Puan Maryam memegang telefonnya dengan riak wajah yang sebak. Manik-manik halus, laju sahaja menuruni tubir mata. Telefon juga sudah terlepas jatuh ke lantai. Perlahan-lahan Puan Maryam melorot jatuh ke lantai. Sedaya upaya tangan memekup mulut agar tangisannya tidak pecah dan didengari oleh orang lain.
AKU CERAIKAN MARYAM BINTI MUSA DENGAN TALAK SATU.
Ya Allah, luluh hati Puan Maryam. Kenapa, bang? Kenapa abang buat Yam macam ni? Yam sayang sangat dekat abang. Semua benda yang Yam buat ni untuk abang. Segalanya untuk abang. Yam nak kita kembali seperti dulu. Saling menyayangi dan mencintai.
" Puan okey? " seorang lelaki menegur Puan Maryam yang tersedu-sedan menangis.
Puan Maryam tidak memperdulikan lelaki itu sebelum bangun semula dan pergi ke keretanya. Nak menangis pun tak senang, bila ada yang mengacau. Menangis ni lebih kurang macam terapi jugak. Bila kita nangis dan luahkan apa yang terbuku di hati, kita akan rasa lebih lega sikit nanti.
Pintu kereta di buka dengan kasar sebelum dia masuk ke dalam kereta. Kepala terus di sembamkan ke stereng. Ya Allah, aku tak kuat ya Allah. Aku tak mampu ya Allah. Bagaimana harus aku lalui hari-hari yang kian mendatang, tanpa kehadiran seorang suami? Macam mana aku nak hidup ni? Macam mana aku nak biasakan hidup tanpa seorang lelaki bernama suami?
Tok. . Tok. . Tok. .
Cermin kereta di ketuk oleh seorang lelaki. Puan Maryam terus menoleh. Hisyamuddin? Suaminya? Terus Puan Maryam membuka pintu dan terus memeluk Tuan Hisyamuddin.
" Eh. . Eh. . Kenapa ni? Awak tak apa-apa? " soal lelaki itu apabila Puan Maryam memeluknya.
" Abang tak kenal Yam ke? Yam minta maaf sangat dengan apa yang terjadi. Yam tahu Yam salah. Yam banyak buat dosa. Yam sakit kan hati abang. Yam tak hormat abang. Yam minta ampun, bang. Tolong lah terima Yam balik. Yam sanggup hidup bermadu. " luah Puan Maryam sambil menangis tersesak-esak. Tubuh itu makin di peluk nya erat. Tak mahu lelaki itu pergi.
" Awak? Saya bukan orang yang awak maksudkan tu. Minta maaf. " si lelaki bersuara juga setelah wanita anggun itu memeluknya lama. Nak tolak macam tak tergerak pulak tangannya. Bagaikan di magnet.
Puan Maryam terus mendongak kan kepalanya. Oh my hubby? Oh no.. no.. no.. Tersilap orang derrr. Mati lah kau Yam. Mana nak simpan muka tu. Puan Maryam terus melepaskan pelukannya sebelum bergerak masuk ke kereta.
Baru nak start enjin kereta, lelaki tadi kembali mengetuk. Puan Maryam toleh jugalah dengan mukanya yang buat-buat serius. Kening di angkat tinggi berulang-kali. Di sini kita dapat tahu perangai kerek Mikanadira ikut perangai siapa, kan?
Jari telunjuk lelaki tadi lurus menunjukkan kemejanya. Puan Maryam menggigit bibirnya. Ya Allah, lekat setempek bekas makeup dekat situ. Lipstick dan maskara yang paling menonjol. Apa dia nak buat ni? Confirm lelaki tu akan saman dia. Eleh tak di namanya, Maryam binti Musa lah kalau tak berani. Terus dia memecut laju kereta Alzanya.. Pergi meninggalkan lelaki tadi terkulat-kulat.
Lelaki itu menyentuh dada nya yang berdebar-debar sambil tersenyum.
******
Mikanadira menyidai pakaian dia, Syafiq dan Mak Tipah di ampaian. Kesian pulak dengan Mak Tipah, tak menang tangan dia buat kerja rumah. Itu pun puas Mak Tipah, tegah dia suruh berehat. Tapi Mikanadira tetap buat keras kepalanya. Kesian dengan Mak Tipah tiap-tiap hari macam ni. Tiba-tiba, Mikanadira boleh teringatkan Izham. Dahulu lelaki itu jugalah yang buat semua kerja rumah. Masak, kemas rumah, berniaga. Mesti lelaki itu penat. Tapi Mikanadira tak boleh nak buat apa.. Dah dia tak larat nak buat semua tu. Takkan nak paksa jugak?
Mikanadira sempat pasang lagu jiwang-jiwang untuk mengisi suasana yang sepi itu. Sambil itu dia menyanyi kecil dengan wajah yang ceria. Cuaca yang panas terik terasa perit sekali terkena kulit muka. Tudung pun dia ambik tudung instant Mak Tipah aje. Malas nak pakai tudung dia yang berbelit-belit.
