DM68~SAKA 7 PUTERI BUNIAN

Romance Series 23915

Izham memegang bahu nya yang terasa sakit-sakit itu. Sejak pulang dari rumah Mikanadira lagi dah rasa sakit. Mungkin tak cukup tidur kut? Sakitnya begitu menusuk-nusuk. Tapi takkan lah? Macam tak logik pulak, kan?

Tok.. Tok.. Tok...

Pintu di ketuk dari luar. Kemudian muncul Mikanadira dari sebalik pintu. Dia merenggangkan sedikit pintu itu. Yalah kan, mereka dah bercerai. Jadi tak manis pulak duduk di tempat tertutup begitu. Ini pun sebab terpaksa aje dia datang. Ada tugasan penting.

Izham bukak kan matanya yang terpejam sejak tadi. Mikanadira datang? Mimpi ke ni?

" Boleh akak tinggal kan Mika dan Izham sebentar. Jangan risau, kami tak buat maksiat pun. " dengan penuh berterus-terang Mikanadira meminta.

Sakinah tanpa banyak soal terus berlalu ke dapur. Adalah tu, bekas suami isteri itu nak berbincang.

Gelas kaca yang berisi air masak itu, disuakan kepada Izham. Izham geleng kepalanya, lemah. Dia memang tak mampu nak ambik. Bahu nya terasa begitu sakit. Tak terdaya sungguh. Terasa macam strok buat seketika.

Mikanadira letakkan gelas itu di atas rak kecil di tepi katil Izham. Bibirnya terkumat-kamit berselawat dalam diam.

" Kalau panas, awak semua boleh tinggal kan dia. Dia tak berniat pun, nak buat apa-apa yang tak elok dekat tuan awak. Jangan ganggu lelaki ini.

Kalau awak semua masih degil, Nak, Saya baca ayat-ayat suci Al-Quran? Biar badan awak semua hangus? Sementara Saya cakap dengan baik ni. " arah Mikanadira kepada 5 orang gadis itu.

Mikanadira kan boleh tengok benda-benda mistik macam ni? Jadi, dia dapat rasa kehadiran 5 orang gadis bunian itu ke rumah Izham. Jika tidak selama ini dia nampak 7 orang gadis ini asyik memyendeng dengan Mak Tipah tetapi tiba-tiba pagi tadi tengok - tengok ada 2 orang aje. Tak ke sangsi? Selama ini, Mikanadira boleh nampak semua ni, tapi malas nak tegur. Kalau tegur pun, bukan dapat pahala pun, dapat bala lagi ada.

" Tak nak pergi? Jangan menyesal tau. Saya dah cakap elok-elok dah. " pesan Mikanadira dengan mukanya yang menggerutu geram. Sakit hati betul la, cakap dengan bunian ni. Seorang pun, boleh tak jawab apa-apa. Diam sahaja sambil memandangnya kembali.

" Saya betul-betul nak baca ni. Saya bagi awak semua peluang untuk pergi. Awak tak fikir ke, tentang tuan awak dekat rumah? Mana tahu ada orang nak kacau dia ke? Setahu Saya ramai aje kan, orang yang suka dekat tuan awak. " kata Mikanadira dengan beraninya.

" Apa kau boleh buat? Ingat kami ni, takut ke? Sekali lelaki ni dah kacau tuan kami, sampai mati kami akan kerjakan dia. " jawab salah seorang gadis yang duduk bersebelahan dengan Izham.

Izham dari tadi klip.. pop.. klip.. pop..biji mata. Tengok Mikanadira. Pembawakan orang mengandung ni memang macam ni, ke?

" ALLAHU AKHBAR. " laung Mikanadira dengan matanya merenung tajam gadis-gadis bunian itu. Nak hadapi mereka kena la berani. Kalau kita tunjuk yang kita takut, lagi lah benda tu suka.

ALLAHU AKHBAR ni kalau di baca berulang kali, umpama bola api kecil yang boleh memanah gadis-gadis bunian. Ayat ini mampu mencederakan syaitan dan mereka terus lepaskan Izham apabila tubuh mereka mula terbakar. Muka mereka sudah berarak api kemarahan. Barang kali marah kerana hajat mereka untuk sakit kan Izham tidak kesampaian.

" Awak semua balik la, semula kepadaTuan awak. Saya tak nak cederakan awak semua. Balik la. " seru Mikanadira sambil tangannya menghala ke pintu.

Mikanadira akui dia tak banyak ilmu untuk nak menghapuskan terus bunian-bunian ini. Lagi pun, khudratnya memang tak terdaya. Dulu masa kecik-kecik, dia selalu menangis sebab nampak benda yang orang lain tak nampak. Lama-kelamaan, Mikanadira mula mempelajari cara untuk membentengkan diri dari gangguan jin dan syaitan.

Stress gila kut, tiap-tiap masa asyik nampak benda yang menakutkan aje. Kadang-kadang Mikanadira rasa macam nak mati pun ada.

Gadis-gadis bunian terus menghilangkan diri ke dalam dinding. Nasib baik la diorang tak buat hal. Buatnya diorang mengamuk ke apa, mati la. Selama ini Mikanadira tak usik diorang semua ni sebab kalau kita tak cari pasal, diorang okay aje la.

Lagi satu, Mikanadira pernah terbaca dalam Internet, kalau kita ternampak benda tu, just buat bodoh je. Jangan pulak pergi baca ayat kursi. Nanti benda tu 'panas' dan dia serang kita balik. Seram kan? Itu yang orang lain rasa. Cuba bayang kan, dia yang nak hadapi?? Uhhh, tak tertanggung takut tu.. Cuma acah-acah berani je.

Izham terus terasa bahunya seperti sedia kala semula. Dah tak sakit-sakit lagi. Wow, Mikanadira di pandang dengan wajah kagum. Lagi meninggi hasratnya nak balik semula dekat Cik isteri.

" Minum air tu. Lepas ni, jangan tinggal kan solat lagi. Solat la benteng untuk kita nak hindarkan diri dari benda tu menempek.Assalammualaikum, Saya balik dulu. " Mikanadira sua kan gelas kaca kepada suaminya.

Tangan Izham laju sahaja menyambar tangan Mikanadira. Tak nak gadis itu pergi.

" Awak tak pernah cerita pun, yang awak ada kelebihan macam ni? " soal Izham dengan muka tertanya-tanya. Sambil tu, dia usha sikit wajah cantik yang mendung sejak tadi.

" Tak penting pun. Saya tak nak orang tahu pasal ni. Saya tak suka. " balas Mikanadira sambil menarik tangannya. Tak suka bila di sentuh oleh jemari kasar itu.

Izham berdiri di hadapan bekas isterinya. Bahu Mikanadira di cengkam, kuat.

" Tak penting awak cakap? Benda yang begitu besar macam ni, awak cakap tak penting? " Izham bersuara keras. Entah mengapa hatinya jadi panas tiba-tiba. Sejak dah bercerai ni, makin biadab pula mulut tu melawan.

Habis tu, kau tak biadab? Kau ceraikan dia saat dia mengandung anak kau, itu dianggap sopan ke? Kau tolak dia sampai jatuh bangku tu, murni sangat lah?, kutuk Encik hati yang dah lama bersabar dengan Tuan empunya badan. Kalau dia ada kaki, dah lama dia nak lari jauh-jauh dari makhluk hutan amazon ni. Tak de perasaan.

" Lantaklah. Itu hak aku apa. Aku suami. Aku berhak nak buat apa-apa dalam rumah tangga ni." jawab Izham dengan angkuh..

" Sakit la, awak. Lepasla.. " rayu Mikanadira dengan mukanya yang berkerut. Seriuslah, lelaki ini anak orang ke anak harimau? Dia punya cengkaman tu memang sangat luar biasa sakitnya.

