DM77~ KEBENARAN

Romance Series 23892

28 tahun yang lalu..

" Abang, tolong jaga anak Kinah, bang. Mak dengan abah Kinah nak bunuh anak ni. Tolong Kinah, bang. Kinah merayu sangat dengan abang." Sakinah berdiri di hadapan tunangnya, Nizam. Jelas di raut wajahnya, ketakutan yang teramat sangat.

Nizam yang sedang menghisap sepuntung rokok daun itu, terus menggelengkan kepalanya. Sudah la perbuatan Sakinah meremukkan hatinya, di tambah lagi nak jaga anak haram itu? Argh, bodoh la dia kalau dia terima. Tak sanggup nak tengok setiap hari, wajah bayi hasil benih orang lain. Ya Allah, aku tak sanggup.

Sakinah menangis lagi. Bayi lelaki yang di bedung dengan kain batik itu, di pandang sayu. Maafkan Mak, sayang. Mak tak boleh nak jaga anak Mak. Mak tak mampu nak tengok Tok dengan Tok Wan buat anak Mak. Mak terpaksa, sayang. Mak minta maaf.

" Tolong lah, bang. Kinah sanggup buat apa aje asalkan Abang bawak pergi anak ni dari sini. Didik lah dia dengan ilmu agama. Dia lah satu-satunya harta yang Kinah ada. " rayu Sakinah lagi. Anaknya yang merengek-rengek kesejukan itu, di tepuk-tepuk perlahan. Pasti bayi itu sudah lapar susu.

Nizam memberikan sedikit ruang untuk Sakinah duduk di sebelahnya. Gadis pujaannya itu benar-benar nampak kasihan. Tapi jika dia menjaga anak itu, sepertinya dia juga sendiri yang menikam bertubi-tubi hati sendiri. Dia tak sekuat mana untuk menghadapnya.

" Shhhhh, tidur ya anak Mak. Iya, Mak tahu. Anak Mak lapaq susu. Okay-okey, Mak bagi. " Sakinah menyusukan bayinya yang tembam itu. Siapa sahaja yang melihatnya, pasti memuji. Walaupun kulit bayinya sawa matang, tetapi raut wajahnya yang comel itu benar-benar dapat menambat hati orang sekeliling.

Mata Nizam hanya mengerling sekilas, Sakinah. Entah bagaimana matanya terpandang dada Sakinah yang terdedah. Mulalah nafasnya menjadi tidak keruan. Di tambah lagi dengan tempat tersorok macam ni, sememangnya mampu melindungi mereka dari pandangan orang kampung. Betul-betul akan memudahkan segala perlakuan sumbangnya.

" Abang boleh jaga anak ni.. Tapi ada syaratnya.. " lama mata Nizam menjamah keseluruhan wajah itu dengan senyuman penuh makna.

Sakinah yang terleka memandang anaknya terus mengangkat wajahnya. Matanya membulat. Benarkah apa yang dia dengar tadi? Tak silap kah dia dengar? Senyuman kecil mula terlukis di bibirnya. Alhamdullilah, akhirnya anak ini akan ada juga orang yang menjaga nya. Sakinah percaya Nizam mampu menjaga serta mendidik anaknya dengan sebaik mungkin.

" Terima kasih, bang. Kinah sanggup buat apa-apa aje untuk anak ni." kata Sakinah sambil tersenyum lagi. Terus pipi si bayi di cium, lama. Mak sayang anak Mak sampai hela nafas terakhir Mak. Mak sanggup buat apa-apa ajer, asalkan anak Mak selamat.

*******

Izham mengintai dari sebalik dinding rumah Mikanadira. Kegiatan yang lama di tinggalkan akhirnya, di lakukan kembali pada hari ini. Sebenarnya, dia punya hajat. Hajat yang mungkin orang lain anggap gila. Tapi, pedulikan lah, kata-kata orang. Nak hidup ni, kita kena jadi pekak dengan cemuhan orang dan kena jadi buta dengan apa yang orang lain buat dekat kita.