Elok sahaja dia mahu menyidai kain batik Mak Tipah, boleh pula matanya terkilas pandang sepasang kekasih yang nampak tersangat lah mesra. Mikanadira tengok pun nak muntah. Siapa lagi kalau bukan Izham dengan Faqihah. Gila betul, diorang berdua ni. Tengah-tengah panas boleh berjoging. Nak tayang lah tu kebahagiaan. Eleh, sikit pun aku tak heran.
Izham kelihatan mesra berjoging dengan Faqihah. Entah apa yang mereka bual kan, sampai gelak tawa Faqihah boleh di dengari sampai ke Mikanadira. Jarak mereka pun agak jauh jugak. Agak-agak macam sekangkang Gorilla.
Izham yang terperasan, terus menegur Mikanadira. Buat-buat ramah pulak. Ada Mikanadira heran.
" Eh kawan. Lambat sidai baju? Mesti semalam tengok cita Hindustan, kan? Itu yang bangun lambat. "
Mikanadira gigit bibirnya, geram. Ada juga orang nak kena rodok tekak dengan bakul baju ni kang. Mulut takde insurans langsung. Perubahan sikap Izham sejak mereka sign kontrak sebagai kawan amatlah menyakitkan hati. Tapi Mikanadira happy apa, lebih baik mulut longkang dari mata suka mengintai dia. Itu lagi teruk.
" Ha'ah. Tengok cerita Hindustan. Ada mamat hensem suap aiskrim dekat awek dia. Memang sweet gila. Itu yang Saya sanggup tak tidur tu." balas Mikanadira dengan muka di buat ceria.
Dia tahu Izham cukup benci kalau soal itu di bangkitkan. Orang kaki cemburu, bukannya boleh fikir apa betul apa salah.
" Lah tak best la, kalau setakat suap aiskrim aje. Saya pulak tengok drama Korea. Mamat tu jogging dengan awek dia yang sangat cantik. Lagi sweet dari cerita Hindustan awak. " Izham membidas sambil ketawa. Si Qihah yang tak tahu hujung pangkal pun turut ketawa berdekah-dekah. Dia yang paling over pulak.
Mikanadira sudah melangkah menghampiri Izham. Mulut yang takde insurans tu perlu di ajar. Tunggulah dia nak bagi kaw-kaw, sampai Izham sendiri yang akan pergi.
Qihah yang berdiri agak jauh dari Izham terus merapatkan jarak antara mereka berdua. Jarak macam nak berpeluk pun ada. Takut sungguh Mikanadira ambik bakal suami dia.
Mikanadira tersenyum sinis sebelum ketawa kecil. Lawak lah petang-petang macam ni, nampak couple yang seperti pinang di belah seratus itu. Tak serasi tapi pulun tunjuk mesra.
" Apa hukum kalau lelaki dan perempuan bukan mahram, keluar sama-sama? And apa hukum duduk rapat-rapat macam tu? Agak-agak nya kalau berdua, pasti ada yang ketiga kan? Siapalah agaknya tu? Lastly, apa hukum perempuan tak tutup aurat? Saya tak sindir siapa-siapa tau.
Ini soalan ikhlas dari hati punya. Maaflah kalau soalan ni boleh buat siapa-siapa tu terasa. Saya bertanya sebab Saya nak lah jugak, tahu bab agama. Almaklumlah, Saya hanya orang biasa yang masih, tidak penuh ilmu di dada. Okeylah, ciauu dulu. " Mikanadira terus berlalu masuk ke dalam rumah. Kain di dalam bakul yang masih tidak habis di sidai, di tinggal kan dulu di situ. Biar langau dua ekor tu pergi cepat-cepat.
Izham sudah mengepal penumbuknya. Pedas sungguh lah sindiran bekas isterinya. Eii, geramnya. Terus dia berlari laju ke hadapan untuk meninggalkan Faqihah yang nampak terkebil-kebil nak touch up bedak compact. Alahai, nak joging pun pulun bermekap sakan.
Faqihah mengikut larian Izham dari belakang. Habis comot muka dia. Izham ajak jogging time panas-panas, itu yang dia bawak mekap juga tu. Nanti senang nak perbetulkan dekat mana-mana yang terlebih terkurang.
*******
Gabriel meliarkan pandangan ke sekeliling. Pak cik pemandu teksi pun, melayan aje mana dia nak pergi tanpa banyak sungutan. Yalah kan, kalau bagi 10 ribu, sapa yang tak sudi kan? Entah-entah kalau Gabriel suruh memandu ke sekeliling dunia pun, pakcik tu sudi.
" Ini dekat mana ni, Pak cik? " soalnya dengan muka berkerut. Dia mana familiar dengan tempat di Malaysia ni. Dulu pun dia banyak tinggal di UK lagi.
" Kampung Janda Baik, Kelantan. " ujar Pak Cik tadi sambil tersenyum memandang Gabriel. Terserlah terus gigi kapaknya yang kekuningan.
Gabriel yang sedang minum air mineral terus tersedak. Gila betul. Jangan nanti sampai terbawa-bawa dalam mimpi sudah. Boleh terkencing dalam seluar nanti.
Mata terus di pejam rapat. Biarlah dia berehat buat seketika. Mata sudah terlalu letih. Dari tadi tengok sana sini. Dia perlu kan rehat juga. Nanti dia bangunlah semula.
Share this novel