Suasana pagi itu agak tenang. Semua pekerja kusyuk dengan tugasan masing-masing. Adam di dalam kebuntuan. Selepas 2 minggu dia digantung tugas dia kembali bertugas dalam keadaan yang sudah tawar hati namun impiannya tidak sanggup dikorbankan.
"Kau dah fikirkan keputusan?" Azizul tiba-tiba menyapanya dalam nada sinis dan berlalu pergi.
Adam yang sedang merenung kosong skrin komputer dengan penuh kebuntuan terkejut sapaan Azizul itu. Jelas tergambar muka kelegaan Azizul. Adam memang sudah agak fitnah yang dilemparkan ke atasnya itu pastinya konspirasi yang telah dirancang oleh Azizul.
Bukti yang direka dengan penuh halus dan licik oleh Azizul itu telah membuatkan Adam terperangkap untuk membuktikan dia tidak bersalah. Akibat fitnah salah laku itu maka Adam telah dikenakan tindakan tatatertib di bawah Akta Arkitek. Adam telah dikenakan pengantungan khidmatnya sebagai arkitek selama 6 bulan kerana di dapati bersekongkol dengan 'ulat arkitek' serta salah laku etika arkitek. Sebagai hukuman daripada syarikat, dia telah diberi pilihan samada untuk meletakkan jawatan atau pihak syarikat mengeluarkan surat memberhentikannya.
Setelah berfikir panjang, akhirnya Adam membuat keputusan untuk meletak jawatan dari Azman Architect Sdn.Bhd. Dia tahu..Azizul pasti akan melakukan pelbagai lagi cara dan perkara sehingga dia disingkirkan daripada syarikat itu. Adam berpendapat lebih baik dia mengundur diri sebelum lebih banyak lagi perkara yang diluar jangka akan berlaku.
Selepas Adam meletak jawatan, bermacam-macam syarikat dan firma Adam sudah mohon untuk mengisi jawatan sebagai arkitek namun semuanya gagal. Setiap syarikat yang Adam mohon, selaku bekas majikan Azizul akan memberi ulasan yang negatif mengenai Adam. Kerjaya Adam sebagai arkitek ibarat sudah mati.
Selama berbulan Adam mengalami masalah untuk mencari kerja. Kereta yang dipakai terpaksa dijual. Rumah yang dibeli dan sudah diubahsuai terpaksa dilepaskan kerana dia sudah tidak dapat menanggung beban masalah kewangan yang dihadapinya. Akhirnya Adam bertekad untuk melakukan apa sahaja kerja yang halal janji dapat memberikan sumber kewangan untuk dia menyara dirinya tanpa membebankan ibunya di kampung.
"Amirul...mulai dari hari ni kau panggil aku Zarif. Jangan panggil Adam dah. Aku nak mulakan hidup baru aku dengan panggilan Zarif. " Kata Adam kepada kawan serumahnya Amirul dengan penuh tekad.
"Baiklah Adam...ehh..Zarif...yerlaa kau sekarang ni pakai nama Zarif jerla. Nama Adam kau tu orang dengki sangat. Takda ong.." Ujar Amirul.
"Banyak la kau punya tak ong...Nama aku tu arwah ayah aku letak..Ibu aku cakap ada ustaz pun cakap nama tu sesuai untuk aku..Kau jangan nak cakap tak ong yer." Amirul diseligi oleh Zarif.
"Dah tu..cara kau cakap tu macam bunyi orang kecewa jer dan putus harapan dah dengan nama 'Adam' tu."
"Aku bukan la nak cakap kecewa...aku cuma nak cakap aku lepas ni nak orang kenal aku dengan nama Zarif...Bukan lagi nama Adam The Architect. Aku nak fokus dulu life aku skang ni. Buat masa ni bukan lagi bekerjaya arkitek. Maybe lepas ni aku leh jadi cikgu ke pensyarah ke model ke artis atau ahli politik!" Ujar Zarif sambil tersengih-sengih.
"Amboiii lain macam pulak aku dengar ko punya impian tuh..Perasan betul mamat ni!" Amirul dan Zarif sama-sama tergelak dengan kata-kata itu.
Sejak dari itu Mohd Adam Zarif tidak kisah untuk melakukan pelbagai pekerjaan. Food panda, jurujual, jurulatih silat dan pelbagai lagi sehinggalah pada suatu hari pengetua SMK Seri Pantai telah menjemput Zarif untuk melukis mural di sekolah. Mula-mula melukis mural kemudian dia tawarkan oleh pengetua untuk menjadi guru ganti menggantikan guru yang akan cuti bersalin.
Share this novel