EPISOD 56

Romance Series 8446

2 TAHUN KEMUDIAN

Pagi itu satu mesyuarat untuk semua kakitangan Prisma Wave Group sedang berlangsung. Mesyuarat kakitangan ini biasanya akan diadakan sebulan dua kali. Kalau ikutkan arwah Tan Sri Ahmad Zainudin dulu, mesyuarat bersama kakitangan akan diadakan seminggu sekali tetapi bagi Aira mesyuarat yang kerap ini boleh menganggu tugasan kerja kakitangan.

"Pagi ni saya nak maklumkan kepada you all semua yang kita akan cuba fight satu projek yang agak high profile for one ofĀ  this company. Actually theĀ  company isĀ  belongs to one of the richest man in Malaysia..so ada beberapa company juga yang akan cuba untuk fight this projek. Jadi kita akan cuba buat design mengikut kriteria yang mereka nak." Terang Aira kepada semua kakitangan.

" Woww.. Apa nama jutawan tu Cik Aira? " Soal Syamel yang merupakan salah seorang arkitek di syarikat itu.

"Tan Sri Syed Ibrahim." Jawab Aira ringkas.

"Ooohhh tu owner Mercury Hotel dan Mercury Mall kan?" Soal Kathy.

"Yes thats right. Sekarang ni dia nak bina satu lagi mall yang besar dekat area PJ dan dalam tu plak ade service apartments. Jadi macam-macam la dia request. So kita kena fight la untuk masuk dalam projek ni." Jelas Aira lagi. Semua kakitangan kusyuk mendengar penjelasan Aira itu.

" Sekarang ni company kita akan tambah lagi 2 orang arkitek. Insyallah esok derang akan mula berkhidmat. " Semua kakitangan teruja apabila Aira memaklumkan akan pertambahan kakitangan.

Setelah hampir sejam mesyuarat berlangsung akhirnya ianya berakhir. Aira segera menuju ke biliknya manakala Kak Mira menurutinya dari belakang.

"Cik Aira.. Yang akak tau esok sorang je staff baru yang akan lapor diri. Sorang lagi tu bila pulak dia datang interview?" Soal Kak Mira, setiausahanya.

"Ish akak ni banyak tanya la..akak ingat I nak ambik sebarangan orang ke? OfĀ  coz la yang sorang lagi tu kuota dari I. Hehe.."

"Ohh kira dia pakai kabel besar terus melalui CEO la yer.. Erm.. Ok.. Paham.. Paham.." Senyum Kak Mira lalu meninggalkan bilik Aira.

--------------------------------------------

Pintu utama syarikat Prisma Wave Group dibuka sebaik sahaja loceng dibunyikan. Seorang pekerja baru lelaki sudah masuk melapor diri sebentar tadi dan kini seorang lagi pekerja baru hadir untuk melapor diri.

Anne yang merupakan penyambut tetamu syarikat seakan-akan seperti mengenali sosok tubuh lelaki itu dari jauh.Ā  Lelaki itu masuk dengan tersenyum.

"Ermm.. Hensem and smart tapi kenapa macam fimiliar je mamat ni?" Anne bicara di dalam hati.

"Assalamualaikum Anne!" Lelaki itu memberi salam sambil tersenyum. Anne terkejut apabila lelaki itu menyebut namanya. Rasanya dia tak pakai tanda nama macamĀ  cikgu-cikgu sekolah pun.

"Waalaikumsalam... Eh.. Eh... Zarif kan?" Soal Anne sebaik sahaja dia mula menyedari itu Zarif.

"Haa nasib baik ingat!Apa khabar Anne?" Zarif bertanya khabar.

"Khabar baik. Amboii smartnya dia. Lama hilang.. Tup.. Tup muncul balik dengan penuh bergaya. Rambut panjang pun dah hilang ye!" Ceria Anne.

"Hehe.. Saya datang nak lapor diri kerja la tu yang kena kemas tu."

"Ehh...really?Wah dah jadi staff sini yer.. Dah.. Dah.. Pegi masuk cepat kang boss bising.Terus ke bilik Cik Aira yer. Nanti kita sembang lagi tau." Zarif membalas dengan anggukkan dan terus berlalu untuk melapor diri sebagai salah seorang staff Prisma Wave Group.

