"Assalammualaikum, Abang Am.. Yuna ni, buka lah pintu." jerit seorang gadis sambil memegang mangkuk tingkat.
"Kejap-kejap. Abang Am nak balik, kan Ikan goreng ni. " jerit Izham pula dari dapur. Dia membalikkan ikan kepada bahagian yang dah masak ke atas. Yang tak masak lagi bahagian bawah. Terus dia berlalu ke pintu apartment untuk membuka pintu.
Yuna tersenyum manis bila Izham membukakan pintu untuknya. Kacaknya betul lelaki di hadapannya ini, siap pakai apron corak bunga-bunga lagi.
"Nak melawat Kak Mika ya? Jomlah pergi bilik dia. " Izham bawa Yuna ke bilik dia dan Mikanadira. Pintu dibuka.
" Masuk lah. Sembanglah dulu dengan Kak Mika. Abang Am nak tengok ikan dekat dapur dulu. " kata Izham sebelum berlalu.
Ayuna merupakan nama penuh Yuna. Dia merupakan jiran selang beberapa buah rumah dengan Izham dan Mikanadira.
Yuna masuk ke bilik dengan kaki yang longlai. Dia nak tengok Abang Izham bukannya Kak Mikanadira. Ingat datang sini bolehlah borak-borak sikit dengan Izham. Tapi....
Mikanadira ikat rambut panjangnya di hadapan budak sekolah menengah itu. Nampak macam hati gadis itu tidak ada di dalam bilik ni. Seolah-olah jasad kaku yang duduk di atas kerusi di tepi katilnya.
" Nama adik apa? " soal Mikanadira sekali gus memecahkan tembok kesunyian antara mereka.
" Yuna. " jawab Yuna sambil matanya tengok ke arah pintu bilik.
" Umur berapa? Selama ni akak tak pernah nampak adik pun." Mikanadira menanya lagi. Memang lah tak nampak, sebab dia bukan keluar rumah sangat pun. Jiran-jiran pun semuanya dia tak kenal.
"16 tahun. Yuna ada aje. Akak tu yang Yuna tak nampak. Asyik nampak muka Abang Am aje. " jawab Yuna. Mangkuk tingkat tadi dia dah letak atas meja makan di tepi ruang tamu rumah ini.
Jawapan budak ni, nak perli aku ke apa? Nak cakap aku ni jenis tak mesra alam? Tak mulakan sesi berkenalan dengan jiran? Aku cepuk jugalah budak ni. Sekolah pun tak habis lagi.
" Yuna nak balik dulu lah. Mak suruh beli sayur. " jawab Yuna sebelum berlalu. Dia datang sini bukan sebab nak buat lawatan orang mengandung tapi lawatan cuci mata tengok Abang Izham yang sangat handsome, bagi pandangan matanya.
Mikanadira menengok aje budak tak guna tu pergi. Dia tak rasa budak tu datang nak melawat dia. Kalau datang nak melawat dia, mesti akan tanya akak berapa bulan mengandung, akak muntah-muntah tak? Ini?
Takkan datang nak melawat rumah dia kot? Ada apa? View dalam rumah pun biasa-biasa aje. Apakah yang menarik perhatian gadis itu... hmm. Hah.... Suami aku..
*************************
"Nak balik dah ke, Yuna? Maaflah abang Am sibuk sikit. Nak packing spageti dalam bekas. Nak hantar lagi. Maaf eh? " Izham rasa bersalah.
Bukan apa? Dia tak sempat buat air untuk tetamu. Rasa bersalah kott.. Tetamu datang membawa rezeki.
Yuna tersenyum kelat. Sambil tu dia usha - usha lah sikit muka lelaki yang telah mendapat tempat dalam hati nya.
" Takperlah. Abang Am ada lebih lagi tak spageti tu? " soal Ayuna sambil melangkah menghampiri Izham. Wow, bau-bauan dari tubuh lelaki itu memang bukan kaleng-kaleng. Sedapnya bau.
Izham yang baik hati itu, tidak mengesyaki apa-apa. Disangkanya gadis itu nak bau aroma masakannya. Baulah. Dia tak kesah.
" Takdelah, Yuna. Abang Am buat cukup-cukup aje. Yuna nak ke? " soal Izham, prihatin.
" Nak lah. Ini makanan favorite Yuna. Yuna suka sangat makan ni. Takperlah, kalau takde. Yuna pun silap. Tak order awal-awal. Memang dari dulu teringin nak makan. Tapi tak berkesempatan nak makan. Yuna balik dulu lah, Abang Am.
Tu, dalam mangkuk tingkat tu ada, ikan keli masak sambal, ayam masak kurma dan ikan termenung goreng. Makanlah. Tak tahu rasa apa. Sedap lah kut.. " jawab Yuna sebelum ingin berlalu tetapi pantas dihalang oleh Izham.
" Yuna duduk dulu. Abang nak bagi Yuna spageti." arah Izham sebelum ke dapur. Dia terpaksa ambik yang bahagian Mikanadira punya.
Bahagian dia? Dia memang tak minat makanan omputih ni. Dia tekak melayu. Cuma makan gitu-gitu lah.
Pinggan kaca berisi spageti dan kuah carbonara diletakkan di hadapan Yuna bersama air anggur ais.
" Makanlah. Abang nak hantar dulu makanan ni. Nanti Yuna kunci pintu rumah ya. " Izham galas beg yang dipenuhi makanan itu.
Yuna angguk dengan muka ceria.
Dari sebalik dinding rumah seseorang mengintai dengan muka yang berubah rona wajah. Siapakah itu?
*********************
Mak Jah dan Faizal tiba di kampung mereka pada waktu yang dinihari. Langit juga ingin berubah warna. Sudah keoren-orenan langit, tanda matahari ingin sembunyi kan diri. Dan bulan pula mengambil alih tugas matahari yang seharian menerangi makhluk di atas muka bumi.
" Mak aii, berhabuk macam tinggal 20 tahun. " ujar Faizal sebaik sahaja masuk ke dalam rumah.
" Banyak mulutlah kau ni. Cepatlah bersihkan bilik kau tu dulu. Ambil lampu suluh ni dulu. " Mak Jah hulurkan lampu suluh dari begnya.
" Takde elektrik ka, Mak? " soal Faizal, kehairanan.
" Kau rasa, kalau tinggal rumah 6 bulan, ada lagi ke elektrik? Dengan kau pun malas nak bayar. Malaslah Mak nak jawab soalan bodoh macam ni. " Mak Jah terus berlalu ke dalam biliknya. Dahlah mood dia swing gila. Sebab kena halau macam tu aje oleh orang tua tak sedar diri tu.
" FAIZAL!!!!!!!!!!!!" jerit Mak Jah nyaring sehinggakan Faizal yang sedang membuang air kecil di tandas, terus terbantut air kencing nak keluar...
************************
" Kerja apa ni, Mama? " soal Syafieya sambil berbisik di telinga mamanya.
" Mana lah, mama tahu. Masuk ajelah ikut, lelaki tu. Janji dapat gaji lumayan. Okeylah tu. "
" Macam Lorong Haji Taib aje ma. Yang terkenal dengan...... " Syafieya sudah melopong mulutnya.
" Kita dah sampai. " jawab lelaki itu.
Syafieya rasa seram satu badan. Nak matilah aku.. Arghhhh.. Tak nak.. Tak nak...
Share this novel