Izham genggam lembut tangan Mikanadira yang sedang tertidur. Comel. Selalunya bila bangun pagi pasti isterinya tertidur nyenyak di dalam dakapannya. Tetapi sekarang...
Begitu pantas Allah menarik segala-galanya. Dari sihat ke sakit. Dari sayang ke benci. Siapalah dia sebagai hamba nak pertikaikan apa yang tersurat untuk nya. Sekecil hama pun tak layak.
Dugaan tuhan boleh datang dengan pelbagai cara. Cuma terserah kepada kita untuk laluinya dengan bijak dan penuh rasa bersyukur. Disebalik sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Izham tak mahu lagi buat benda terkutuk tu lagi. Sumpah tak mahu. Tak sanggup nak bayangkan azab api neraka yang menanti setiap pendosa untuk menjadi bahan bakarnya.
"Ehem." Mikanadira berdehem kuat.
Terus termati lamunan Izham, wajah isterinya di pandang sayang.
"Sayang nak air ke? Abang ambik kan." Izham menuang air mineral ke dalam gelas plastic berwarna merah jambu itu. Lalu gelas itu disuakan kepada isterinya.
Mikanadira sambut jugalah gelas itu. Sebab dia memang haus sangat. Terasa seperti di padang pasir yang gersang dan tandus.
Usai meminum segelas air mineral itu, cawan kembali disuakan kepada suaminya. Saje buat kerek sikit. Sedangkan loker itu betul-betul di sebelah nya.
"Nak apa-apa lagi tak? Abang ambil, kan. " Izham tawarkan diri.. Tangan isterinya dah lama dilepaskan kerana dia tahu isteri dia tak selesa. Tak lari gunung dikejar pun. Nanti bila isterinya dah okay sikit, nak cium pun dia bagi. Hehe.
Mikanadira geleng kepala. Sedikit sebanyak nasihat bekas suaminya terbuku di hati. Tak nak kejadian yang sama berulang lagi.
Mikanadira tak tahu pasal perasaan dia. Tak tahu dia ada perasaan ke tidak dengan suaminya.
Habis tu yang kau ehem-ehem dengan suami kau tu kenapa?, soal hati yang suka mengacau bilaukan perasaan.
Mungkin Mikanadira terkilan sebab dulu dia menidakkan hak Han Gyul sebagai suami ke atas dirinya, itu yang dia nampak desperate sangat. Siap buat tarian gadis hutan lagi. Ayyaaa.
"Saya nak tidur. Keluarlah. " Mikanadira pejam mata rapat-rapat.
Izham tahu isterinya tidak tidur lagi. Kelopak mata bergerak-gerak. Nak berlakon pun agak-agak lah, sayang. Comel.
" Tidurlah. Abang tunggu dekat sini. Kutlah sayang nak apa-apa boleh abang ambik terus. Tak payah nak call-call, wassap-wassap. " Izham menjawab sambil matanya tak lepas memandang isterinya.
Mikanadira bukak mata kembali. Seriuslah, mamat ni. Mikanadira memang rasa matanya dah tak boleh pejam dah. Banyak jam dah dia terlena. So, ada hikmah lah jadi semua ni. Dia boleh rehat-rehat di samping suami tercinta.
Tercinta? Ah, lawaknya dengar. Perasaan dia sikit pun takde dekat lelaki Ini. Yang setia merenungnya.
'Handsome lah pulak mamat redha ni,' hati mengacau bilaukan perasaan makhluk ego Ini.
'Eleh, kalau setakat pakai baju kemeja dengan seluar khakis aje, mana nak handsome nya. Baju orang miskin, macam tulah. ' jawabnya masih dalam diam.
"Bila saya boleh keluar? " soal Mikanadira selepas dia sibuk berdiskusi dalam hati tadi. Dia tanya suaminya, tapi pandang televisyen. Ayyo. Kereknya Mikanadira Hisyamuddin ni.
" Petang ni lah kalau tak silap. Doktor Jannah cakap awak takde apa-apa pun. " jawab Izham.
" Macam mana keadaan Gibran? Dia okay, tak? Saya risau pasal dia. " Mikanadira sengaja buat suara kucing hilang anak. Kononnya risau sangat-sangat. Padahal dia risau sikit ajelah, dah orang jadi superhero selamat kan dia, tipu lah kalau tak rasa kesian.
Sajelah nak test, Encik suami tu cemburu ke tidak? Tapi tengok muka suaminya macam tak terkesan langsung.
Izham angkat bahu. Walau muka nampak sesuci kuih makmur tapi dalam hati jangan di tanyalah. Macam kuih bakar. Terbakar hati suami dia. Uhuk.
Mikanadira pusing tubuh ke arah tingkap hospital. Tak maulah tanya lebih-lebih lagi. Kesudahnya dia jugak sakit hati berulam jantung pisang.
***********************
DATIN ZAITON mengesat hidungnya banyak kali. Busuknya. Kena duduk tepi tong sampah. Eiiii,geli kaki lah. Mesti banyak virus dan bakteria kan?
"Arghhhh. " Datin Zaiton menjerit nyaring.
Mana tidaknya tikus dengan muka setebal pemadam Stabilo, lalu tepi badan dia. Menggelikan sungguh.
" Diamlah sikit, Mama. Malam - malam ni. Agak-agak lah, nak test vokal suara." Syafieya letak tangan dekat mulut.
"Fieya cari apa tu? Lama lagi ke? Mama gelilah duduk dekat sini. " Datin Zaiton buat muka nak termuntah.
" Kotak. Nak buat alas untuk kita tidur. Takkan nak tidur atas simen kot? Nanti lenguh belakang masa bangun pagi nanti.
Terimalah kenyataan yang ini takdir Kita. Kalau mama tak buat perangai, benda ni takkan jadi. "
" Tak payahlah nak ungkit cerita lama. " Datin Zaiton menghampiri anak gadisnya. Tak boleh tahan betul. Tempat duduk dia tadi makin banyak pula tikus buat catwalk tepi dia.
Seorang lelaki dari belakang mereka menyapa tiba-tiba. Berpakaian serba hitam.
"Nak kerja tak?" soalnya.
Datin Zaiton dan Syafieya toleh pandang ke belakang. Hantu raya ke? Tegur mereka malam-malam ni.
***************************
Share this novel