EPISOD 15

Romance Series 4310

Beg semuanya sudah dikeluarkan dari kereta. Zarif berehat sebentar di sofa sementara menunggu Mak Imah membawa air untuknya. Tanpa disedari tiba-tiba Zarif terlelap.

"Zarif nanti..." Aira mematikan kata-katanya apabila dia melihat Zarif tertidur di sofa.

"Letih sungguh driver aku ni."

"Mak Imah.. Biarkan jelah dia tidur ye. Jangan gerak dia yer. Dia letih tu. Semalam tak cukup tidur dan rehat." Aira memuncungkan mulutnya ke arah Zarif. Mak Imah hanya mengangguk tanda paham.

--------------------------------------------------

Aira sedang menonton televisyen sambil makan cekodok pisang yang Mak Imah masak tu. Sesekali dia menjeling Zarif yang nyenyak tidur di sofa importnya itu. Bunyi televisyen itu diperlahankan agar tidak menganggu tidur Zarif. Kusyuk sungguh dia menonton drama penyiasatan bersiri CSI tu. Memang cerita kegemarannya.

"Perlahan bebenar volume cerita tu. Leh dengar ke diorang cakap apa?" Tiba-tiba kedengaran suara Zarif.

"Oh dah bangun rupanya. I tengok slow-slow sebab taknak ganggu tidur you la." Sebijik cekodok disuap ke dalam mulutnya.

"Sorry Cik Aira, saya tertidur sini tadi." Zarif segera bangun lalu ditepuk-tepuknya sofa tersebut.

"Its ok. I tau you letih sebab drive dari pagi tadi" Sebijik cekodok lagi disuap ke mulutnya. Matanya tetap fokus kepada televisyen.

"Dah pukul 5.30 petang ni. Saya balik dulu ye. Nanti apa-apa hal call je saya yer." Zarif segera melangkah ke pintu utama.

"Zarif..." Panggil Aira lalu berjalan terenjut-enjut ke arah pintu utama menuju ke Zarif..

"Ye saya!" Jawab Zarif.

"Thanks ye for last two three days ni yer. Tapi this Monday boleh tak you gantikan Pak Hussain lagi... Or else apa kata you ganti Pak Hussain je sampai la Pak Hussain sembuh." Aira memandang Zarif sambil dipintal-pintal rambutnya dengan jari dan penuh manja.

" Dah nape bunyi manja sangat minah ni" kata Zarif di dalam hati.

Aira setia menanti jawapan dari Zarif. Zarif memandang Aira sambil berfikir. Fikirannya sedang memikirkan perancangan akan datangnya. Aira pulak masih lagi memintal-mintal rambutnya.

Kalau ikut perancangan Zarif, dia akan cuba memohon untuk jadi guru tuisyen di salah sebuah pusat tuisyen berdekatan rumahnya sementara menunggu keputusan permohonannya sambung Master di universiti.

"Ermm.." Zarif masih lagi berfikir.

"Apa jawapannya? Lama sangat la you berfikir. Macam nak kena suruh kawin plak" Rajuk Aira lalu meninggalkan Zarif dan segera kembaliĀ  ke sofa.

"Alaa... Bagila saya fikir dulu leh tak Cik Aira. Banyak perancangan saya dah tergendala ni." Zarif pula kembali semula ke sofa.

"Kalau tak nak cakap la taknak. Takpe... I pun boleh drive sendiri la" Mata Aira hanya menumpukan cerita CSI di televisyen.

"Zarif makan tak cekodok yang Mak Imah goreng tu?" Tiba-tiba suara Mak Imah mencelah perbincangan Zarif dan Aira. Mak Imah sebenarnya dari tadi memerhatikan mereka berdua dari dapur.

"Ye Mak Imah.. Sedap.." Cepat-cepat Zarif memasukkan cekodok ke dalam mulutnya. Matanya memandang Aira. Aira buat tak tahu je kepadanya. Merajuk agaknya.

Mak Imah mencuit bahu Zarif tanda bertanya kenapa Aira diam sahaja. Zarif pulak mengeleng kepala tanda tidak tahu puncanya.

"Mak Imah...saya rasa Tuan Puteri kita ni tengah marah dekat saya kot?" Teka Zarif dengan nada kuat.

"Tadi kata nak balik..kenapa tak balik-balik lagi? takpa nanti Monday ni i drive sendiri jer!" Kata Aira tetapi matanya tetap fokus kepada televisyen.

"Aik..kaki dah ok ke Cik Aira?" Dengan spontan Zarif memicit-micit kaki Aira yang berbalut.

"Adoii...sakit la..You ingat kaki I ni pura-pura sakit ke?" Aira menjengil biji mata memandang Zarif.

"Yela..yela...Isnin ni saya jadi driver Cik Aira lagi yer. Nanti Isnin saya datang tau. Esok jangan la plak rindu saya yer!" Seloroh Zarif.

"Eii..please..jangan nak perasan yer." Tiba-tiba Aira tersenyum.

Setelah Zarif melihat Aira tersenyum maka dia mula merasa lega. Dengan pantas dia segera menuju ke motosikalnya yang parkir di garaj kereta. Dia teringat dia belum solat Asar lagi. Zarif segera pecut keluar meninggalkan banglo mewah itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience