Malam itu, Syafiq leka membelek bunga telur yang siap di gubah. Cantik tapi simple. Okeylah tu. Sebenarnya dari dulu lagi dia teringin sangat nak gubah sendiri bunga telur untuk perkahwinannya. Walau penat tapi puas. Dapat tengok hasil tangan sendiri di hari bahagia. Pelamin, katering dan jemputan semua kakak nya yang uruskan. Syafiq cuma bagi duit aje. Rancangnya lepas Mikanadira bersalin baby dan baby boy itu berusia 5 bulan, baru nak kahwin. Syafiq tak kesah, walaupun kalau boleh dia nak kahwin cepat-cepat dengan Mikanadira. Siapa dekat dunia ni, yang nak tangguhkan lama-lama majlis kahwin? Semua orang gembira kalau di satukan dengan pasangan yang di cintai.
Bila di tengok balik pada bahan-bahannya, semuanya murah-murah belaka. Crepe paper dua kaler iaitu merah dengan pink, reben, kain net, white tape, dawai, lidi satey, gunting dan pisau. Dalam perancangan nak buat 300 aje. Lagi pun jemputan hanya orang kampung, rakan-rakan terdekat dan sanak-saudara. Tak panggil Dato Datin mana-mana. Belah Mikanadira tak tahu pulak. Mikanadira macam tak minat pun ada dalam menyediakan persiapan perkahwinan mereka.
Gadis itu banyak termenung. Kadang-kala Syafiq cakap banyak-banyak pun, dia jawab sepatah aje. Tapi ada masanya Syafiq perasan, Mikanadira akan jadi super manja. Tak tahulah kenapa. Perempuan hamil macam ni ke, kalau nak kahwin?
Mikanadira berjalan ke ruang tamu sambil membawa dua gelas mug. Segelas di letakkan di atas meja berhampiran dengan Syafiq, satu lagi untuk dirinya. Dia menghirup air milo yang masih panas itu. Segar..
" Terima kasih tau Ibu. Susah-susah aje buat air untuk babah. " ucap Syafiq sambil mengambil mug itu. Dia menghirup air itu laju-laju. Bukan apa, sebab terlalu teruja, pujaan hati bancuh air untuk dia. Biar lidah melecur, asalkan hati bahagia. Gila betul, siapa punya ayat lah tu?
" Sama-sama. Dah Saya nampak ada dua peket milo 3 in 1, so saya bancuh aje lah. Anyway, tak susah pun. " jawab Mikanadira sambil matanya tetap tertumpu di skrin TV. Tak de masa lah, nak melayan cakap Syafiq guna panggilan 'ibu babah'. Eiii, geli tekak la..
Syafiq perasan jugak yang Mikanadira tak layan langsung kalau dia guna panggilan ibu dengan babah. Gadis itu tak suka ke? Nampak sweet apa guna panggilan macam tu. Orang zaman sekarang, guna panggilan lagi menggelikan pun ada. 'Mummy' 'Daddy' , macam kakak dia lah, Sharifah. Yang guna 'kanda' ' dinda' pun ada.
" Banyak lagi ke tak siap? " soal Mikanadira.
" Ada lah lagi 257 lagi. Sikit aje tu. "
Mikanadira angguk kepala sebelum meminta diri untuk masuk tidur.
Syafiq tersenyum sinis sambil mengembangkan hidungnya. Di sangkanya, Mikanadira nak tawarkan pertolongan, tetapi gadis itu pula yang nak masuk tidur. Allah!
Izham yang sedang mengintai dari sebalik lubang kecil, terus menutup mulut menahan tawa. Padan muka kau, Jantan! Kalut lagi nak ambik isteri orang. Last-last kau pulak jadi babu nak siap kan semua ni. Hahaha.
Mikanadira bukan jenis yang nak tunjuk kan sangat kasih sayang. Baginya cukuplah, kalau mereka saling sayang. Tak perlu nak guna panggilan yang berlebihan. Tak mati pun kalau tak guna.
*********
" Nak apa ni? " soal Mikanadira kepada Izham. Dari tadi asyik mengetuk tingkap bilik dia. Nak tidur pun tak boleh. Baby pun bukan main ligat lagi tendang dalam perut sebab tak boleh tidur. Ayah memang tak faham, kan baby? Suka tengok ibu marah. Bukan nak fikir pun masa ibu nak rehat ke apa. Itupun mintak Mikanadira turun dari tingkap. Eiii, gila sungguh dia. Mikanadira dengan perut memboyot lagi. Memang mintak bagi jatuh ke apa?
" Turun la, sayang. Abang sambut. Cepatlah. " gesa Izham bila Mikanadira jenguk dari tingkap. Izham buat gaya macam nak sambut baby pun ada.
" Jangan nak mengada sangat. " Mikanadira keluar juga ikut pintu dapur. Mana boleh nak ikut sangat perangai gila-gila Izham.
Izham terus berlari sambil mendepangkan tangannya. Seolah-olah nak peluk Mikanadira pun ada. Muka tu tak payah tanya lah, ceria bukan main.
Mikanadira tunjuk penumbuknya. Gatal sungguh la bekas suami dia. Nak peluk-peluk bagai. Orang keluar ni pun besar rahmat tau.
