DM40~BABY BUMP

Romance Series 23892

Hari ini genap 2 bulan Mikanadira mengandung. Baby bump pun mula memunculkan diri. Nampak macam Mikanadira tertelan kucing sebab nampak timbul sedikit perutnya.

"Yeay, anak ayah nak makan dah. Apa? Nak ayah suap Ibu? Orait, no problem. " Izham tatang dulang ke arah isterinya.

Mikanadira sudah sedia duduk di birai katil. Tak sabar nak tengok menu apa yang suaminya masak. Mesti sedap.

Wow?! Nasi putih dengan Sup Kepala Ikan Merah. Strawberry dan tembikai susu pun ada. Daebak. Air kelapa pun ada? Yeah, kami sayang laki kami.

Mikanadira buka mulut luas-luas. Tengok lauk pun dah terliur dah.

"Baca bismillah dulu sayang. " pesan Izham. Tangannya yang sudah dibasuh, terus menyuap isterinya makan. Berselera betul isterinya makan.

Sampai bertambah-tambah nasi." Minum air, yang. Abang nak basuh pinggan dulu. Nak apa-apa, bagitau abang okay? " Izham berlalu keluar.

Pinggan yang telah dicuci, terus di simpan di dalam kabinet dapur. Izham mengurut bahunya. Lenguh betul. Tadi angkat makanan hantar dekat apartment paling atas sekali.

Alhamdulilah, semakin hari semakin banyak dia menerima tempahan. Syukur. Itulah orang kata rezeki baby dalam perut.

Izham baringkan tubuh di sebelah isterinya. Dia ingin melelapkan mata sebentar. Tadi pun bangun pagi sebelum subuh. Nak masak-masak lagi. Memang mata pun boleh jadi kuyu.

"Abang nak Saya urut ke? " soal Mikanadira apabila tengok suaminya asyik mengurut bahunya sendiri.

" Tak payahlah, yang. Sikit aje ni. " Izham buka mata sedikit sebelum pejam kembali.

Mikanadira rasa tak elok pula kalau dia bersenang-lenang membaca novel dengan membiarkan suaminya sakit. Bersakit tu pun di sebabkan dia dan anak mereka. Siap pakej masak dan kemas rumah lagi.

Betapa beruntungnya dia dapat mengenali lelaki itu. Nasib baik bukan suaminya yang selamatkan dia dulu. Kalau lelaki itulah... Apa nak jadi agaknya dengan keluarga kecil dia?

Mikanadira meminta suaminya tidur meniarap dengan selesa sambil pejamkan.

"Awak cuba fikirkan sesuatu yang menyenangkan. Contohnya, muka awek awak ke? Hmm. " Mikanadira bersuara perlahan.

Dia tak cemburu jauhlagi nak jealous bagai. Eh-eh, bukankah kedua-dua perkataan tu sama maksud? Ah, lantaklah..

Izham ikut aje cakap Mikanadira asalkan isterinya bahagia. Uhuk-uhuk, ayat kau Am. Maneh belecas.

Mikanadira meletakkan tangannya di atas bahu Izham. Urutannya dimulai dengan ibu jari di letakkan di bahagian tengkuk sambil mengurut dengan perlahan ke bahu dan kembali semula ke tengkuk. Dia ulang lagi sebanyak 3 kali.

Kemudian Mikanadira menggunakan kedua-dua belah tangan dan urut bahu suaminya sehingga ke bahagian atas lengan. Itupun dia ulang lagi 3 kali.

Ibu jarinya digunakan untuk mengurut bahagian tengkuk bermula dari bahagian bawah tengkuk bergerak menjauhi tulang belakang. Macam biasa 3 kali lagi di ulang.

Mikanadira letakkan kembali tangannya di bahu Izham. Teknik releksasi yang diamalkan dapat mengurangkan rasa stress yang dialami dengan memulihkan kembali tenaga dalaman seseorang itu.

Mikanadira jenguk sikit muka suaminya. Dari tadi diam tidak bercakap. Kalau tak selama ni ramah bercakap.

Lah, tertidur rupanya. Mesti penat sangat-sangat ni. Kesiannya, suamiku ini. Saya hargai sangat apa yang awak buat untuk Saya dan anak kita. Pengorbanan awak ni sememangnya menyenangkan Saya.

*************************

"Kenapa awak tangkas eh, di dapur? Kemas rumah pun tip-top. Awak selalu kemas rumah ke dulu? Tak pun awak saje buat rajin? " soal Mikanadira sambil suapkan Sup cendawan ke mulut. Soalan nak cari gaduh tu.

" Abang dah selalu sangat buat semua kerja-kerja ni dari kecil. Ibu cakap dia takkan bezakan tugas anak perempuan dan anak lelaki. Baguslah tu. Bolehlah Abang berdikari. " jawab Izham sambil meneguk air masak.

" Saya tak rasa macam tu. Sebab dulu Afifa kalau datang rumah saya, memang malas ya rabbi.. Nak makan pun nak suruh saya hidang. Errrmm, awak ada sorokkan sesuatu ke dari Saya?

Hidup sebagai suami isteri ni kena lah selalu sharing masalah. Kalau pasangan tak boleh settle kan pun sekurang-kurangnya kita akan rasa lega sikit bila dah luahkan.Awak tak anggap Saya ni isteri awak ke, hmm? " soal Mikanadira tiba-tiba. Matanya bulat memandang Izham.

Izham dah rasa serba-salah. Takut silap cakap merajuk pulak isterinya itu. Sensitif.

" Eh, kenapa cakap macam tu, sayang? Dalam hati ni sayang sorang aje tau yang bertakhta. Abang tak retilah nak bagi ayat bersemut sangat bukan tak bererti abang tak sayang isteri abang. Siapalah tak sayang bini. Orang gila aje kott? " Izham sehabis baik nak pusing cerita ke arah lain. Tak nak cerita pasal hal isu pandai masak.

" Jangan nak kona sana - kona sini cerita tu. Saya tanya pasal benda lain. Cerita lah nak dengar." Mikanadira merengek-rengek sambil goyang lengan suaminya. Manja.

PUISHHHH......

Terus Izham tersembur air dekat muka isterinya. Tak sedia kot, bila isterinya goyang-goyang tangan. Dah la, masa tu dia baru nak minum air.

Mikanadira beliakkan biji mata sebelum berlalu pergi. Izham ikut langkah isterinya dari belakang kerana perasaan bersalah begitu menebal dalam hatinya. Dalam masa yang sama dia sempat berterima kasih dekat mulut dia yang gatal-gatal pergi sembur dekat isterinya. Selamat. Tak payah cerita. Hehehe ,dengar dekat Mikanadira mesti lepas ni Izham berjalan tidak jejak bumi dah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience