Aira turut membelanya tetapi Aira hanya berdiam diri.

"Maafkan saya Tan Sri." Zarif berlutut dihadapan Tan Sri Omar. Aira terkejut dengan perbuatan Zarif itu yang betul-betul rasa bersalah.

"Sekarang ni Aira...Pak Long nak korang berdua kahwin je sebelum  macam-macam benda pelik lagi berlaku sampai boleh rosakkan nama baik arwah daddy you and nama baik Pak Long juga. Dah lama Pak Long perhatikan korang ni sebenarnya..ke hulur ke hilir macam belangkas."

"Erkk...tapi Tan Sri..."

"Takde tapi-tapi ...uncle nak kamu kahwin dengan Aira juga sebelum karang tiba-tiba Aira bawak perut pulak nanti." Tan Sri Omar menjegilkan matanya kepada Zarif.

"Astagfirullahalazim.." Terkejut Zarif mendengar kata-kata Tan Sri Omar itu.

Aira menangis dan hanya mampu tunduk dan memeluk kakinya sendiri. Dia tahu dia pasti akan kalah dengan Pak Longnya yang merupakan seorang yang amat tegas dengan segala tindakannya.

"Zarif..esok kamu bagi tahu parents kamu uncle nak nikahkan kamu berdua nanti dekat pejabat agama sahaja. Urusan lain tu kemudian kita fikirkan."

"Errkk..ermm...Tan Sri tapi..." Belum sempat Zarif menghabiskan ayatnya Tan Sri Omar mengeluarkan pistol dari dalam poket seluarnya.

"Uncle taknak dengar tapi-tapi..or uncle tembak kamu nanti.." Tan Sri Omar sudah mula hilang pertimbangan lalu mengacukan pistol ke arah Zarif.

"Pak Long....please stop it...Ok..ok...Aira dan Zarif akan nikah!!" Aira segera menghalang Pak Longnya daripada menembak Zarif sebelum satu peristiwa berdarah berlaku di rumah itu. Mak Imah yang curi-curi dengar tadi pun segera keluar dari persembunyiannya apabila melihat kelakuan Tan Sri Omar yang agak agresif itu.

Aira segera memeluk Mak Imah dengan tangisan yang membasahi hampir keseluruhan bajunya. Zarif yang masih berlutut di lantai hanya diam. Mungkin dia terkejut dengan tindakan Tan Sri Omar itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience