DM69~MENGAMUK

Romance Series 23892

Mikanadira keluar dari bilik air dengan siap berpakaian. Bahaya kut, kalau keluar bilik air dengan hanya berkemban. Eiii, boleh luruh jantung nanti. Syafiq pulak boleh dapat free show macam tu aje. Argh, tak mau lah. Tak sanggup denn..

Syafiq bersandar di sofa lusuh milik Mak Tipah. Matanya terpaku memandang Mikanadira. Tidak berkelip langsung. Seperti di jampi.

Mikanadira terus berlalu masuk ke dalam bilik. Dah la malam ni Mak Tipah pergi rumah orang mati. Entah bila Mak angkat dia nak pulang.. Dengan pandangan super scary dari Syafiq. Aish,sangat menyeramkan. Bagi Mikanadira, dia lebih rela berdepan dengan jin mahupun syaitan dari manusia sendiri. Manusia ni kadang-kala jahat tu melebihi hantu pun ada.

" Tunggu dulu. Jangan masuk. Saya nak cakap sesuatu. Atau awak nak kita cakap dalam bilik? " Syafiq bersuara dengan begitu lancar, sampaikan Mikanadira rasa tak boleh bernafas.

Kaki di ayun kembali ke ruang tamu. Apa yang merasuki lelaki ini? Sangat sesuatu. Meremang segala bulu dekat tubuh sekarang ni.

Mikanadira duduk berdepan dengan lelaki itu. Takkan dia nak duduk sebelah-menyebelah pulak? Lagi la bahaya. Sekurang - kurangnya kalau duduk berdepan, ada la jugak can nak lari.

" Nak cakap apa? Sekarang dah lewat sangat. Tak boleh cakap esok ke? " soal Mikanadira dengan muka seriusnya. Tubuh di tegakkan.

" Saya tak pandai nak berkias bagai. Saya dah lama pendam benda ni. Sejak first time kita jumpa lagi. Tapi masa tu Saya tak boleh nak luahkan. Saya terhalang dengan tuntutan kerja. Tapi sekarang, Saya rasa inilah masa terbaik untuk Saya luahkan. Maaf sangat. Saya tahu Saya bukan orang yang romantis. Jauh lagi lelaki idaman malaya. Cuma Saya Syafiq.

Syafiq yang pertama kali tengok Mikanadira masa dekat Airport. Syafiq sama la yang selalu ada untuk awak. Saya, Syafiq Naqiuddin nak lamar Mikanadira Hisyamuddin sebagai suri di hati. Kalau awak terima, esok kita jumpa family awak. Saya akan ajak kakak Saya meminang awak nanti. Jangan risau, Saya terima anak dalam perut tu. Saya boleh jadi babah dia, kan Ibu?" luah Syafiq bersama senyuman yang nampak gugup. Ini first time kot, dia luah perasaan dekat perempuan. Serius la, nervous gila, bhai...

Mikanadira angguk kepalanya tanpa senyuman. Mungkin ini keputusan yang terbaik demi masa depan dia dan baby. " Saya terima." Mikanadira terus berlalu masuk ke dalam bilik.

Semudah itu kah, dia melupakan kenangan bersama Izham? Lupakah dia betapa dulu dia mencintai lelaki itu? Di mana janji untuk sehidup semati untuk selama-lama nya?

********

" Apa ni, Kak? Bila masa Saya setuju nak kahwin dengan Faqihah? Kenapa akak tak tanya Saya dulu? Akak siapa, nak tentukan masa depan Saya? Saya cuma akan kahwin dengan Mikanadira sahaja seumur hidup ni. Tak de lagi perempuan lain boleh ganti tempat dia." ujar Izham dengan riak wajah tidak berpuas hati.

Siapa tak hangin? Tiba-tiba aje orang luar nak tentukan masa depan dia. Kut la, Sakinah tu mak dia ke, bolehlah jugak Izham pertimbangkan.

Sakinah telan liur yang terasa kesat. Perlu ke, dia berterus terang, sekarang? Adakah Izham akan membencinya selepas tahu status dirinya? Pelbagai kemungkinan silih berganti datang dalam fikiran.Tak. Bukan masanya lagi. Sekarang dia perlu berlakon dulu. Jangan gabra. Nanti mudah pula Izham menghidu.

" Akak nak yang terbaik untuk adik akak. Akak tak nak kamu berharap lagi pada kasih yang tak sudi. Akak dah dengar semua tu. Akak tahu. Tahu, yang dia dah tolak kamu. Buat apa lagi nak berharap pada kasih yang tak sudi? Biar la dia pergi. Kamu nak ke, tunggu dia kahwin dulu, baru nak move on?

Mikanadira dah tawar hati. Dia sendiri cakap dekat akak. Dia minta kamu ke mahkamah lepas dia bersalin nanti. Dia tak nak urusan cerai ni, tertangguh. Apa susah sangat ke, nak lupakan dia? Faqihah si kakak Fatiha tu pun baik. Akak tahu dia boleh bahagia kan Am. " balas Sakinah.

Izham garu kepalanya yang tak gatal. Kak Mastura entah ke mana perginya.

" Akak cakap senang la. Akak tak pernah tahu apa yang Am rasa selama ni. Am di ejek sebab status Am sebagai anak yang tak sah taraf. Semua orang pandang jijik dekat Am. Mak pun layan Am macam sampah. Apa yang Am buat semua tak kena. Kalau salah sikit, mesti Am kena pukul. Tubuh ni dah lali sangat dengan semua ni.

Mak Am entah mana hilang nya. Dari kecik Am tak pernah merasa kasih seorang ibu. Am tengok aje orang lain Mak diorang suap. Mak diorang cium. Tapi Am.. Semuanya sendiri.

Kehadiran Mikanadira dalam hidup Am seolah-olah mengisi balik kekosongan di hati. Am dapat rasa belaiannya dan kasih sayangnya. Walau hati dia keras sikit tapi dia baik. Dia boleh terima diri Am seadanya, walau dia tahu Am banyak buat dosa. Kalau nak di banding kan dengan Am, bagai air terjun dengan lopak air aje. Langsung tak setaraf. Tapi dia terima. " Izham sudah menangis tersesak-esak..

" Am menyesal apa yang Am pernah buat. Am tolak dia. Am sakit kan dia. Am tak terima penjelasan dia sebelum cerai. Ya Allah, apa yang Am dah buat ni memang melampau. Am tak boleh nak kawal diri dari sakit kan dia dalam masa yang sama berharap dia jadi milik Am kembali. " Izham seka air mata yang bercucuran. Murah betul lah air mata dia. Cakap sikit pasal Mikanadira mesti nak nangis.

Sakinah terkelu seribu bahasa. Ya Allah beratnya apa yang Izham lalui selama ini. Terlalu berat. Aku bukan Mak yang terbaik untuk dia.

*********

" Hello Mika... Awak menyorok sekarang jugak. Jangan ke mana-mana. Suami Saya on the way ke Malaysia. Dia still tak boleh terima apa yang jadi. Hati-hati tau. " suara Sharifah kelihatan cermas di hujung talian.

Ya Allah, apa lagi cerekarama nak jadi ni? Aku letih la. Letih sangat dengan lelaki yang seorang ini. Tak faham-faham bahasa. Aku dah tolak tu blah aje la.. Buat apa sibuk-sibuk entah?

" Ya okay. Terima kasih Sha. Saya akan hati-hati." Mikanadira terus mematikan talian. Macam mana ni? Apa aku nak buat?

Aduhaii, satu-satu masalah tak selesai lagi tapi datang pulak masalah yang baru.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience