DM50~TERLANGGAR?

Romance Series 23892

Sebulan Kemudian....

"Hohoho, balik kampung. Hohoho, balik kampung. Hati riang..." Kak Mastura bernyanyi kuat tatkala lagu BALIK KAMPUNG dari Sudirman diputarkan oleh penyampai radio SURIA fm.

Sakinah juga turut bernyanyi kecil sambil memandu kereta Kancil silver itu.

Perjalanan mereka akan di teruskan ke Penang. Sempena raya puasa ini mereka akan beraya di rumah lama Sakinah. Saje lah ubah selera sikit. Kalau tak selama ni raya dekat KL aje, bosan lah. Bukan boleh buat apa-apa pun, makan-makan sikit lepas tu buat hal sendiri-sendiri.

Kalau dekat rumah Sakinah nanti bolehlah mereka pergi kunjung - mengunjung rumah jiran. Jalan keliling kampung. Solat hari raya dekat masjid. Hey, tak sabarnya.

" Orangggggggggggg. " jerit Mastura apabila tiba-tiba ternampak kelibat lelaki melintas jalan.

Sakinah membrek keretanya betul-betul di hadapan lelaki gila itu. Bukan apa dari pandangan mata, sudah terlihat pakaian lelaki itu yang lusuh dan rambut panjang lelaki itu sudah kusut-masai.

" Kak, macam mana ni? Kita nak tinggalkan macam tu aje ke? " soal Sakinah dengan muka yang cermas. Gelabah monyet kut, buatnya orang gila tu mati ke apa, naya saje, kena beraya dalam penjara. Eh, tak sanggup.. Tak sanggup..

" Turunlah, Kinah. Pergi tengok orang gila tu. " gesa Kak Mastura. Sempat lagi dia touch up balik mekap di wajah. Bukan apa, kut-kutlah ada mamat hensem ke, dekat kampung Kinah nanti, boleh lah dia try.

" Ish, Kak Mas lah turun. Kinah takut lah. " Sakinah tolak bahu Kak Mastura. Buatnya orang gila tu gigit dia ke, ish. Tak sanggup nak bayang. Dengan gigi kuning tak gosok setahun. Boleh batal jugak puasa dia..

" Whoaaa, main kasar nampak Kinah. " Kak Mas bersuara keras. Habis lipstick kaler pink dia tercalit ke hidung.

" Okey.. Okey... Kinah pergi. " Sakinah dah gabra apabila memandang wajah Kak Mastura yang berubah riak itu. Dari kena cepuk, lebih baik dia pergi tengok orang gila itu.

Sakinah turun dari kereta dengan takut-takut. Kepala di lilaukan ke sekeliling kawasan kut-kutlah ada orang orang lalu ke. Nanti tak pasal-pasal viral pulak.

" Tolong lah sayang. Abang sayang Mika. Kembali pada abang semula. Abang cintakan sayang. "

Oh, Izham rupanya. Ingat kan siapa lah tadi. Sebaik sahaja dia bersuara perlahan dengan menyebut ungkapan cintanya, terus dia pengsan di situ. Badan dia pun, terlalu lemah.

********************

" Pampers Gibran dah tukar ke? " soal Mikanadira kepada pembantu lelaki itu,sebaik sahaja dia keluar dari bilik Gibran.

" Ya udah.. Ada apa-apa an lagi sik? Yang bisa aku lakukan? " soal lelaki indon itu.

" Tak de dah. Balik lah, ke bilik awak. " arah Mikanadira kepada lelaki indon itu.

Lelaki itu hanya mengangguk sebelum berlalu.

Mikanadira tolak pintu bilik Gibran yang tidak berkunci. Dia masuk bersama sepinggan sandwich sardin.

" Gibran. " Mikanadira melangkah ke arah lelaki itu yang sedang membuang pandangan ke jendela kamar.

Gibran tersenyum tatkala memandang Mikanadira dengan perutnya yang memboyot. Comel. Chubby-chubby pun cantik.

" Kenapa susah-susah buat sandwich ni, hmm? Saya tak nak lah susahkan awak. Saya bersyukur sangat awak berada di samping Saya. Cukuplah senyuman awak buatkan Saya kenyang. " Gibran cuba bangun dari pembaringannya. Agak terkial-kial juga untuk dia membiasakan diri dengan keadaan diri yang serba kekurangan.

Mikanadira membantu Gibran bangun. Dia meletakkan tangan di celah ketiak Gibran untuk membantu lelaki itu bangun. Kasihan pula dia, dengan keadaan Gibran yang tidak seperti dahulu.

" Tak susah pun. Senang aje lah. Potong roti kepada dua bahagian lepastu letak sardin. Letak sekali dengan tomato dan salad. Senang aje lah. Budak tadika pun reti buat. " jawab Mikanadira sambil tersengih.

" Eii, mulut ni.. Ada aje nak menjawab. Baby tengok tu, Mama awak nakal lah. Papa rasa macam nak gigit pipi mama. " Gibran buat-buat macam nak gigit pipi Mikanadira.

Terus terjerit Mikanadira sebelum mereka sama-sama ketawa.

Dari sebalik pintu, Gabriel memandang dengan hati yang jengkel.

Alah, sebut nak gigit pipi pun boleh ketawa. Lelaki cacat tu boleh pulak dia layan, tapi kalau dengan aku, muka macam cicak kobeng lagi. Masam bukan main.

Entah apalah. Yang dia tengok dekat lelaki tu? Aku yang sempurna serba-serbi ni, dia boleh tak layan. Eiii, sakitnya hati, Gabriel terus mengendap.

Sakit-sakit hati pun dia tetap ingin memandang seraut wajah jelita itu dari jauh.

Teringat lagi kenangan manis mereka berdua.

" Dah-dah, Saya surrender lah. Tak larat nak lari dah ni. " Gabriel berhenti berlari dengan nafas termengah-mengah. Berpeluh-peluh dia berlari tadi.

" Arghh, Saya tak kira, Saya dapat awak nanti memang bertelur dahi tu Saya ketuk. " Mikanadira yang masih jauh di belakang menjerit dengan kuat.

Gabriel sempat toleh ke belakang sedikit dan dia sengaja menjelirkan lidah untuk memanaskan hati gadis pujaannya. Wajah Mikanadira sudah berona kemerah-merahan. Dia terus memasang kekuda untuk menyaingi langkah Gabriel.

Gabriel sengaja berhenti kan langkahnya. Syok juga, kadang-kadang kena ketuk dengan kekasih hati.

Mikanadira tiba dengan muka yang menyinga sebelum......

" Daddy, Mommy mana? " soal Aisy bersama teddy bearnya.

Alahai, budak ni. Daddy tak sempat nak ingat balik kenangan dengan Mikanadira tapi dia boleh mengganggu pulak. Haish..

" Mana lah daddy tahu. Bukannya daddy simpan mommy dalam poket pun? " jawab Gabriel dengan samba lewa.

Hubungannya dengan Syarifah entah ke mana hala tuju. Okeylah, syarat dia pun senang aje. Ada 2 aje kottt....

**************************

Air mata yang tidak henti-henti mengalir di kesat dengan lengan baju. Kalau dia tak keluar rumah masa tu.... Confirm semua ni takkan terjadi.

Mikayla sudah kembali kerahmatullah bersama bayi mereka. Baby dalam perut, mati kelemasan kerana air ketuban telah pecah tetapi baby tidak di keluarkan dengan kadar yang segera.

" Sabar ya, Dik. Semua yang hidup pasti akan pergi juga. Ini tanda Allah sayang adik kamu. Pak cik yakin, adik kamu juga tak nak tengok abangnya sedih-sedih macam ni... " seorang lelaki tua berkopiah putih itu menepuk-nepuk bahu Mikael.

Kasihan dia melihat lelaki muda itu yang menangis teresak-esak. Semua orang yang datang ke kubur, sudah pulang. Hanya tinggal mereka berdua sahaja.

" Kalau Saya tak keluar rumah masa tu, mesti adik dan baby Selamat. Ralatnya Saya pak cik. Kenapa tuhan duga Saya sampai macam ni sekali? Saya sayang sangat-sangat adik Saya tu.

Kecewanya Saya Pak cik. Bila Saya balik, Saya nampak jasad adik Saya yang sudah kaku dengan darah penuh di lantai. " tangis Mikael dengan sepenuh hati.

Kepalanya ditoleh ke sisi untuk memandang pakcik itu....

Huarghhhhhh, Pak cik tu dah balik derrr.. Dari tadi dia cakap sorang-sorang lah kan? Huhu...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience