EPISOD 60

Romance Series 8446

Hari ini merupakan hari pembentangan proposal kepada syarikat Nexus Group. Zarif akhirnya dapat menyiapkan proposal tersebut setelah hampir 2 bulan dia bertungkus lumus.

Aira membetulkan tali leher Zarif agar kelihatan kemas. Zarif yang segak dengan kot dan seluar slack hitam benar-benar membuatkan Aira tidak keruan. Dia risau kalau Kathy teruja melihat Zarif dalam berpakaian kemas sebegitu.

"Abang.. Kita terus pergi ke Menara Nexus jerla.. Tak payah singgah office dulu." Pinta Aira.

"Tak boleh la sayang.. Kena singgah office dulu sebab nak ambik beberapa dokumen kat bilik abang." Ujar Zarif lalu mengenakan minyak wangi Issey Miyaki.

"Tak payah la sembur sangat perfume tu.. Wangi sangat ni." Ngomel Aira.

" Sayang ni dah kenapa... Hari-hari abang pakai perfume ni.. Kenapa plak hari ni sayang rasa abang wangi sangat plak? " Zarif tergelak melihat gelagat manja Aira tu.

"Hari ni abang wangi and handsome sangat..sayang risau nanti Kathy tergoda." Kata-kata yang terpacul dari mulut Aira itu membuatkan Zarif gelak terbahak-bahak.

"Sayang...sayang...dah la jom kita pergi sekarang. Pak Hussien dah tunggu kat bawah tu." Zarif menarik tangan Aira lantas menuruni anak tangga.

Mereka singgah sebentar ke pejabat untuk mengambil beberapa dokumen penting dan bahan cetakan untuk diedarkan semasa sesi pembentangan nanti. Kathy yang sedang kusyuk membuat kerjanya terhenti seketika apabila dia terlihat Zarif yang kemas dengan kot dan bertali leher kalut keluar masuk dari biliknya.

"Wahh.. Ensemnya dia. Apa yang kalut sangat tu Zarif?" Tegur Kathy.

" Oowhh Kathy... Kalut la sebab pasni nak kena bentang proposal dekat Tan Sri Syed Ibrahim." Balas Zarif.

"Ok.. Ok.. Good luck Zarif. Anyway you look gorgeous today!" Puji Kathy kerana dia begitu terkesima dengan penampilan Zarif pada hari itu.

"Encik Mohd Adam Zarif... Jom cepat!" Laung Aira sebaik sahaja dia ternampak Kathy bertenggek di depan pintu bilik Zarif.

Hari ini Zarif dan Aira akan ke Menara Nexus untuk membentangkan proposal pelan Mercury Mall and Residents. Andainya proposal ini berjaya menambat hati Tan Sri Syed Ibrahim maka ini adalah projek pertama Zarif sebagai arkitek di Prisma Wave Group.

Zarif dan Aira kini berada di lobi Menara Nexus untuk mendaftar diri di kaunter pendaftaran sebelum mereka dibenarkan untuk menuju ke bilik mesyuarat utama Pengarah. Sementara menunggu giliran mereka membuat pembentangan proposal, mereka berlegar-legar sebentar di lobi melihat rekabentuk unik menara itu. Tiba-tiba bahu Zarif ditepuk oleh seseorang.

"Adam kan?" Soal seorang lelaki yang separuh abad itu kepada Zarif.

"Ye saya.. Allahuakbar... Dato..." Zarif berpaling kepada suara itu dan segera bersalam dan cium tangan lelaki itu.

"Dato'??" Aira terpinga-pinga melihat situasi kemesraan Zarif dengan lelaki itu.

"Dato apa khabar? Sihat?" Soal Zarif sambil melemparkan senyuman nipis kepada lelaki itu.

"Alhamdulillah.. Sihat sikit.. Sihat cara orang sakit la.." Jawab lelaki itu sambil tergelak kecil.

"Cik Aira.. Ini Dato Azman... Owner Azman Architect Sdn. Bhd." Zarif memperkenalkan Dato Azman kepada Aira sebaik sahaja dia melihat wajah Aira berkerut-kerut menuntut penjelasan.

"Hai Cik Aira.. Nice to meet you.. And she is...?" Soal Dato Azman dalam ayatnya yang tergantung. Dato Azman menghulurkan tangan untuk bersalam dan Aira menyambut salam itu.

"She is CEO Prisma Wave Group." Zarif memperkenalkan pula Aira kepada Dato Azman.

"Owhh...so this is the beautiful young lady yang orang duk sebut-sebut tu yer. Cik Aira the brilliant young beautiful architect a.k.a CEO." Panjang pujian Dato Azman itu membuatkan Aira tersipu malu.

"Amboi panjangnya gelaran untuk Cik Aira tu..kan dia dah malu tu. By the way, Dato ada urusan apa kat sini?" Soal Zarif kepada Dato Azman.

"Actually I, Azizul and Khai our new staff baru jer lepas present proposal dekat Tan Sri Syed Ibrahim. Ni i tengah tunggu Azizul la ni..nak balik dah..And you..buat apa kat sini Adam?.present the same project juga ke?." Terang Dato Azman. Dia turut menduga yang pastinya Prisma Wave Group akan turut bersama berebut dengannya projek berprofile tinggi itu.

"Yes Dato...Kita ni mempunyai cita-cita yang sama pada hari ini. Ok Dato.. After this our turn for presentation pulak so we are in a hurry yer Dato. Next time kita jumpa lagi yer." Aira segera mencelah dan menunjukkan jam tangannya untuk mengambarkan kepada Dato Azman yang mereka sedang mengejar masa.

" Oh ya.. Ok.. Ok.. " Dato Azman mengangguk-angguk kepalanya. Dia agak kesal kerana tidak dapat berbual panjang dengan Adam.