Kak Mira terkejut apabila Zarif yang sudah 2 tahun tidak berjumpa dan akhirnya muncul kembali. Kali ini Zarif muncul dengan imej yang penuh segak, kemas dengan bertali leher.

"Jadi inilah staff baru yang Cik Aira katakan tu yer. Segak kamu ye Zarif. Different sungguh dari dulu." Zarif hanya tersenyum malu. Tadi Anne puji.. Ni Kak Mira pulak puji.

Seorang lagi staff yang baru melaporkan diri tadi memandang mereka pelik. Dia pelik melihat Zarif yang mesra dan mengenali setiausaha Cik Aira itu.

"Boleh ke saya masuk jumpa boss Kak Mira. Nak lapor diri. Kang dia bising plak kalau lambat." Zarif segera masuk ke bilik Aira sebaik sahaja Kak Mira mengangguk kepalanya.

Aira yang dari tadi menanti-nanti kehadiran Zarif tadi akhirnya tersenyum apabila dia menyedari pintu dibuka oleh Zarif. Dia segera bangun dari kerusinya lalu menyambut tangan Zarif.

"Selamat datang Encik Mohd Adam Zarif. Selamat berkhidmat di Prisma Wave Group." Aira menghampiri Zarif lalu membetulkan tali leher Zarif yang kelihatan senget itu.

"Terima kasih Cik Aira kerana betulkan tie saya ni yer." Zarif mengeyit matanya kepada Aira.

"Abang hensem sangat plak hari ni. Jeles la sayang.. Nanti ramai staff ngorat abang plak camna nanti." Aira mendekatkan bibirnya ke telinga Zarif lalu membisik kata-kata itu.

"Hati abang hanya kepada sayang!" Zarif pula berbisik ke telinga Aira lalu dikucup pipi Aira.

"Abang... Tak elok tau macam ni di tempat kerja." Aira malu.

"Baik Cik Aira.. Saya berjanji tidak akan ulangi lagi kecuali kalau Cik Aira yang cium saya.. Saya ok jer." Zarif mencuit hidung Aira.

"Jom Encik Zarif kita ke bahagian HR." Pintu dibuka dan mereka menuju ke Bahagian Sumber Manusia.

Semua kakitangan memandang Aira, Zarif dan seorang lagi staff baru yang bernama Fadil. Jarang sekali bos mengiringi staff baru hingga ke Bahagian Sumber Manusia. Ada yang terkejut rupanya salah seorang staff baru yang dimaksudkan Aira itu adalah Zarif yang dulu merupakan pemandu Aira. Ada yang tergelak-gelak kerana mereka terasa telah di 'prank' oleh bos mereka sendiri.

Pintu bilik Shiela yang merupakan pegawai di Bahagian Sumber Manusia dibuka. Sheila segera menamatkan panggilan telefonnya apabila dia menyedari Aira yang membuka pintu. Di belakang Aira kelihatan dua orang lelaki. Seorang lelaki yang dia rasa pernah jumpa dan seorang lagi dia kenal semasa sesi temuduga tempoh hari.

"Kak Sheila ni dua orang arkitek baru dekat company kita. Nanti akak uruskan tempat diorang yer."

"Lorr.. Dari tadi akak tunggu diorang tapi tak muncul-muncul rupanya terus lapor diri dekat Cik Aira yer... Ok.. Ok.. Nanti akak uruskan tempat diorang yer." Kata Sheila.

"Iya kak... I yang suruh Anne bagi tau derang terus lapor diri dekat I. Encik Zarif dan Encik Fadil biasa-biasakan lah diri dekat office ni yer.Selamat bertugas!" Aira tersenyum dan berlalu pergi menuju ke biliknya.

Zarif dan Fadil diperkenalkan oleh Sheila kepada semua kakitangan Prisma Wave Group sebagai arkitek di syarikat itu. Kakitangan yang lama pasti mengenali Zarif sebagai pemandu Aira sebelum ini. Zarif dan FadilĀ  masing-masing ditempatkan di bilik yang sudah lama kosong tanpa tuannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience