Malam itu langit cerah dan suasana sunyi. Zarif bangun menuju ke balkoni dan merenung bulan dilangit. Dia memikirkan masa depan dan impiannya yang akan datang. Kata-kata Pak Long beberapa hari lepas telah membuatnya berfikir dan terus berfikir.
Menyedari suami tiada disisi, Aira bangun dari katil dan mencari Zarif. Kelihatan angin malam mulai masuk melalui pintu yang terbuka di balkoni. Aira menuju ke balkoni dan ternyata Zarif ada di situ.
"Kenapa ni abang..tak boleh tidur ke?" Aira mendekati Zarif. Lengan Zarif dipeluknya.
"Ermm... Tak boleh nak lelap mata plak malam ni."
"Abang fikirkan apa ni.. Abang taknak share dengan sayang ke?" Aira membetulkan kedudukannya mengadap Zarif.
Zarif memandangnya dan tersenyum. Dia tidak mahu Aira tahu pergolakan perasaannya ketika itu. Aira merenung dalam-dalam anak mata Zarif untuk mencari jawapan. Zarif pantas mencuit hidung Aira.
"Jom la kita tidur." Ajak Zarif.
"Taknak...mesti ada something kan...baik abang cerita dekat sayang.." Aira menarik-narik lengan Zarif seperti anak kecil.
Zarif memusingkan badan Aira mengadap ke depan kemudian dipeluknya Aira dari belakang. Dia ingin bertanya Aira suatu tetapi dia segan untuk menatap mata Aira.
" Sayang bahagia ke dengan abang?" Soal Zarif tiba-tiba.
" Abang... Ini ke yang buat abang terfikir sampai tak boleh tidur tu?" Aira segera memusingkan badannya semula mengadap Zarif kemudian dipeluk Zarif erat.
"Sayang bahagia dengan abang. Sayang bahagia dengan keadaan kita sekarang ni. Abang.. Please jangan fikir bukan-bukan. " Aira mengusap-usap lembut wajah Zarif.
"Terima kasih sayang kerana sudi terima abang." Dahi Aira dikucup Zarif.
"Abang.. Jom la tidur.. Sayang takleh tidur tau kalau sorang-sorang..." Renget Aira dalam nada manja kemudian menarik tangan Zarif.
"Sebelum ni boleh je kan tidur sorang-sorang.. Ngada betul.."
"Alaa.. Kan dah ada suami.. Nak la suami ada disisi.." Aira mencebikkan bibirnya.
"Amboii bibir tu panjangnya muncung... Abang gigit kang baru tau." Mendengar kata-kata Zarif itu Aira segera berlari masuk ke bilik untuk menyelamatkan diri.
-------------------------------------------
Kapal terbang yang dinaiki Aira dan Zarif telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea. Aira dan Zarif mencari-cari tempat yang sesuai untuk mereka bersarapan pagi sementara menunggu pemandu pelancong datang menjemput mereka.
Sedang mereka berjalan mencari tempat yang sesuai , mereka terserempak dengan sekumpulan pramugari, pramugara dan juruterbang.
Aira seolah-olah kenal juruterbang yang berpakaian kemas itu. Ya...itu Naim. Rupanya Naim juruterbang yang menerbangkan pesawat yang mereka naiki tadi. Patutla semasa juruterbang memperkenalkan namanya dia rasa macam kenal nama itu. Naim berjalan disamping pramugari dan pramugara yang beruniform merah sambil menarik beg beroda hitam.
Aira dan Zarif yang jalan berpimpinan tangan sempat dikerling dan ditegur oleh Naim. Mereka tidak sangka akan terserempak di Korea ini.
"Ohh...Aira...finally betul la tekaan I kan...you rupanya ada skandal dengan mamat ni...Patutla you memang dah tak pedulikan I langsung.." Naim datang menegur Aira. Mata Naim masih tertumpu kepada tangan Aira dan Zarif yang berpegangan erat.
"Please Naim...please move on!You sendiri suruh I kahwin dengan dia kan? So.. now he is my husband!" tegas Aira.
"Captain..what happen..why you stop here?Jom kita pergi sekarang. Bas dah tunggu tu." Karina menegur Naim yang tiba-tiba berhenti dihadapan sepasang kekasih yang sedang berpegangan tangan itu.