Beberapa minit kemudian akhirnya Azizul muncul dan terus mendapatkan Dato Azman dan Khai yang sedang menantinya di lobi Menara Nexus.

"You know what Zul... Tadi papa terserempak dengan Adam dekat sini," kata Dato Azman kepada Azizul dengan penuh ceria.

"What!!... Wujud lagi rupanya mamat tu.. Dia buat apa dekat sini papa?" Azizul terkejut mendengar kata-kata itu daripada papanya.

"Dia buat sama seperti apa yang kita buat hari ni la. So we better watch out!Ada kemungkinan kita tak dapat projek ni. " Dato Azman seolah-olah dapat menduga keputusan yang kemungkinan akan terjadi.

"Apalah papa ni.. Belum apa-apa takan dah nak give up. Come on la papa!" Bentak Azizul. Bengang betul dia dengan papanya.

"Itu kan Adam... Of course he will come with the brilliant idea.. Di tambah pulak his CEO is an intelligent and beautiful lady... Gabungan pakej yang lengkap untuk tambat hati Tan Sri Syed Ibrahim." Kata-kata Dato Azman itu membuatkan Azizul menahan perasan marahnya yang sedang membuak-buak.

"Adoii.. Papa ni... Jom la kita balik!" Ajak Azizul dalam nada kasar. Mereka melangkah keluar dari Menara Nexus.

Jauh di sudut hati Azizul merasakan syarikatnya tidak berjaya untuk mendapatkan projek itu kalau memang ternyata Adam dan majikannya turut menghantar proposal untuk projek Mercury Mall and Residents itu.

--------------------------------------------------------------------------------------------

Selesai sahaja pembentangan proposal, Tan Sri Syed Ibrahim terus mendekati Aira dan Zarif. Zarif yang sedang mengemas-ngemas komputer ribanya hanya sempat melemparkan senyuman kepada Tan Sri Syed Ibrahim yang sedang berbual bersama Aira. Selesai mengemas Zarif segera mendekati mereka.

"Congrats Mr. Adam Zarif...your presentation is very interesting. Ni buat I pening nak decide. You know what.. Your design is an engineer's nightmare.. Hahaha" Tan Sri Syed Ibrahim menyatakan keterujaannya akan proposal yang dibentangkan oleh Zarif sebentar tadi.

"Ya.. Thanks Tan Sri.. So please choose us la kalau gitu!" Nada gurau Zarif tapi penuh pengharapan.

"Your name Adam Zarif sounds fimiliar la to me!" Tan Sri Syed Ibrahim cuba mengamati semula nama tu tapi ingatannya kurang jelas. Di usia yang sudah mencecah 68 tahun ni pasti ingatannya tidak sekuat dulu.

"Of course la fimiliar Tan Sri... Dia la one of the architect yang design our Mercury Hotel!" Tiba-tiba Haikal salah seorang pegawai pemasaran syarikat Nexus Group mencelah perbualan mereka.

"Oh really?!" Soal Tan Sri Syed Ibrahim.

"Ermm..." Ringkas jawapan Zarif disertai anggukkan dan senyuman nipis.

Aira yang terdengar perbualan itu tiba-tiba kaget seketika. Matanya merenung Zarif tajam seolah-olah inginkan penjelasan. Zarif tersenyum manis menampakkan lesung pipitnya.

"Lorr yeke..tak sangka pula.Tapi bukan ke dulu Azman Architect Sdn.Bhd yang handle Mercury Hotel...so now you with Prisma Wave Group pulak ker? So that's mean you ni memang tahu apa yang I suka la. You know my taste ya young man..Hahaha..." Tan Sri Syed Ibrahim menepuk-nepuk bahu Zarif sambil tergelak.

"Well...hope so..." Jawab Zarif sambil jalan beriringan dengan Tan Sri Syed Ibrahim untuk menikmati minuman yang disediakan.

"Ehh...don't forget you boss Zarif...come Miss Aira let's have some drink..." Ajak Tan Sri Syed Ibrahim apabila dia menyedari Aira ditinggalkan ke belakang. Aira segera mempercepatkan langkahnya.

Sepanjang di meja makan Aira memerhatikan sahaja keramahan Zarif melayan Tan Sri Syed Ibrahim berbual. Terus tenggelam Aira sebagai CEO ketika itu kerana Tan Sri Syed Ibrahim lebih tertarik dengan Zarif. Aira hanya tersenyum memerhatikan mereka berdua.

"Abang...I think you are sweet talker!" Pandangannya kepada Zarif semasa di dalam kereta tidak dilepaskan.

"Eh..eh...eh...kenapa pulak cakap macam tu?" Tangan Zarif yang ligat bermain game di dalam telefon bimbitnya terhenti seketika.

"I yang punya cantik anggun ni Tan Sri tu taknak pandang langsung.. Syok sungguh dia sembang dengan abang." Ujar Aira. Zarif tergelak terbahak-bahak apabila mendengar perkataan yang diungkapkan Aira itu.

"Sayang...awak jealous ke?Dengan Kathy jealous ...takan dengan Tan Sri Syed Ibrahim pun jealous jugak ke? Come on my Miss Aira... my young beautiful wife!" Jari jemari Aira diramas dan kucup-kucupnya. Zarif menggeleng-geleng kepalanya sambil tergelak-gelak.

"Abang...gelakkan sayang yer.Notty!" Jari Aira laju sahaja mencubit perut Zarif.

"Pak Hussien dengar tak ada orang jealous hari ni?" Zarif mencuit bahu Pak Hussien yang sedang fokus pada pemanduannya. Pak Hussien hanya mengangguk dan tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience