Tok.. Tok.. Tok..
Izham dongakkan sedikit kepalanya dari tersembam ke bantal. Seharian dia menangis. Kalau tak sembam muka dekat bantal, memang satu kampung lah boleh dengar raungan dia.
Sakinah membuka pintu dari luar apabila tiada sebarang suara dari dalam.
" Am, Kenapa ni? Am tak sihat ke? " Sakinah menghampiri Izham yang sedang meniarap lemah di atas tilam.
Izham bangun dari pembaringannya. Tak manis pulak dia meniarap sebegitu di hadapan Sakinah.
" Ya Allah, mata sampai bengkak ni, kenapa? Cuba Am, cakap dengan akak apa yang jadi sebenarnya? " Sakinah menggesa Izham. Dia ingin menuntutkan penjelasan dari lelaki muda itu. Sudah lama dia memendam rasa.
Izham angguk kepalanya sebelum berlalu keluar dari bilik. Seeloknya, biarlah dia dan Mikanadira sahaja yang tentang kemelut rumah tangga mereka.
" Am, keluar sekejap ya? Ramai anak dara tunggu dekat ruang tamu. Diorang semua nak jumpa Am." Sakinah bersuara sebaik sahaja tubuh Izham ingin berlalu.
Izham angguk kan kepalanya. Hari ini hari raya, hari kemenangan umat Islam. Hari untuk dia bergembira dengan meraikan bulan syawal yang penuh barakah. Tidak sepatutnya,dia bermuram durja.
Kalau benar Mikanadira sudah bertemu insan yang lebih baik darinya, tidak mengapalah, Izham boleh undur diri. Pinggan tak retak, nasi tak dingin. Engkau tak hendak,aku tak ingin.
**********************
" Ermhhhh.. Ermhhhh.. " suara itu tenggelam timbul dengan penolakan tangannya.
" Mati lah kau. Aku nak kau mati. Aku nak dia. Hanya dia boleh jadi milik aku. Kalau aku tak dapat dia, engkau pun tak kan dapat dia. " suara itu begitu keras bersama api kemarahan yang membuak-buak.
Gibran sudah semakin lemah. Nafasnya juga sudah tercungap-cungap kerana tidak cukup oksigen. Tangannya juga tidak mampu untuk menolak tangan Gabriel yang sedang memekup kuat bantal di wajah nya.
Dengan kudratnya yang lemah, dia tidak mampu berbuat apa-apa. Hanya mampu berdoa kepada Allah.
Ya Allah, andai inilah hari terakhirku, aku memohon kepadamu. Janganlah engkau biarkan adik ku ini memiliki Mikanadira. Gadis itu terlalu lemah untuk disakiti. Jiwanya terlalu rapuh walau senyuman sentiasa terukir di bibir itu.
Gibran terus terkulai layu sebaik sahaja selesai berdoa buat kali terakhir.
Gabriel mengangkat bantal itu, sebaik sahaja dia merasai tiada lagi penolakan mahu pun erangan lemah dari Gibran.
" Aku sudah cukup terluka. Terluka apabila dia pergi dari hidup aku. Beberapa lelaki yang pernah hadir dalam hidupnya, membuatkan aku semakin taksub untuk memiliki nya kembali. Jika perlu nyawa abang ku sebagai galang-gantinya, aku rela. Rela untuk membunuh abangku sendiri.
Hah, beberapa halangan untuk aku memilikinya sudah roboh. Sekarang ini sudah tiba masanya untuk aku menakluki dirinya untuk selama-lamanya. Walau batinnya, bukan untuk ku, biarlah hanya zahirnya sahaja yang aku miliki. "
*********************
Tersungging senyum jahat di setiap bibir itu. Dari pandangan mata mereka, sudah cukup jelas kepuasan yang mereka rasai.
"Wow, memang nampak real la, gambar ni? Nampak macam kau dengan dia..." Afifa sudah tersenyum nakal.
Gabriel silang tangan ke dada. Terukir senyum sinis di bibirnya sambil dia bersiul-siul.
" Nak hantar semua gambar ni, dekat suami dia ke? " soal Arissa sambil menilik setiap gambar itu.
Kuasa edit sekarang ni, memang tiada batasannya. Segala yang mustahil, boleh nampak seperti semula jadi.
" Not now. Gambar tu masih tak cukup lagi. Aku akan buat gambar yang lebih panas.. Sampai kan, suaminya membenci dia. " Gabriel tarik gambar dari tangan Arissa lalu di masukkan kembali kedalam sampul.
" Kalau ikutkan, diorang tak bercerai lagi, kan? " soal Afifa sebelum menyisip perlahan carrot susu itu.
" Belum lagi, kalau mengikut hukum. Mesej cerai tu, budak yang aku upah yang buat. Kebetulan, memang dia tengah syok dekat Izham. So, aku sua lah sikit.. " Arissa gesekkan hujung jari telunjuk dan ibu jari.
Gabriel, Afifa dan Arissa terus ketawa berdekah-dekah. Nampaknya perancangan mereka berjalan dengan begitu lancar..
Share this novel