" Gurau aje. Tu muncung panjang tu, nak cium sapa? Err, Sapa lagi kan, dekat sini, abang sorang aje ? " usik Izham apabila Mikanadira memuncungkan bibirnya. Tahu sangat tabiat bekas isterinya.
Mikanadira duduk di pangkin tepi bendang. Tak larat nak berdiri lama-lama. Izham turut mengikuti langkah Mikanadira. Dia tahu Mikanadira masih lagi terasa hati dengan apa yang terjadi. Takpelah, ambik dulu masa untuk semaikan kembali rasa kasih sayang yang pernah bersarang di hati. Soal hati dan perasaan ni sememangnya mengambil masa.
" Nak cakap apa ni? Saya tak suka la keluar rumah malam-malam. Sekarang ni macam-macam makhluk ada. Hish, awak ni. " getus Mikanadira perlahan. Mata di hala ke bawah. Tak nak lah meliarkan biji mata ke sekeliling. Berbagai makhluk dia nampak.
" Saya nak awak dengar elok-elok tau. Saya dah tak suka awak. Saya pun dah nak kahwin dah. Nanti Saya jemput awak. Saya cuma nak berkawan aje dengan awak sebab baby tu anak Saya. Takkan Saya nak lepaskan tanggungjawab pulak, kan? Saya tak nak masuk neraka. So, lepas ni, kita berkawan demi anak dalam perut tu, boleh? " Izham sua kan tangan untuk bersalam dengan Mikanadira. Mukanya nampak tenang sahaja lepas luah kan apa yang di pendam.
Mikanadira spontan toleh memandang Izham." Kawan? Okey. Tapi Saya tak nak masuk neraka jugak. Tak tahan azab di sana. " kata Mikanadira sambil tersenyum segaris. Dia rasa tak perlu lagilah mereka bermasam muka. Sebab masing-masing perlu jalankan peranan masing-masing. Tak mahulah pulak, kalau si anak hilang kasih sayang salah seorang. Mikanadira tahu kasih bapa kandung dengan bapa tiri tu berbeza. Tak akan sama.
" Dah kawan, kenapa nak masuk neraka? "
" Tu, tangan tu nak buat apa? Nak tampar nyamuk? " Mikanadira muncungkan mulut kepada tangan Izham yang masih terhulur.
Izham pantas menarik tangannya." Saje test, nak tengok awak tahu tak hukum-hakam. Tapi rupanya awak pandai jugak, kan? " Izham buat-buat ketawa.
Mikanadira bangun dari pangkin." Lepas ni, Saya tak nak awak datang lagi dah malam-malam. Kawan apa datang malam-malam nak jenguk kawan dia? Tak manis kalau bakal suami Saya tengok. " kata Mikanadira sebelum berlalu.
" Itulah, Saya pun nak cakap benda yang sama la. Bakal wife Saya pun tak suka Saya datang malam-malam tengok kawan. Tapi itulah Saya takut pulak kalau awak ternanti-nantikan Saya. Kut-kutlah rindu. " kata Izham sambil ketawa.
Mikanadira jeling sekilas sebelum masuk ke dalam rumah.
******
Faqihah menyapu sisa air mata di pipi. Tak mahu la tunjuk muka sedih depan Izham. Nanti lelaki itu ingat dia menangis bagai nak rak. Mak Siti juga sudah mempamerkan riak wajah tegang.
" Tujuan Saya datang sini sebab nak minta maaf dengan Faqihah atas apa yang Saya cakap kelmarin. Tak terniat pun untuk Saya cakap macam tu dekat awak. " ucap Izham dengan muka bersalah.
Mak Siti baru nak buka mulut tetapi pantas Faqihah mencelah." Takperlah, Saya tak simpan di hati pun. Saya tahu awak tersilap cakap aje kelmarin, kan? " Faqihah sudah tersengih gembira.
Izham anggukkan kepalanya." Betul tu. " kata nya sambil menghirup kopi yang Faqihah baru hidangkan. Pergh, pahit gila ya amat. Nak jamu orang ke jamu cicak ni? Fail.. Fail.. Fail.. Nak buat bini. Tapi semua tu terdetik di hati sahaja.
" Sedap tak kopi yang Saya bancuh? " soal Faqihah sambil menggentel hujung rambut. Berbeza dengan Fatihah yang bertudung litup, Faqihah pulak free hair. Dalam setandan pisang ada yang buruk dan ada yang elok kan?
" Sedapnya. Lepas kahwin kalau bancuh macam ni, confirm Saya request hari-hari. " puji Izham sambil tersenyum.
Mak Siti pun ambik juga la, cawan di hadapannya. Selama ini bab bancuh air semua, Fatihah yang buat dalam rumah. Faqihah pulak jenis suka mengemas. Jadi dah orang memuji air tangan anak daranya, nak jugalah dia rasa. Kut-kutlah sedap.
Sekali hirup.... Puishhhhhh.. Tersembur terus ke muka Faqihah. Gila bak ang!! Pahit macam peria, hitam nya pulak macam buntut kuali. Aduhaii, pakai cirit lah Izham nanti bila Faqihah bancuh untuk dia lepas kahwin.
Share this novel