Izham merapatkan jarak antara mereka." Kita kahwin ya, Mika. Abang dah tak sanggup lagi nak menanggung rindu. Abang nak kita macam dulu. Happy together. Baby pun mesti nak ayah dan ibu berbaik, kan? Pujuklah ibu tu sayang. " Izham sentuh perut isterinya. Kebetulan pula baby boleh tendang. Terus berubah ceria muka Izham.

Telinga di tekapkan di perut yang memboyot itu. Di belai-belai penuh kasih. Sempat juga Izham layangkan ciuman pada perut itu sebelum mendongak kepalanya memandang Mikanadira.

" Abang nak sayang." luah Izham dengan mukanya penuh berharap. Suara seromantik mungkin cuba di perdengarkan.

Mikanadira memandang Izham sebelum menggelengkan kepalanya laju. Terus tubuh Izham di tolak ke tepi. Dia tak nak ulangi kesilapan yang sama. Kalau di takdirkan untuk Mikanadira kahwin lagi, memang dia akan pangkah Izham awal-awal. Sanggup lagi kahwin dengan kucing jantan Mak Tipah dari Izham. Ehekk, agak-agaklah Mikanadira. Hehe..

Mikanadira terus berlalu keluar dari bilik yang terasa semakin panas itu. Apa pulak kata Syafiq yang duduk menunggu dalam kereta nanti? Sakinah dan Kak Mastura duduk di serambi rumah sambil minum petang. Ada la jugak mereka pelawa Mikanadira sekali, tetapi Mikanadira tolak dengan baik.

Tak seronok pulak dia minum semua bagai tapi Syafiq di dalam kereta. Nampak tak sopan pulak, kan? Terus mamat tu benci dia terus, kang.

***********

Dr. Julia memandang Tuan Hisyamuddin yang sedang menyuakan sudu berisi bubur ayam ke hadapan bibirnya. Nampak bersungguh-sungguh lelaki itu ingin menyuapnya.

" Abang, cukup la tu. Lia dah kenyang." kata Dr. Julia sambil tersenyum.

Tuan Hisyamuddin membalas senyuman isterinya dengan usapan lembut di rambut kerinting Dr. Julia. " Lia jangan sedih-sedih lagi ya. InshaAllah, abang akan cari si pelaku tu sampai dapat." jawab Tuan Hisyamuddin sambil menyerahkan mangkuk kepada bibik untuk di bawa ke dapur.

Dr. Julia di sahkan keguguran kerana disyaki termakan ubat gugur kandungan. Sememangnya, bukan angkara dirinya. Walau Dr. Julia agak keberatan dengan kehadiran orang baru di dalam rahimnya, tetapi mana mungkin dia akan buang anaknya? Naluri seorang ibu tak mampu untuk berbuat demikian.

" Lia dah tak sedih-sedih dah bang. Lia okay. " balas Dr. Julia sambil mengukir senyuman manis kepada suaminya. Sejak dia di Hospital, lelaki itu begitu mengambil berat soalnya. Nak berjalan pun siap papahkan lagi. Romantik versi orang tua. Choii la. Mana ada nya tua. Muda lagi kut.

" Eh nak pergi mana ni? " soal Tuan Hisyamuddin kepada Dr. Julia yang ingin bangun dari pembaringannya. Kenapa tak minta tolong dia sahaja? Apa guna suami di tepi kalau tak boleh menolong, kan?

" Nak pergi tandas. Kenapa, abang nak ikut ke? " usik Dr. Julia dengan riak wajah nakal nya.

" Nak.. Nak.. Nak.. " jawab Tuan Hisyamuddin. Mukanya sudah menyengih seribu makna.

" Galak. " ujar Dr. Julia sebelum ketawa kecil di ikuti suaminya. Walau kehilangan itu telah membawa pergi kebahagiaan, ingat lah masih ada orang lain lagi yang sudi berikan kita senyuman. Jangan terlalu bermuram durja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience