DM42~DAH TAK CANTIK

Romance Series 23892

MIKANADIRA ikut langkah suaminya diam-diam dari belakang. Tak sedap hati pulak biarkan suaminya pergi sendiri.

Sebaik sahaja Izham pergi, Mikanadira terus suruh Yuna balik rumahnya sendiri. Buat fitnah aje datang rumah orang duduk lama-lama. Mulanya Yuna buat keras kepala dia tapi bila Mikanadira buat muka nak makan orang lepastu cicah dengan air asam, terus Yuna balik dengan pinggan spageti.

Hek eleh, budak ni punya nak sakitkan hati orang. Siap bawak pinggan sekali. Mikanadira sempat jugak lah, jerit suruh pulangkan semula pinggan tu. Takkan nak ambik terus kott.

" Assalammualaikum, Kak Mona... Oh.. Kak Mona. Am ni, nak hantar makanan. " Izham bersuara sambil mengetuk pintu.

Agak lama jugaklah baru Kak Mona muncul dengan muka orang kepenatan.

" Assalammualaikum, Kak Mona. Ni, Am nak hantar makanan. " Izham memberi salam sekali lagi.

Basah lencun pakaian Kak Mona dengan peluh. Mesti dia berzumba dengan anak-anak ni. Dekat kawasan ni memang Kak Mona terkenal sebagai tenaga pengajar kepada siapa-siapa nak badan kembali cantik dan solid.

" Waalaikumsalam, Am. Kak Mona tak dengar pulak kamu panggil tadi. Tengah ada class zumba tadi. Mintak maaf sangat. Spageti ni RM20, kan? " soal Kak Mona sambil menyambut huluran bekas spageti yang masih panas itu.

Izham angguk kepala. Mengiayakan apa yang Kak Mona cakap.

Kak Mona mengeluarkan Wang not 20 ringgit dari branya.

OMG?!!

Mikanadira rasa nak tarik aje suaminya balik. Abang jangan ambik duit tu bang. Jangan ambik.

Izham gigit bibir bawahnya. Nak ambik tak? RM20 kut.. Bila terbayang muka Mikanadira dan anaknya, terus Izham sambut huluran lalu terus masukkan dalam poket seluar.

" Kau ni Mona, kesian budak tu. Sampai merah muka dia. " kawan Kak Mona muncul dari muka pintu. Kemudian mereka sama-sama ketawa bila Izham meminta diri.

Gatal betullah,perempuan dua ekor ni, laki aku jugak nak main-mainkan. Aku cili satu badan baru tau, kott.

Mikanadira kepalkan penumbuk. Geramnya.. Tapi macam biasalah dia bukan cemburu. Cuma sakit hati tengok kemungkaran di depan mata.

********************

Mikanadira berjalan ke kedai runcit di tingkat paling bawah. Teringin betul nak makan kuaci. Tambahan cuaca panas macam ni.. Sambil makan kuaci ada teh O ais limau, wow.. Daebaklah. Nak-nak pulak sambil tengok Viu melayan cerita True beauty.. Whoahh.Awesome.

Dia tak nak dah follow suami dia. Buat sakit hati aje. Yang suami dia pun lain kali ambik aje lah pesanan dari orang lelaki aje. Orang perempuan tak payah. Sebab semuanya spesies Gatal. Tengok laki orang hensem sikit, suami dia pun dia boleh lupa.

Baru kaki masuk ke kedai untuk mencari kuaci, dia terdengar ada orang bergosip. Mikanadira buat bodoh aje lah. Dia bukan jenis nak ambik port sangat. Biarlah, mulut diorang. Bukannya mulut dia. Kalau fitnah ke mengumpat ke bukannya dia yang dapat dosa. Diorang jugak.

Banyaklah kau, tak dapat dosa.Kau akan dapat dosa jugak sebab tak menghalang kemungkaran dari berlaku. Kan ada 3 kaedah nak menghalang kemungkaran dalam Islam.

Pertama sekali, dengan tangan. Tapi untuk orang yang ada kuasa aje lah. Contohnya, Cikgu ke bapa ke. Seterusnya, dengan lisan. Contohnya dengan menegur atau menasihati. Dan yang paling terakhir dengan hati. Iaitu dengan berdoa si pelaku akan berubah dan insaf. Dan itu merupakan selemah-lemah tindakan.

Mikanadira bukannya apa. Kalau banyak cakap nanti orang tak sukalah, bencilah. Baik duduk diam aje.

" Aku rasa tak sesuai betul abang Izham tu dengan isterinya. Abang Izham tu dahlah handsome dan body dia pun tegap aje. Tapi bini dia tak elok. Muka tu memang lah lawa tapi badan gemuk. Aku tahulah pregnant pun tapi ni macam mengandung lemak sekali. Macam badak air pun ada. " kutuk Yuna dengan hati yang membakar marah.

" Betul ke, Yuna? Itulah sepatutnya wife macam tu cerai aje lah. Buat apa nak simpan lama-lama. Mencacatkan penampilan Abang Am aje kalau diorang jalan sekali. Mesti macam badak jalan dengan kambing, kan? " si gadis yang merupakan kawan kepada Yuna turut mengutuk Mikanadira.

Mereka tak sedar yang Mikanadira sedang mendengar aje perbualan mereka dengan hati yang kecewa.

" Tak lama lagi confirm Abang Am tu kahwin lagi satu lah. Kau tengok lah. Kalau aku lah kan, jadi abang am dah lama aku cerai wife macam tu. Gemuk, gendut. " Yuna semakin seronok mengata Mikanadira. Sakit hati dari tadi tak hilang lagi.

Ada ke tidak Perempuan gemuk tu halau dia? Halau kott.. Kurang ajar betul. Tak belajar adab dengan tetamu ke?

Mikanadira menilik badan dia. Ya, dia dah gemuk. Dia dah tak cantik. Mesti Izham akan bosan dengan dia. Lebih baik dia pergi dari menahan sakit ditinggalkan.

'Baby, Ibu akan pergi bersama Baby. Ayah dah tak sayang Ibu. Sebab Ibu gemuk. Ibu dah tak cantik.' rintih Mikanadira dalam hati. Terus dia berlalu keluar dari kedai runcit itu dengan hati yang remuk. Bukan dia mintak nak gemuk, bukan dia nak pun.

AH LEE gelengkan kepala. Di sebabkan budak perempuan berdua itulah dia hilang pelanggan.
Adoyai.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience