Cuaca pagi ini cerah hingga menyelinap masuk melalui langsir. Kelihatan matahari sudah meninggi walaupun ketika itu baru pukul 8.00 pagi. Zarif agak keletihan kerana semalam dia tidur lewat. Dia membuat sedikit ulangkaji sebelum lagi seminggu untuk dia menghadapi peperiksaan yang amat penting baginya. Peperiksaan untuk mengukuhkan lagi cita-citanya untuk bergelar arkitek profesional.
"Cik Aira..hari ni saya masuk office lambat sikit yer. Nak tidur sekejap...tidur tak puas semalam." Kata Zarif yang masih berbaring di atas katil. Dia memerhatikan sahaja Aira yang sedang bersiap-siap untuk ke pejabat.
"Erm...Baiklah Encik Zarif. Tidur la dulu..tapi jangan tak datang office pulak udahla!" Jawab Aira sambil memandang Zarif melalui cermin di meja solek. Lipstik merah jambu dicalit ke bibirnya.
"Mestila kena datang...nanti Kathy rindu kalau abang tak datang." Usik Zarif.
"Abang...saje je nak bagi sayang hilang mood." Rengek Aira lalu mencubit kaki Zarif.
"Of couse la kena pegi office..nanti CEO abang mencari-cari pulak." Zarif kenyit matanya kepada Aira. Selesai bersiap Aira segera salam dan cium pipi Zarif. Sahaja dicium lama-lama untuk meninggalkan kesan lipstik di pipi Zarif.
"I'm waiting for you ye Mr Zarif!" Amaran Aira dalam nada gurau. Zarif hanya mengangguk dan tersenyum. Matanya sudah kuyu kerana sudah tidak daya menahan mengantuknya itu. Dalam sekelip mata Zarif sudah terlelap.
-----------------------------------------------------
"Good morning Anne." Sapa Aira sebaik sahaja berada di pintu pejabat Prisma Wave Group. Kelihatan Anne sedang sibuk mengunyah kuih serimuka dihadapannya.
"Morning Cik Aira. Berseri-serinya hari ni." Puji Anne.
"Hari-hari I berseri tau...lain macam pulak puji you hari ni. Gaji macam biasa yer..I takan naik pun kalau you puji I melambung." Seloroh Aira. Anne hanya tersenyum dan dia tahu Cik Aira hari-hari pun sentiasa kelihatan cantik dan berseri.
Melihat Anne sedang makan kuih serimuka itu, Aira menelan air liurnya. Mulutnya kecur melihat warna hijau yang kelihatan menyerlah kesedapan kuih serimuka itu.
"Anne...nanti boleh tak you tolong belikan I kuih serimuka, sandwich telur dan nasi lemak kerang dekat cafe depan tuh. Tiba-tiba teringin nak makan semua tuh." Aira tergelak kecil apabila teringatkan selera makannya yang makin menjadi-jadi padahal sebelum ke pejabat dia sudah menjamah nasi goreng yang Mak Imah buatkan. Duit RM50 dihulurkan kepada Anne.
"Ok..no problem...sekarang juga saya pergi beli lagi pun pagi-pagi ni jarang tetamu nak datang office." Anne segera mengambil duit yang dihulurkan Aira.
"Kalau you nak beli apa-apa untuk you..just guna je duit tu tau..I belanja." Senyum Aira.
"Ohh really...untuk Zarif nak belikan sekali tak?" Tiba-tiba nada suara Anne perlahan sambil tersenyum kepada Aira.
"Emm...up to you..." Aira acuh tak acuh menjawab dan tersipu malu lalu dia segera ke biliknya.
--------------------------------------------------------
"Kathy...Zarif mana? Dah pukul 10.30 pagi takan tak masuk office lagi." Ngomel Fadil.
"Entah...ada hal kot..kenapa?" Soal Kathy.
"Aku ada benda nak discuss and tanya dia skit. Tapi ni dah 10.30 pagi tak masuk lagi. Macam ni ke digelar harapan company?" Fadil berkata dalam nada yang cukup poyo.
"Ishh kau ni Fadil.. Ada je benda yang kau nak buat gaduh kan.." Tempelak Kathy.
"Yang kau backing sangat dia kenapa? Memang betul pun apa yang aku cakap kan? Cik Aira tu.. Sikit-sikit Zarif. Takpa la Zarif camtu.. Takpa la Zarif camni.. Eii bos kita ni pilih bulu!" Kata Fadil dengan penuh emosi.
"Kau ni kan.. Kalau Cik Aira tahu kau cakap camni mau dia humban kau masuk dalam lori simen pastu simen tu dibuat jamban. Kau baru keje kan.. So buat cara baru keje!" Kathy semakin rasa menyampah dengan perangai Fadil yang ada berbau dengki itu.
Tiba-tiba Zarif muncul di hadapan bilik Kathy dan kelihatan Fadil turut berada di situ. Zarif mematikan langkahnya apabila kelihatan Kathy memberi beberapa isyarat tangan. Dia segera mengetuk pintu bilik lalu membukanya.
"Ada apa-apa discussion ke?" Soal Zarif ringkas.
"Takdelah...ni ha mamat ni dari tadi duk cari awak!" Jawab Kathy sambil menunjuk-nunjuk Fadil.
"Ha Fadil.. Ada apa? Come to my room!" Zarif mengajak Fadil ke biliknya. Fadil menurutinya dari belakang.
"Zarif..kau otai sangat kan.. So aku nak tanya sikit kat ko pasal High-Tech Architecture untuk sebuah kilang yang bakal dibina di area Sungai Buloh." Tanya Fadil.
"Owhh.. Kau dapat bila assignment untuk sketch design kilang tu?" Soal Zarif sambil membetul-betulkan tali lehernya.
"Aku dapat semalam so Cik Aira minta aku proposes a proposal with High Tech design." Jawab Fadil sambil memandang Zarif yang tak abis-abis membetulkan tali lehernya.
"Sorry Fadil.. Nanti aku pergi tempat kau kita discuss benda ni. Aku rasa macam nak...."
Belum sempat Zarif menghabiskan ayatnya dia segera berlari ke tandas. Dia mencari mangkuk tandas dan kemudian muntah ke dalamnya. Dia muntah segalanya dan tiada sebarang sisa berbaki. Dia rasakan hampir nak terkeluar anak tekaknya. Selesai segalanya Zarif keluar dari tandas dalam keadaan agak lesu. Langkahnya diatur lemah menuju ke biliknya.
"Kau kenapa.. Ok tak ni? Lesu je aku tengok." Fadil yang masih di dalam biliknya memandang Zarif sehingga berkerut-kerut dahinya.
"Sorry Fadil aku muntah la tadi.. Adoii aku keracunan ke apa ni?Tekak aku dari pagi tadi loya-loya and finally tadi baru la aku muntah segalanya." Jawab Zarif sambil membuka tali lehernya.
"Kalau camtu kau rehat la dulu yer..nanti kalau kau free or dah ok kau roger aku yer." Ujar Fadil lalu meninggalkan bilik Zarif. Zarif memicit-micit kepalanya. Serba macam rasa dia hadapi ketika itu. Pening, loya dan letih.
Zarif mengambil buku catatan, segulung draft pelan bangunan dan kemudian melangkah ke pejabat Aira. Dengan muka yang berkerut dan lesu dia menghampiri Kak Mira yang sedang tekun mengadap komputer.
"Cik Aira ada tak Kak Mira. Nak jumpa dia sekejap...nak tunjuk benda ni ha kat dia." Zarif menunjukkan segulung kertas ditangannya kepada kak Mira.
"Ooo..bos ada je tuh kat dalam. Tengah makan nasi lemak. Semerbak bilik dia bau nasi lemak kerang...fuhhh sedap!" Jawab Kak Mira dengan penuh semangat.
"Ok..saya masuk jumpa dia sekejap yer." Zarif mengetuk pintu dan kemudian masuk ke bilik Aira.
Kelihatan Aira sedang enak menikmati nasi lemak kerang dengan penuh berselera. Sambil makan sambil melihat telefon sehinggakan Zarif muncul pun dia tidak sedari.
"Sayang...bukan ke tadi dah breakfast nasi goreng kat rumah?" Suara garau Zarif itu telah mengejutkan Aira.
"Abang..terkejut sayang tau!" Aira terhenti seketika suapannya setelah mendengar suara Zarif.
"Bukan ke tadi dah makan nasi goreng..ni apa ni nasi lemak pulak..tu haa ada sandwich telur pulak..dan lagi...kuih serimuka pulak. What happen to you sayang...makan banyak sangat?Tak takut gemuk ke nanti?" Kata-kata Zarif itu membuatkan Aira tersentak seketika.
"Ohh my god...kenapa I makan banyak sangat ni hari ni?" Aira tersenyum malu. Dia pun baru tersedar yang dia makan tak henti-henti dari tadi.
"Ehh...buat-buat terkejut pulak sayang abang ni! Cepat abiskan nasi lemak tuh..abang nak mintak tolong sikit ni." Zarif segera mencubit pipi Aira. Dia amati betul-betul wajah isterinya itu. Yaa...Aira kelihatan sudah tembam sedikit.
Zarif memerhatikan sahaja Aira menikmati nasi lemak kerang itu sedangkan dia pula dah terasa mual dan tidak berselera. "Comel betul bini aku ni kalau tengah berselera makan." Zarif berbicara di dalam hati sambil tersenyum.
Ya...baru dia sedar yang Aira kelihatan tembam dan berisi sikit. Memang dia sedar sejak menjak ni selera makan Aira lain macam. Itu nak makan..ini nak makan sampai dia pun letih hendak layan selera makan Aira ketika mereka berjalan-jalan di pasar malam tempoh hari.
Zarif yang sedang menunggu Aira di sofa memicit-micit kepalanya. Dia terasa berdenyut-denyut sehinggakan dia pejamkan matanya seketika untuk menahan sakit. Selesai makan, Aira segera mendekati Zarif yang sedang memejamkan matanya.
"Abang...ngantuk lagi ke?Abang...nak tak kuih serimuka ni..sedap tau...cuba abang rasa." Aira cuba menyuap kuih serimuka ke mulut Zarif. Zarif pantas berlari keluar dari bilik Aira. Aira terkedu manakala Kak Mira terpinga-pinga melihat Zarif berlari keluar dari bilik Aira seperti lipas kudung .
Kak Mira meluru masuk ke bilik mendapatkan Aira untuk mengetahui apakah yang sedang berlaku?
"Cik Aira...what happen...why mamat tu lari macam lipas kudung tuh? Are you ok?" Kelihatan Aira termangu-mangu di sofa sambil memegang kuih serimuka.
"Nope...i dont know!" Tiba-tiba Aira mengalirkan air matanya. Kak Mira buntu apabila melihat Aira menangis.
"Aduss...budak berdua ni bergaduh ke? Dah lama aku tak tengok derang bergaduh." Kak Mira mengomel di dalam hati. Di garu-garu kepalanya yang tidak gatal itu.
Share this novel