Zarif dan Aira bersalam dengan Mak Zaitun mereka segera menaiki kereta pulang ke Kuala Lumpur. Aira dikehendaki menghadiri mesyuarat pada pukul 10.00 pagi. Mesyuarat ini sudah dimaklumkan minggu lepas lagi tetapi Aira hampir terlupa. Nasib baik setiausahanya Kak Mira remindnya malam semalam itu pun disedarinya pagi tadi selepas dia dan Zarif menikmati meggi kari seawal pagi.
"Sempat ke kita sampai ke office before pukul 10 pagi?" Soal Aira kepada Zarif yang sedang kusyuk dengan pemanduan.
"Insyallah." Zarif jawab ringkas.
Setelah dua setengah jam perjalanan akhirnya kereta Porsche Cayenne putih Aira berhenti betul-betul di hadapan lobi syarikat pada jam 9.45 pagi. Zarif segera keluar membuka pintu untuk Aira tetapi Aira terlebih dahulu keluar daripada perut kereta tersebut. Aira membetul-betulkan kain baju kurung yang dipakainya itu. Dalam banyak-banyak baju Zalia, baju kurung itulah yang paling sesuai untuk dipinjamnya.
"Ada apa-apa lagi tak Cik Aira?Saya ingat nak tidur sekejap dalam kereta ni. Rasa macam tak cukup tidur pulak semalam sebab ada orang ajak makan meggi." Zarif tersenyum sinis. Aira hanya mencebik bibirnya.
"Dah..dah..you jangan nak tidur dalam kereta yer..bahaya! Lepas parking kereta terus naik ke office I. Nanti you pergi tidur je dekat meja Pak Hussain tu. Kalau you tak naik-naik juga nanti I turun ke parking cari you." Tegas Aira. Memang dia kurang gemar kalau pemandu tidur dalam kereta. Pak Hussian dulu pun dipaksanya naik tidur di pejabat.
"Baiklah Cik Aira. Dah..dah..pegi cepat meeting tu..Nanti lambat plak." Zarif secara spontan menghalau Aira. Aira pulak dengan segera berlari-lari anak menuju ke lif.
Semua kakitangan memandang Aira sambil tersenyum dan memuji keayuan Aira pada pagi ini. Pagi ini Aira berbaju kurung cotton bunga-bunga kecil warna pink. Jarang sekali Aira ke pejabat dengan berbaju kurung. Baju Zalia yang dipinjamnya awal pagi tadi sebelum Zalia ke sekolah. Saiz badan Aira dan Zalia hampir sama dan hanya baju itulah yang sesuai bagi Aira kerana baju lain semuanya senteng bagi Aira. Zarif yang menyarankannya memakai baju Zalia kerana sekiranya mereka singgah ke rumah sudah pastinya Aira tidak sempat menghadiri mesyuarat jam 10.00 pagi ini.
"Good morning Cik Aira. Semalam tak datang office tetiba pagi ni buat kejutan dengan berbaju kurung cotton. Comel plak Kak Mira tengok." Azmira, setiausaha Aira yang juga pernah berkhidmat dengan daddynya sebelum ini memuji kecomelan Aira pagi ini.
"Yeker comel?Apa yang pelik sangatnya kalau saya pakai baju kurung? I pelik la Kak Mira..sebab tadi semua staff sengih-sengih tengok I. Macam la I tak pernah pakai baju kurung before this!" berkerut dahi Aira memandang setiausahanya yang tersengih-sengih macam kerang busuk.
"Masalahnya baju kurung ni comel sangat. Mana ada CEO nak pakai baju kurung kain cotton bunga-bunga kecik ni. Setahu akak la gadis kampung je yang pakai macam ni. Kalau CEO selalunya pakai baju kurung moden ropol sana sini dan kain terbelah sampai peha." Azmira masih tersenyum sambil memandang Aira yang membelek dirinya dihadapan cermin.
"Ishh akak ni...perli saya ke? Persiapan meeting dah ok ke? Daripada duk sengih-sengih pandang saya baik akak pergi tengok bilik meeting tu." Aira mencekak pinggangnya. Azmira yang serba salah dengan kata-kata Aira segera berlalu pergi.
Sebelum Aira melangkah masuk ke bilik mesyuarat Aira sempat berpesan kepada Kathy.
"Kathy...nanti kalau driver I datang you tunjuk kat dia tempat Pak Hussain yer. Suh dia duk situ tau." Pesan Aira kepada Kathy.
"Baik Cik Aira!" Jawab Kathy sambil menangguk kepalanya.
-------------------------------------------------------------
Sebaik loceng dibunyikan, penyambut tetamu segera membuat pintu. Zarif segera masuk dan terus ke kaunter penyambut tetamu.
"Yer encik boleh saya bantu?" Soal Anne, penyambut tetamu syarikat.
"Saya ni driver Cik Aira, dia yang minta saya naik ke sini." Jawab Zarif.
"Owhh driver yer.. Ermm kejap yer." Anne segera menghubungi Kak Mira tapi tidak berjawab lalu dia terus hubungi Kathy.
"Hello Kathy.. Kak Mira mana yer?Aku call dia tak berangkat-angkat."
"Isshh kau ni.. Dah tentu-tentu la Kak Mira masuk meeting sama dengan Cik Aira." Balas Kathy ditalian.
"Owhh patot la.. Ni haa.. Ade sorang mamat ni dia cakap dia driver Cik Aira. Bukan ke driver Cik Aira tu Pak Hussain?" Jawab Anne perlahan takut didengari Zarif.
"Pak Hussain kan cuti rehat. Betul la tu driver baru Cik Aira!" Jelas Kathy.
"Driver ke bodyguard?" Soal Anne lagi.
"Dah Cik Aira kata driver aku nak cakap ape lagi. Ada masalah apa sebenarnya?" Kathy mula pening dengan soalan Anne.
"Masalahnya driver ni 'herlok' sangatt..Ehehe." Jawab Anne dengan penuh teruja sambil tergelak kecil.
"Kau ni..aku seligi baru tau. Aku ingatkan apa lah. Kalau dah 'herlok' sangat tu ko suh la dia masuk ke sini! Kau punya 'herlok' tu bukan leh caya sangat dengan biji mata kau tu!Meh sini aku nak tengok 'herlok' setara mana?" Geram Kathy.
Selang beberapa minit Zarif masuk ke ruangan pejabat dengan mata terkial-kial tidak tahu hendak tuju ke arah mana. Semua mata memandangnya. Itu membuatnya lagi serba salah.
"Owhh...ni ke driver baru Cik Aira? Meh sini saya tunjuk tempat." Tiba-tiba Kathy menyapa. Zarif hanya menuruti Kathy dari belakang.
Kathy menunjukkan tempat yang sepatutnya Zarif duduk. Syarikat ini memang ada menyediakan tempat untuk pemandu rehat dan duduk. Dulu Pak Hussain selalu duduk situ sambil menunggu Aira kini Zarif pula.
"Terima kasih." Senyum Zarif kepada Kathy sehingga menampakkan lesung pipitnya. Hati Kathy tiba-tiba berdengup kenyang melihat senyuman itu. Dia segera berlalu mendapatkan Anne. Nak bergosip la tuh.
Anne yang sedang kusyuk mengadap komputer terkejut dengan kehadiran Kathy yang penuh kekecohan.
"Kali ni aku percaya dengan bijik mata kau. Memang 'herlok' sangat weh.. Mana Cik Aira jumpa driver tu ek?" Soal Kathy kepada Anne.
"Ko agak-agak la kan betul ke driver dia?Jangan-jangan tu boyfriend Cik Aira tapi dia nak sorok so dia kata la driver. Make sense tak?" Duga Anne.
"Ermm make sense jugak kan? Tapi Kak Mira pernah bagi tau aku Cik Aira punya boyfriend kerja pilot. Ni mamat ni driver so tak logik la kan?" Teka Kathy pula. Masing-masing sibuk membuat tekaan.
"Ala ko ni...pilot pun driver jugak...Driver kapal terbang!" Secara spontan mereka gelak berdekah-dekah dengan jawapan Anne itu. Kathy segera berlalu pergi ke tempatnya semula.
Share this novel