Mata Karina sempat memandang lelaki di sebelah wanita itu. Lelaki itu seolah-olah dia pernah lihat sebelum ini. Zarif turut rasa yang dia juga pernah terjumpa wanita itu. Naim dan Karina segera meninggalkan mereka berdua. Zarif cuba mengingati kembali siapakah pramugari itu?
"Abang kenal ke pramugari tu? Amboi lama dia tenung abang..jeles tau sayang dia tengok abang macam tu!" Aira memuncungkan mulutnya.
"Abang tak kenal...tapi abang rasa macam pernah terjumpa dia tapi tak ingat kat mana?Ermm...forget it ok. So kita nak makan kat mana ni sayang?"
"Entah la abang..kita tunggu jela Zakri datang. Dia lagi arif kot makanan yang halal kat sini." Jelas Aira. Zakri merupakan anak saudara Mak Imah yang bekerja sebagai pemandu pelancong di Korea. Mak Imah la yang mencadangkan agar mereka pergi berbulan madu ke Korea.
Bulan madu yang tak dirancang ini telah meninggalkan kenangan manis kepada Aira. Dia tak sangka rupanya bercinta lepas kahwin ni lebih manis dan indah. Jika dulu bersama Naim hampir 4 tahun tapi asyik memendam rasa duka sahaja tetapi kini bersama Zarif dia rasa lebih bahagia dan selesa. Zarif lebih menghargai dan menjaga perasaannya.
Setelah 4 hari mereka menyulam cinta di Korea maka destinasi mereka yang terakhir sebelum pulang ke Malaysia ialah di Namsan Tower. Zarif dan Aira membuat keputusan untuk naik ke menara itu dengan hanya menaiki tangga. Aira hendak luangkan hari terakhir mereka bersama-sama di Korea ini dengan menikmati permandangan Korea di waktu malam.
Ketika menikmati permandangan yang indah itu, akhirnya baru Zarif teringat bahawa pramugari yang mereka terserempak tempoh hari ialah wanita sama yang dia pernah tangkap buat maksiat bersama Azizul di pejabat pada 2 tahun yang lepas.
"Ok.. Ok.. I get it... I remember already." Kata Zarif di dalam hati.
"Abang.. Jom balik hotel.. Sayang dah letih la. Esok kita dah nak balik Malaysia. Kat bilik nanti nak packing beg pulak.." Aira menyandarkan badannya pada Zarif. Zarif mengelus-ngelus sambil memicit lengan halus Aira itu. Aira tersenyum kelegaan.
---------------------------------------------
Naim tidak puas hati dengan apa yang dikatakan oleh Aira tempoh hari. Masih terngiang-ngiang di telinganya jawapan yang diberikan oleh Aira itu. Pegangan erat tangan Aira terhadap lelaki disampingnya itu ibarat seperti iklan yang asyik diulang tayang dihadapannya.
"Aduss kenapa aku asyik ingatkan Aira ni? Macam mana aku boleh cakap nak break off dengan dia... Bodohnya aku boleh melepaskan perempuan macam Aira tu... Bodoh.. Bodoh.. Bodoh..." Naim menumbuk-numbuk bantal kecil dihadapannya untuk melepaskan geram.
Orang kata bila ada diabaikan.. Bila tiada dicari-cari. Naim merasakan rugi melepaskan wanita yang cantik, bergaya, cerdik dan kaya itu. Baginya Aira merupakan wanita yang cukup lengkap pakejnya sebagai seorang wanita moden yang sofistikated.
Dia merasakan Aira sengaja mengatakan lelaki itu suaminya kerana untuk membuatnya cemburu.
"Arghh..aku tak percaya la lelaki tu suami kau Aira. Kau saja je kan.. Saja nak buat aku cemburu. Aku tak dengar pun kecoh-kecoh kata kau dah kahwin. Arghh.." Naim menjerit seperti orang kurang waras di apartmentnya.
Selagi tiada desas desus mengatakan Aira sudah kahwin maka selagi itu jugalah dia akan sedaya upaya untuk mendapatkan Aira semula. Perasaan menyesal terbit dihati Naim apabila dia mengingati semula saat lafaz putus nya kepada Aira semasa di hotel ketika itu. Keegoannya ketika itu terlalu tinggi beserta emosinya yang bergolak.
Share this novel