"Abang jealous ek sayang dapat bunga.." Aira cuba memujuk Zarif.
"Ermm... Siapa bagi bunga tu?" Soal Zarif dan buat-buat sibuk membuat kerja.
"Naim yang bagi tapi sayang dah bagi dekat Kak Mira suruh buang."
"Ishh.. Naim ni tak faham-faham lagi ke? kan sayang dah explain dekat dia yang kita dah kahwin!" Bentak Zarif.
"Dia tak percaya yang kita dah kahwin. That's why la dia keep on bagi bunga je. Abang... Jom kita buat majlis kahwin yang proper nak tak? .. Bagi semua orang tahu.. baru la Naim tak kacau sayang lagi dah." Cadang Aira.
"Sayang.. Kita settle projek Tan Sri Syed Ibrahim dulu boleh tak... Then baru kita fikir hal tu boleh?" Zarif mengusap-usap jemari Aira.
"Tapi... Abang jangan jealous yer kalau ada ramai orang nak ngorat sayang." Aira mencuit janggut Zarif kemudian melangkah keluar dari bilik Zarif.
Aira pernah bercerita kepada Zarif akan ada beberapa orang client syarikat asyik mengajak dia makan malam la.. hitea la.. main golf la.. main pickle ball la..Tetapi semua itu kadang-kadang Aira tolak secara baik demi menjaga perasan Zarif.
Sudah 2 tahun usia perkahwinan mereka tetapi masih ramai yang belum ketahuinya kecuali ahli keluarga terdekat. Mereka rahsiakannya demi tidak mengganggu pembelajaran Zarif ketika itu.
----------------------------------------------
"Cik Aira... Datuk Fuad ajak you hitea dekat Hotel Concorde sebagai nak ucap terima kasih sebab dia sangat puas hati dengan design rumah dia yang company kita buat tu. So you plan nak pergi bila tu? " Kak Mira membelek-belek dairi yang telah di khaskan untuk menulis jadual Aira.
" Kan Kathy yang buat design tu.. So why not Kathy jerla yang pegi.. " Cadang Aira.
" Tapi dia nak hitea dengan you Cik Aira! " Kak Mira menjadi serba salah.
" Ermm... Ok.. Gini.. I, Kathy and Zarif pergi hitea tu esok. Cuba tanya dia ok tak!" Pinta Aira.
" Haa Zarif pun sama ke? " Soal Kak Mira.
" Yer Kak Mira.. I, Kathy and Zarif.. I nak introduce Zarif dekat dia as our new architect juga.. Mana lah tau kot-kot dia punya next project leh panggil Zarif pulak. "
"Ooo.. Ok... Faham.. Faham...Nanti i get back the answer yer.. " Kak Mira mengangguk tanda faham dan kemudian segera keluar menuju k tempatnya.
Setelah Datuk Fuad bersetuju dengan tarikh yang dicadangkan oleh Kak Mira, akhirnya hitea dijadualkan seperti yang dirancang.
" Hai Cik Aira." Datuk Fuad menghulurkan tangan untuk bersalam dan Aira menyambut salam itu disertai senyuman. Kemudian Datuk Fuad turut bersalam dengan Kathy dan Zarif.
Mereka menikmati minum petang pada hari itu sambil berbual mengenai hal kerja serta mengenai design rumah Datuk Fuad. Datuk Fuad berterima kasih kepada Kathy kerana isterinya amat berpuas hati dengan hasil kerja Kathy. Aira juga memperkenalkan Zarif selaku arkitek baru syarikatnya kepada Datuk Fuad.
"Kathy.. You dah kahwin ker?" Soal Datuk Fuad kepada Kathy.
"Not yet la Datuk." Jawab Kathy sambil melemparkan senyuman.
"How about you Miss Aira? Sure belum juga kan?" Duga Datuk Fuad.
"Erkk..." Aira terkedu untuk menjawab soalan Datuk Fuad itu. Matanya memandang Zarif dan Zarif menunggu apa jawapan yang akan terpacul dari mulut Aira. Tajam renungannya kepada Aira.
"Sorry la kalau buat you tak selesa dengan soalan I ni.." Datuk Fuad menjadi serba salah apabila melihat reaksi Aira.
"Ehh.. It's ok.. No problem Datuk." Senyum Aira.
"I bukan apa.. I rasa anak bujang I ni age lebih kurang baya you kot Aira.. Pemalu orangnya.. Dia doktor dekat Hospital Pantai.. Busy memanjang... I ingatkan nak kenalkan you dengan dia je. Manalah tau kot-kot you leh jadi menantu I.. Hehehe.. " Tanpa segan silu Datuk Fuad menyuarakan hasratnya. Kopi yang diminum Zarif itu tiba-tiba tersembur apabila mendengar hasrat Datuk Fuad itu.
Melihat Zarif berkeadaan begitu, Kathy dengan pantas menepuk-nepuk belakang Zarif. Aira memerhati tajam tindakan Kathy itu. Dia cemburu kerana dia tahu Kathy ada menaruh perasaan terhadap Zarif.
"Opss..sorry Datuk.. Ada orang sebut nama saya kot. Sorry sangat-sangat." Zarif lap mulutnya dan air kopi yang tersembur tadi dengan tisu. Aira tersenyum kecil mendengar alasan Zarif itu.
Selesai hitea, Pak Hussin menghantar Kathy ke stesen MRT dan kemudian menghantar Aira dan Zarif ke Pavilion Mall. Aira beria hendak ke situ. Katanya hendak dating dengan Zarif sekejap. Mereka window shopping sambil jalan berpegangan tangan. Kata Aira aman dating kat sini sebab jarang jumpa orang kenal mereka.
"Abang.. Sayang ingat nak beli tie kat abang la.. Sayang tengok abang asyik pakai tie yang ni and tie satu lagi tu jer." Kata Aira sambil membelek-belek tali leher yang pelbagai warna.
"Ala sayang.. Tak payah beli la.. Tie kat sini mahal la.Tie abang ada banyak dah tapi semua tu abang dah hantar balik kampung. " Terkejut Zarif melihat harga tali leher di butik itu semuanya harga RM200 ke atas.
"Ala.. Takpela... Untuk abang kan.. Yang mahal pun takpa.. Janji abang nampak hensem dekat mata sayang." Pujuk Aira sambil menarik-narik tangan Zarif dan akhirnya Zarif akur.
"Kalau abang nampak handsome nanti Kathy berkenan macam mana plak nanti?" Usik Zarif.
"Abang... Saje je nak bagi sayang jeles yer." Tangan Aira menampar manja lengan Zarif. Zarif tersengih melihat pelakuan cemburu Aira itu.
Aira memilih tali leher kepada Zarif yang berwarna biru laut. Selesai membeli, Zarif ke tandas seketika sementara Aira menantinya di luar tandas. Tiba-tiba Aira disapa oleh Kak Mira.
"Ehh Cik Aira buat apa kat sini? Bukan ke tadi pergi hitea dengan Datuk Fuad...so camna hitea tadi.. Sedap tak?" Soal Kak Mira sambil matanya liar memerhati sekeliling. Dia tertanya-tanya Aira datang dengan siapa?
"Yaa.. Sedap.. Biasalah kan.. HiTea kat hotel.. Takan la tak sedap pulak ." Jawab Aira. Dia resah jika Zarif muncul sebab nanti habisla kantoi dengan Kak Mira.
"Cik Aira datang dengan siapa?" Aduss itu pulak soalan Kak Mira. Aira jadi serba salah untuk menjawab. Tiba-tiba Zarif muncul dengan lengan kemeja yang sudah di lipat hingga ke paras siku. Urat-urat dilengannya jelas terserlah.
"Ooo datang dengan Zarif yer. Dating ke tuh?" Duga Kak Mira yang membuatkan muka Aira yang putih tiba-tiba bertukar merah.
"Tadikan kami kat Concorde.. So dekat ngan sini jadi saya ajak la Cik Aira teman saya kejap nak beli tie." Jawapan Zarif yang cuba menyelamatkan keadaan sambil menunjukkan beg kertas ditangannya.
"Oklah Zarif..Cik Aira..akak gerak dulu yer..husband akak tengah tunggu dekat Coffee Bean tu..nak join kami tak?" Pelawa Kak Mira.
"It's ok..." Serentak pula jawapan Zarif dan Aira. Kak Mira tersenyum dan terus berlalu.
Zarif dan Aira meneruskan window shopping mereka tetapi sekejap sahaja kerana mereka takut terserempak dengan Kak Mira lagi. Kata Aira..nak manja-manja dan pegang tangan Zarif pun susah takut terkantoi nanti. Zarif hanya tersenyum dengan kata-kata Aira itu.
"Nak manja-manja dekat rumah jerla sayang.." Bisik Zarif ke telinga Aira dengan senyuman nakal.
Pak Hussein yang sedang menanti di valet parking segera dihubungi. Enjin kereta dihidupkan sementara menunggu Zarif dan Aira tiba.
"Aikk..sekejap jer dating ..Zarif.. Aira..kenapa?" Soal Pak Hussein sambil melihat jam tangannya. Rasanya tak sampai 1 jam dia turunkan Aira dan Zarif di pasaraya tersebut.
"Tulah..dating kat sini bahaya la pakcik..banyak mata-mata plak..Abang..Next time kita dating dekat Genting jela ye..jauh dari orang.. " Jawab Aira dengan muncung tanda tidak puas hati. Zarif yang melihat segera menarik muncung mulut Aira itu sambil gelak. Suka betul dia menyakat Aira.
" Abang ni... Sakit la.. " Rajuk Aira lalu memusingkan badannya mengadap tingkap.
" Sorry yer sayang.. Ala.. Usik sikit pun dah nak merajuk. Ni yang buat abang geram ni." Bisik Zarif ke telinga Aira lalu dikucupnya kepala Aira. Keharuman pada rambut Aira membuatkan Zarif begitu asyik lalu memeluk erat Aira. Dia terlupa yang perbuatannya itu diperhatikan oleh Pak Hussien melalui cermin sisi pandang belakang.
Share this novel