" Ok terima kasih semua yer. Hari ni merupakan hari terakhir cikgu mengajar dekat sini. Kalau ada kesempatan kita jumpa lagi yer." Ujar Zarif kepada semua anak muridnya di kelas 4 Cempaka.
" Ala...tak syok la cikgu takda. Nanti sapa yang nak ajar kami main kompang nanti." Hafiz selaku ketua kelas 4 Cempaka bersuara.
" Ish kamu ni..kan Ustaz Hairul ada. Kalau nak lagi expert pegi la masuk Kelab Kompang under Ustaz Hairul tu." Semua mata pelajar tertumpu kepada Zarif yang berdiri dihadapan papan hitam.
" Rasanya lepas ni tak bersemangat la saya nak datang ke sekolah. Cikgu ensem dah takda." Seloroh Amelia. Pelajar-pelajar perempuan yang lain masing-masing mengangguk mengiakan kata-kata Amelia.
"Memandai jer kamu ni yer Amelia." Zarif tersenyum sipu malu dengan usikan Amelia. Senyumannya menampakkan barisan gigi yang putih bersih. Lekukan lesung pipit di pipi kirinya jelas kelihatan apabila Zarif senyum. Senyumannya itu lah yang membuatkan hampir kesemua pelajar perempuan di SMK Seri Pantai cair.
Hampir 3 bulan Zarif menjadi guru sementara menggantikan Cikgu Hamidah yang cuti bersalin. Sebenarnya Zarif sudah mulai rasa selesa dengan anak murid di sekolah tersebut. Tapi apakan daya kontrak dia mengajar di sekolah tersebut hanya untuk 3 bulan sahaja.
----------------------------------------------
"Rif..ko tak mengajar ke hari ni?" Amirul yang merupakan rakan serumah Zarif bertanya . Amirul pelik di kala dia kelam kabut bersiap pagi hendak ke pejabat tetapi si Zarif masih releks menonton rancangan Tanyalah Ustaz di televisyen.
"Aku dah abis kontrak dah. Cikgu Hamidah dah masuk mengajar semula hari ni." Amirul mengangguk-angguk kepalanya tanda paham .
"Bistu frust la segala anak murid secret admirer ko tu yer..Hahaha." Seloroh Amirul.
"Hahaha..nampaknya begitulah." Ujar Zarif sambil tersenyum.
"Oklah weh, aku chow dulu. Ko jangan nakal-nakal ye kat umah ni. Leha kalau tau ko ade kat rumah ni sure nanti sikit-sikit dia datang ketuk pintu umah ni. So ko kena hati-hati ye." Pesan Amirul.
"Uhh serammmm..." Zarif mengangguk kepalanya sambil membuat aksi gigit jari kononnya takut dengan Leha. Amirul terus melangkah keluar dari rumah.
Leha anak jiran depan rumah mereka ini benar-benar tergilakan Zarif. Rajin benar dia curi-curi intai dari jauh. Zarif dan Amirul rasa dah macam CCTV yang memerhati mereka. Tapi yang untungnya mereka ini ialah Leha ni rajin benar memberi makanan kepada mereka. Ada je kuih atau lauk yang akan dihantar oleh Leha kepada mereka ini.
Zarif ke balkoni depan rumahnya untuk menjemur pakaian. Hari ini dia begitu mempunyai banyak masa untuk melakukan kerja-kerja rumah. Sudah 3 hari dia tidak mambasuh pakaian kerana sibuk dengan aktiviti sekolah dan menyelesaikan beberapa urusan sebelum dia meninggalkan sekolah. Penyerahan semula tugas kepada Cikgu Hamidah dan menyiapkan beberapa laporan kerja.
"Hai Abang Zarif!" Sapa Leha yang agak teruja bila die melihat Zarif menjemur pakaian.
"Eh Leha..Hai!" Balas Zarif
"Abang tak kerja ke hari ni? Selalunya pukul 7.00 pagi lagi abang dan pergi kerja tapi hari ni abang releks lagi kat rumah." Leha tersenyum-senyum memandang Zarif.
"Aduhh minah ni betul-betul CCTV ni. Dia boleh tahu aku pegi kerja pukul berapa." Zarif mengomel di dalam hati sambil itu tangannya sibuk menyidai pakaiannya diampaian.
"Ermmm abang dah berhenti keje dah. Kontrak abang dah abis. Tengah tunggu nak sambung belaja balik lepas ni. Oklah Leha, abang masuk dulu yer." Zarif cuba melarikan diri dari Leha. Dia rimas benar dengan Leha sebenarnya. Segala gerak gerinya abis diperhatikan oleh Leha.
"Alaa...Leha baru nak bersembang dengan abang. Abang nak masuk pulak dah." Leha mencebik bibirnya. Zarif cepat-cepat melambaikan tangannya kepada Leha dan terus masuk ke dalam rumah.
"Uhhh...psiko betul la minah nih." Zarif meraup rambutnya ke belakang.
Sejak Zarif membantu Leha menukar tayar motorsikal 5 bulan lepas, Leha makin lama makin menjadi-jadi. Leha sebelum ini pernah bekerja di sebuah kilang tetapi memandang dia sering pulang lewat malam maka Pakcik Osman tidak membenarkan dia bekerja di kilang tersebut. Leha hanya menghabiskan masanya di rumah menolong ibunya meniaga kuih-muih pada waktu petang.
Share this novel