Mikanadira kelihatan ralit menyiram pokok bunga kertas Mak Tipah, menggunakan air dari telaga di belakang rumah. Sambil itu dia memasang earphone dekat telinga. Lebih-lebih baik dengar lagu rock lentok-lentok pentang yang indah macam ni. Cuacanya juga tidak panas. Sesekali terasa hembusan angin petang.

Izham toleh pandang ke sekeliling. Yes, line clear. Terus dengan kaki terjengket-jengket, dia menghampiri Mikanadira. Mikanadira pulak tidak menyedari kehadiran bekas suaminya. Derapan langkah Izham juga, tidak dapat di tangkap nya.

Bahu Mikanadira ditepuk, lembut. Dia terus berpaling kepada seseorang yang dia tak tahu siapa. " Argghhh!! " Mikanadira menjerit tatkala Izham terus mencempung tubuhnya. Izham terus memekup mulut Mikanadira. Eii, nak cari geruh ajer, kalau orang lain dengar.

Izham membawa Mikanadira masuk ke dalam rumah. Mak Tipah yang sedang terleka tengok sinetron itu, tidak terperasan akan keadaan yang gawat di alami oleh anak angkatnya. Seronok sangat bergelak-sakan depan TV sambil lipat baju.

Mikanadira meronta-ronta. Tangannya sudah di gawang-gawangkan tanda meminta bantuan. Eiii, mamat ni, kan? Memang nak makan siku ni. Aku gigit tangan nanti baru, tau. Biar terkena jangkitan kuman nanti.

Izham menolak pintu bilik yang paling hujung sekali. Lagaknya seperti sudah hafal plan rumah Mak Tipah. Syafiq dan Afifa pula entah ke mana keluarnya. Sekarang ini, mereka makin kerap pula keluar bersama.

Izham membaringkan Mikanadira di tengah-tengah katil. Seutas tali yang di simpan dalam poket, di keluarkan lalu di ikat kaki dan tangan Mikanadira ke bucu katil. Mulut Mikanadira di sumbatkan dengan sapu tangan. Bertujuan tidak mahu gadis itu, menjerit-jerit nanti. Izham tahu dia salah dan apa yang dia akan buat ni memang melampau. Tapi dia tak mampu menolak keinginan hati.

Baju Mikanadira di selak, perlahan.

Mikanadira sudah menangis-nangis. Adakah lelaki itu ingin buat benda tak elok? Ya Allah, selamatkan la aku. Aku janji lepas ni, aku takkan marah budak-budak lagi guna loghat Penang. Aku juga takkan curi-curi lagi pakai kain batik Mak Tipah. Aku jugak takkan suruh Syafiq bawak aku guna kereta dia, ke sekeliling kampung. Ya Allah, aku betul-betul memohon ni... Aku janji..

Sampai begitu sekali Mikanadira berazam. Adoyaiii, Mika. Takde siapa boleh tolong kau la.

Izham merapatkan wajahnya ke perut Mikanadira. Perut itu di kucup lama. Tertumpah juga air mata yang sedari tadi di tahan. Izham mencium-cium lagi perut yang memboyot itu dengan bersungguh-sungguh. Selama ini, dia hanya memendam sahaja perasan.

Sudah lama dia teringin untuk membelai perut itu. Sampaikan tak tidur malam, dia memikirkan cara untuk dia melunaskan segala keinginan.

Mikanadira terasa cairan hangat di perutnya. Tapi ianya tetap tidak mampu melembutkan hatinya.

" Ayah sayang Firas. Ayah takkan tinggal kan anak ayah lagi. Ayah akan jaga Firas. Ayah teringin sangat-sangat nak rasa Firas tendang perut Ibu. Sayang, tendang lah sekali untuk ayah. Cukuplah, buat ayah rasa anak ayah sayang ayah jugak. Please.... " Izham bagaikan merayu dengan anaknya. Sebak pula suaranya. Seolah-olah, sekarang ini hanya tinggal Izham dan anaknya sahaja. Mikanadira yang meronta-ronta, bagaikan tidak wujud langsung.

Bagaikan faham apa yang si ayah cakap, bayi di dalam perut menendang-nendang perut Mikanadira. Izham yang melekapkan kepalanya di perut Mikanadira, terus menangis tersesak-esak. Anak ayah pun sayang ayah jugak.

Mikanadira mencebikkan bibir. Di luar Mak Tipah tengok cita sinetron, tapi sekarang ni dekat dalam ni ada slot samarinda pulak. Tajuk nya 'ayah nangis bila baby tendang' . Bosan kan? Dia yang sudah letih meronta-ronta, terus berbaring dengan aman. Tanpa sebarang gerakan. Di biarkan sahaja Izham dengan kelakuannya. Jangan di buat lebih-lebih sudah..

" Ya Allah, terima kasih Firas. Ayah tahu Firas pun sayang ayah jugak, kan? Nanti bila Firas dah keluar, jangan layan langsung, serigala jadian yang suruh Firas panggil dia babah. Kalau dia paksa jugak, Firas gigit tangan dia kuat-kuat tau. Biar putus jari-jari tu. "

Mikanadira menggelengkan kepalanya. Suka hati Izham sahaja nak letak nama anaknya Firas. Eiii, Mikanadira baru merancang nak letak nama Abdul Samad ke, Abdul Karim ke? Kan sekarang ni trend balik, nama dulu-dulu, diguna pakai semula. Lagi pun maksud nama-nama tu, baik aje di dengar.

" Ayah nak Firas tahu, walau Ibu tak suka Ayah, tapi kita tetap takkan terpisah tau. 24 jam kita akan berkepit. Ibu tak boleh nak cakap apa dah. Kalau ibu tak kasi jugak, Firas gigit tangan ibu pulak tau. "

Mikanadira geleng lagi kepalanya. Entah kali ke berapa pulak. Izham ni pun. Apa lah, boleh di hasut anak tu. Nanti kalau buatnya bila dah keluar nanti, baby suka gigit orang pulak nanti, macam mana? Eii, orang punya lah minta simpang. Doa yang baik-baik untuk anak.

Izham belai-belai perut Mikanadira lagi. Tidak pernah jemu dia berbuat begitu. Kucupan pulak, usah di bilang lah. Tak cukup jari kaki dengan tangan nak mengira.

" Mika. Bukak la pintu ni. Aku nak masuk woii. " tiba-tiba suara Afifa kedengaran dari luar. Izham menutup kembali perut Mikanadira dengan baju. Terus satu kucupan di hadiahkan untuk bekas isterinya. Kononnya, macam ucapan terima kasih sebab izinkan dia dalam paksa rela, berbual dengan baby. Aduhaii...

Izham terus melompat ke tingkap. Buatnya, Afifa nampak dia dekat sini pulak, haru jadinya.

Mikanadira meronta-ronta di dalam ikatan. Macam mana ni? Kurang asam betul mamat ni. Dia blah macam tu aje? Aku ni macam mana oii.. Nak bukak pintu tak boleh, nak jerit pun dah sah-sah la, keadaan tidak mengizinkan. Eiii, aku kokak tengkuk kau nanti kut, Izham..

" Mika?!!! " suara Afifa masih kedengaran dari luar.

Mikanadira memejam matanya rapat-rapat. Boleh pulak sekarang ni, dia rasa mengantuk. Pandai-pandai kau lah, Fifa nak masuk. Aku tidur dulu, sis.

Zzzz... Zzzz.. Zzzz..

Hari ni, Dania write satu chapter aje tau.. I'm super busy right now. Esok kita jumpa lagi ya.. Boleh tinggal kan komen ya.. Mana tahu, ada tersalah dekat mana2, boleh la Dania tahu. Komen anda semua, amatlah di alu-alukan.. :p

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience