EPISOD 13

Romance Series 4310

Dalam keadaan paksa rela Zarif memacu kereta ke Jambatan Pulau Pinang. Kali ni mereka akan ke Batu Feringgi seperti apa yang dicadangkan Aira.

"Cik Aira.. Kenapa tiba-tiba nak main pasir pantai malam-malam ni?" Soal Zarif.

"Entah la... Saje.. Kalau you taknak pegi jom la pusing balik." bentak Aira dalam nada manja.

"Ehh.. Bukan macam tu.. Saya saja je tanya." Zarif jadi serba salah.

Malam itu suasana di dalam kereta agak sunyi. Aira menikmati neon lampu di sepanjang jalan atas Jambatan Pulau Pinang. Sesekali matanya memandang air laut yang sedang pasang.

Akhirnya kereta berada di penghujung Jambatan Pulau Pinang. Zarif segera mengguna bantuan waze untuk ke Batu Feringgi. Dia memang tidak berapa arif jalan di sekitar Pulau Pinang ini.

"Penang ni malam-malam happening juga yer.. Macam kat KL." Aira memecah kesunyian.

"Yer Cik Aira. KL dan Penang ni sama je. Orang-orang dia tak reti tido malam." Jawab Zarif.

"Aikk perli i ke apa ni?" tegur Aira.

"No.. But its reality. Am I right Cik Aira?" Soal Zarif pula.

"Ermm.. Yerla.. Yerla... You menang.. Eh Zarif.. Berapa kali I dah cakap.. Panggil I Aira jer.. I kenal you pun sebelum ni lagi kan." Aira mengingatkan Zarif.

"Ala.. Macam la kita dah kenal sejak kecik lagi. Kenal pun baru-baru ni je kan. Lagi pun you are my boss right now." Ujar Zarif.

"Sama la tu kan! Boss la sangat" Dengan pantasnya jari Aira mencubit lengan Zarif.

"Adoii!!" Jerit Zarif terkejut dengan tindakan Aira. Aira hanya tersenyum sinis tanda puas hati.

-----------------------------------------------------

Kereta di parkir betul-betul di hadapan sebuah restoran. Restoran itu pun pengunjung sudah tidak ramai. Mungkin kerana jam sudah menunjukkan pukul 1.15 pagi.

Aira dengan pantas turun dari kereta lalu terus cuba untuk  berlari ke pantai. Zarif cuba untuk menahan Aira tapi tidak berjaya.

"Cik Aira pakai kasut.. Bahaya nanti!" Sayup-sayup kedengaran suara Zarif.

"Apalah 'perak' sangat minah ni..? Macam tak pernah jumpa pantai." Ngomel Zarif. Kakinya cuba untuk terus melangkah ke arah Aira.

Aira begitu teruja sekali bermain-main pasir di pantai dengan kakinya. Zarif berhenti langkahnya. Dia hanya perhatikan Aira dari jauh. Malas dikacaunya Aira.

Makin mara langkah Aira ke depan.. Makin mara juga langkah Zarif. Sesekali Aira menendang-nendang air laut tersebut.

"Kan seronok kalau Naim ada sekali." Aira berkata di dalam hatinya.

Pasir pantai dimainnya Aira. Tangannya menulis 'I Miss U Naim' di atas pasir pantai mengguna ranting kayu yang tersesat. Aira mara lagi ke hadapan meninggalkan Zarif jauh.

Zarif yang memerhatikan Aira dari jauh sambil bermain game di telefonnya mula rasa agak pelik apabila Aira duduk agak lama tanpa berganjak hampir 30 minit.

"Minah ni dah tertido kat situ ke?" Zarif melangkah ke arah Aira.

"Zarif.. I terpijak kaca!" Kedengaran Aira menangis teresak-esak sambil memegang kakinya.

"Ya Allah!" Zarif mulai panik apabila darah dari kaki Aira mulai menitik.

Dengan pantasnya Zarif mengambil handphonenya lalu suluh lampu ke kaki Aira untuk membuang cebisan kaca yang terlekat. Tapi kaca tidak kelihatan.

"Kita ke klinik yer Cik Aira? Kat sini gelap saya tak nampak kaca tu." Aira hanya mengangguk kepalanya.

Zarif mengendong Aira ke kereta. Aira tidak dapat berjalan kerana darah asyik menitik. Zarif mulai pening apabila melihat darah yang menitik dari kaki Aira tapi dia gagahkan jua. Sebenarnya Zarif ni ada masalah darah gemuruh sikit apabila melihat darah.

Kereta terus dipandu ke klinik 24 jam yang terdekat. Nasib baik ada klinik yang masih buka pada jam 2.30 pagi. Dikendongnya Aira segera masuk ke dalam klinik. Staff klinik segera membantu Zarif meletakkan Aira ke dalam wheelchair.

"Aku yang sakit dia pulak yang pucat." Aira tersenyum dalam hati apabila melihat Zarif menyandar di kerusi.

Sementara menunggu nama Aira dipanggil oleh staff klinik dia hanya memerhatikan gelagat Zarif yang serba tak kena sambil memicit-micit dahinya.

"Zarif..you ni ok tak ni?I yang kena kaca napa you plak yang pucat macam hilang darah!" Sinis Aira.

"Saya ok jer. Pening sikit..maybe kurang tidur dan rehat kot." Jawab Zarif.

"Ooo ermm..." Aira mendekatkan wajahnya ke wajah Zarif untuk mencuri lihat Zarif yang tengah pejamkan mata.

"Lain kali pakai la kasut. Tak pasal-pasal kita kena ke klinik!" Tiba-tiba Zarif membuka matanya dan terus menjentik dahi Aira. Aira terkejut dengan tindakan Zarif itu.

"Sorry.." Aira jawab ringkas sambil mengosok-gosok dahinya yang terasa pedih akibat dijentik Zarif.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience