IZHAM menyimpul daun palas sambil menunduk memandang ke bawah.
" Am, okay ke? " soal Sakinah dengan muka ingin tahu. Sejak 2 hari lepas, lelaki muda itu tinggal di rumahnya. Muka lelaki itu nampak seperti di rundung kesedihan sahaja.
Izham angguk kan kepalanya,sebelum menyambung semula membalut ketupat palas.
Apa agaknya yang Mikanadira sedang lakukan sekarang ini? Adakah isterinya makan dan minum dengan sebaik-baiknya? Siapakah yang menjaga dan melayan kerenah Mikanadira selama sebulan ini?
" Boleh akak tahu kenapa Am, nampak sedih-sedih? Kalau tak kesah, Am boleh cerita masalah Am dekat Akak. Akak sudi mendengar. " Sakinah mempelawa dirinya. Bukan apa, dia seolah-olah dapat merasai keperitan yang di lalui lelaki muda di hadapannya itu.
Ya Allah, risaunya. Abang terlalu risaukan bagaimana keadaan sayang. Abang takut sayang tak selesa di sana. Abang rindu nak peluk sayang. Masak kan makanan sedap-sedap untuk sayang.
Izham terus berlalu pergi dari ruang dapur itu. Tidak betah untuk dia terus duduk di sini. Hatinya terlalu rindukan Mikanadira . Nak buat kerja pun, terasa bagai Mikanadira tersenyum memandangnya. Nak anyam ketupat pun, tak boleh. Dia ternampak muka Mikanadira pada ketupat itu. Dia tak sampai hati nak anyam wajah isterinya.
Jika mampu ku cari di manakah dirimu, akan ku cari ke seluruh pelosok dunia. Ku hanya nantikan senyuman manis mu yang telah menghiasi setiap detik hidup ku.
Tanpa dirimu, hidup ini terasa kosong. Kosong tanpa bicara riangmu. Aku cinta kamu, selamanya.
*****************
Sengihan di wajah itu sudah cukup untuk membuatkan dia tersenyum kembali.
" Ini awak punya, ke? Hehe, Saya tersilap ambik pulak. " lelaki itu mengukir sebuah senyuman indah. Yang memaparkan sebaris gigi putih yang cantik tersusun.
Ayu Farisya menggangguk kepalanya.
" Hakim. " panggil Ayu yang sedari tadi memandang lelaki itu.
" Hmm. " Hakim tersenyum lagi.
Murah sungguh lelaki itu dengan senyuman. Bukan setakat mulut aje yang tersenyum, tetapi sekali dengan matanya lagi. Betul-betul mempunyai aura yang memikat.
" Saya nak couple dengan awak boleh tak? " Ayu tersenyum. Tak sabar nak tahu jawapan lelaki itu.
Ketika dia hampir membunuh diri kerana tidak sanggup menerima hakikat bahawa cinta Izham bukan lagi untuknya, tiba-tiba Hakim datang untuk menyelamatkannya.
Keikhlasan lelaki itu membuatkan dirinya terbuai. Terbuai dengan bicara indah dan senyuman manis yang terukir di bibir nipis itu. Semuanya indah-indah belaka.
Hakim angguk kan kepalanya tanda setuju. Dia juga telah jatuh cinta pandang pertama dengan gadis itu. Orangnya yang simple tetapi masih mempunyai sisi keibuan, membuatkan dia yakin untuk melangkah dengan lebih jauh lagi dalam perhubungan mereka.
***********************
" Yeay, tiup lilin tu, Fiffy. " Dr. Julia memeluk anak daranya yang baru berusia 8 tahun.
Fiffy yang memakai baju ala-ala Princess Elsa itu terus meniup lilin sehingga terpadam.
" Wow, lepas ni anak uncle ni umur 8 tahun lah, kan? " Tuan Hisyamuddin terus mencuit pipi tembam Fiffy. Comel sangat kanak-kanak itu.
Fiffy angguk kepala sambil tersenyum.
" Fiffy nak apa? Cakap aje,uncle akan tunaikan semua permintaan princess uncle yang comel ni." Tuan Hisyamuddin membiarkan gadis kecil itu duduk di ribaannya.
Sambutan hari jadi Fiffy dilakukan dengan kecil-kecilan sahaja. Tak jemput sesiapa pun kecuali hanya tinggal mereka bertiga.
" Fiffy nak Papa. Boleh uncle jadi papa Fiffy? " jernih mata Fiffy merenung wajah lelaki sebaya dengan mamanya.
Sejak kecil, dia jealous dengan kawan-kawannya. Semuanya pergi sekolah dengan ayah masing-masing yang hantar. Tapi dia... Hanya di temani seorang mama sahaja. Dia pun teringin nak merasa kasih sayang seorang papa.
Tuan Hisyamuddin bertemu pandangan dengan Dr. Julia. Jelas pandangan wanita itu seperti mengharapkannya.
Done for today
Share this novel