Afifa menjinjit beg plastic yang dipenuhi buah epal dan oren. Kakinya laju sahaja melangkah ke wad Mikanadira.. Dia ternampak abang angkatnya yang tertidur di kerusi di luar wad itu.
"Mesti bergaduh laki bini ni. Kalau tak takkan lah, suami tidur dekat luar sedangkan dalam bilik wad itu ada sofa. Lantak koranglah. "
Afifa terus masuk ke dalam wad itu. Mikanadira sedang tertidur. Dia meletakkan plastic berisi buah-buahan itu di atas loker tepi katil Mikanadira.
Tak betah dia nak tunggu lama-lama dekat situ. Banyak lagi benda berfaedah dari jadi jaga tak bergaji. Terus dia keluar dan berlalu pergi.
*************************
"Macam mana, Am? Anak papa tak apa-apa, Kan? " Tuan Hisyamuddin baru muncul dari dewan bedah.
" Tak de apa-apa. Okeylah. "
" Am ada masalah ke? Anak papa buat perangai ke? " soal Tuan Hisyamuddin. Punggung di labuhkan di sebelah menantunya.
" Takde. "
" Cara Am jawab pun Papa dah tahu yang Am ada masalah. Hmmmmmm , kalau ada apa-apa nak luahkan dekat papa, papa sudi mendengar. " Tuan Hisyamuddin tampar perlahan bahu Izham.
" Kadang kala Am, Kalau tak diuji masa bercinta, masa berkahwin Kita akan diuji. Perkahwinan ni macam kita daki gunung. Awal-awal tu kita diuji dengan cuaca sejuknya atau haiwan liar yang mengganas tapi bila dah sampai puncak tertinggi, segala rintangan yang dilalui akan rasa biasa saje. Seolah-olah segala penat lelah terbayar dengan kepuasan yang maksima.
Begitu jugaklah dengan perkahwinan. Kita akan diuji dengan kerenah pasangan, atau faktor-faktor lain lagi, tapi bila hubungan suami isteri itu erat dan intim segala apa yang dilalui bersama selama ini, rasa macam berbaloi. Berbaloi hadapi segala duri-duri rintangan, demi kebahagiaan yang berkekalan.
Kalau ada masalah, Am jangan pendam. Cuba selesaikannya. Lebih baik rujuk orang yang otai. Sebab Am baru sangat kahwin dan masih mentah dengan selok-belok perkahwinan. Ilmu perkahwinan ni perlu dituntut dan bukan hanya meneka atau mereka.
Okeylah, papa masuk dulu ya. Ingat, ada masalah jangan pendam. Cuba selesaikan. " Tuan Hisyamuddin tersenyum manis kepada menantunya.
Izham memandang kelibat papa mentuanya yang nampak cool itu. Mungkin apa yang dititipkan itu berdasarkan pengalaman hidupnya.
Terasa ringan sedikit beban dibahu, setelah papa mentuanya memberi nasihat.
Buat masa Ini,Izham akan cuba mengelakkan dari bertekak atau bertegang urat dengan isterinya. Tambahan pula isterinya sedang berbadan dua. Apa sangat sekadar hinaan atau celaan yang dilemparkan, daripada kesusahan yang Mikanadira tanggung dengan mengandungkan benih cintanya yang disuburkan untuk mengeratkan hubungan mereka.
Izham percaya semua Ini akan kembali ke pada sedia kala. Sambil itu Izham takkan pernah berhenti mendoakan kebahagiaan rumah tangga mereka agar di limpahi mawaddah, rahmah dan sakinah.
*************************
"Kenapa biadab dengan suami, Mika. Oppa faham apa yang Mika rasa. Tapi tak perlu sampai nak hina asal-usul dia.
Mika nak ulang balik apa yang jadi dulu? Apa yang Mika buat dekat oppa? "
Lee Han Gyul berdiri di hujung katil Mikanadira, bekas isterinya.
" Dulu.... Mika tak sengaja. Mika buta hati masa tu. Mika tutupkan hati untuk oppa. Sebab Mika tak kenal lagi hati budi oppa. Tapi lelaki tak guna tu, Mika tahu hati budinya. Dia bukan lelaki yang baik.
Dia bukan kesah pun Mika nak makan ke nak apa-apa. Sampai kan kawan Mika accident sebab nak selamatkan Mika. Sepatutnya dia yang accident. Bukan Gibran. Lelaki itu terlalu baik untuk di sakiti. " Mikanadira membela diri.
" Masih sama. Mika ego. Tak pernah nampak benda yang ada di depan mata. Tapi bila berlian itu hilang, mula lah Mika nak menyesal. Sebab selama ni Mika anggap suami macam kaca jalanan. Yang tak sah taraf, sorry I hate you.
Sepatutnya Mika kena tengok dari sudut yang lain. Habis tu Mika nak suami Mika terlantar di hospital sebab accident nak selamatkan Mika? Macam oppa dulu? Mati sebab nak tarik Mika dari kena langgar.
Cuba fikir dulu Mika. Buat nya suami Mika, meninggal dunia jugak, Mika happylah? Sebab suami tunjuk kasih sayang dekat isteri dengan korbankan diri sendiri.
Mika tak pernah belajar dari pengalaman. Mika angkuh. Kalau suami Mika meninggal, macam mana dengan anak dalam perut tu? Nak biar dia hilang kasih sayang seorang ayah? "
Ujar Han Gyul sebelum hilang ke terus ke tingkap dengan sekelip mata. Kedatanganya adalah untuk menasihati bekas isterinya dari melakukan kesilapan yang sama lagi.
Ehehehe. Ini paling last. Idea tiba-tiba mencurah-curah keluar. So, tatatititutu for today. I hope all of you enjoy with my novel.
Share this novel