" Mika okey ke ni? Saya tengok awak asyik termenung aje." Gibran meletakkan tisu di atas meja sebaik sahaja dia mengesat kuah Sup di celah bibirnya.
Mikanadira tersenyum sinis apabila teringat kembali peristiwa semalam.
Gibran lambaikan tangannya di hadapan wajah Mikanadira. Dari tadi diam aje. Adakah, Mikanadira ingatkan bekas suaminya di Malaysia?
" Okey. Lepas ni, kita nak pergi mana?" soal Mikanadira sambil menyudahkan suapan daging panggang yang lazat itu.
Hidangan yang di sajikan oleh restauran KAOROU WAN memang sangat-sangat sedap. Baru first time dia datang sini, terus jatuh cinta. Love at the first sight.
" Beli baju baby nak tak? Mesti baby dalam perut tu merajuk kan? Sebab papa dia tak beli lagi baju. Sambil-sambil tu beli sekali lah, baju mengandung untuk awak. Perut awak makin besar. Baju pun sekarang ni Saya tengok makin ketat dah. " Gibran sungging senyum tatkala mata mereka bertatapan buat seketika.
" Awak baik sangat lah, Gibran. Saya tak tahu macam mana nak balas balik budi awak. Awak selalu ambil berat pasal saya. Pasal baby dalam perut ni. Kadang-kala saya rasa malu pun ada.
Iyalah,Saya ni gemuk. Tak macam dulu. Saya rasa diri ni macam tak berguna, pun ada." Mikanadira menundukkan kepalanya. Setitis air mata menitis jua di meja.
" Mika, kenapa cakap macam tu? Saya tak pernah pun pandang semua tu dekat awak. Bagi Saya cukup hati awak.. Jika hati awak bersih, luaran awak pun akan jadi baik. Tapi jika hati tu busuk, usahkan muka macam Angelina Jolie, muka macam Hannah Delisha pun Saya tolak. " Gibran menyeka air mata Mikanadira.
" Jika awak sudi terima diri Saya, Saya sejuta kali sudi nakkan awak. Mikanadira, jangan terlalu bersedih dengan kata-kata orang tentang diri awak. Diorang tu dengki aje. Orang yang dengki ni selalu akan cari salah kita. Walaupun, benda tu dah lapuk, tapi dia still akan korek semula untuk jatuh kan kita. " ujar Gibran dengan sinar mata yang sarat dengan cinta.
Mikanadira sua kan duit kepada, pekerja Indonesia itu untuk di bayar dikaunter. Mikanadira tidak mahu lagi melayan perasaan cinta. Sebab bila.. Sakit tu... Ya Allah, tak terdaya untuk bernafas dan terus melangkah ke hadapan.
****************
" Next customer. " ujar wanita separuh umur itu yang berpakaian seksi. Siapa lagi.. Kalau bukan Datin Zaiton. Tak pernah serik-serik.. Rumah kata pergi, kubur kata mari. Ada hati nak lacur anak sendiri. Di manakah kasih seorang ibu?Yang rela berkorban untuk anaknya?
Syafieya menangis sambil memegang selimut di tubuh. Ya Allah, kenapa kau duga aku sampai macam ni sekali? Batin ku terseksa. Fizikal ku di nafikan haknya. Suka-suka hati orang lain menyentuh diri ini. Kotornya aku. Ternoda dan dinodai sejak semalam.
Sebaik sahaja, lelaki berpakaian hitam itu menariknya masuk ke dalam rumah urut itu, terus Syafieya di tarik masuk ke dalam bilik kecil yang gelap itu. Dan.. Apa lagi? Terus dia di kerjakan semaksimum mungkin.
" Mama.. Tolong Fieya ma. Tubuh Fieya sakit. Fieya tak mahu lagi di perlakukan tak ubah seperti pelacur. Yang menyerahkan tubuhnya demi wang. Kita pergi dari sini ya, Ma.. Kita cari kerja yang halal. Kerja yang diredhai Allah. " rayu Syafieya sambil menangis buat kesekian kalinya.
" Fieya.. Benda ni simple aje kan. You just serahkan tubuh you.. Nanti bila diorang pergi.. You akan dapat duit.
Allah tak pernah adil, Fieya. Kalau Allah tu adil, mesti dia tak akan tarik nikmat kekayaan dari kita. Kerja halal? Ada ke orang nak ambik kita bekerja? Kalau ada pun.. Gaji ciput... Buat lepas makan nasi lauk macam kucing je. Nasi putih dengan ikan goreng.
Tapi kalau kita kerja macam ni.. Kita boleh bermewah macam dulu. Shopping spree macam dulu. Makan tempat mahal-mahal. Beli rumah banglo.. " Datin Zaiton bersuara dengan angkuh sebelum berlalu.
Seorang lelaki bangladesh melangkah masuk ke dalam bilik kecil itu sambil tersenyum gatal.
Syafieya hanya mampu berdoa kepada Allah. Dia sudah letih.. Seharian hanya perlu melayan nafsu buas lelaki - lelaki berhati binatang.
Ya Allah,aku tak mampu lagi. Nak lalui semua ni. Aku lebih rela mati, dari di lacur oleh mama aku sendiri. Ambil lah nyawa ku.. Ambil lahhh..
******************
Surat berwarna putih itu di bawa masuk ke dalam bilik. Tertulis jelas nama Mikanadira Hisyamuddin di situ. Pasti Mikanadira yang mengutuskan Surat untuk nya. Entah-entah Mikanadira nak suruh dia jemput dekat air port tak? Argh, happy hati ni. Isterinya sudah mahu pulang.
Dengan muka yang ceria, Izham terus mengoyak hujung sampul surat.
KE HADAPAN SUAMIKU,
AKU TIDAK AKAN PULANG LAGI KE MALAYSIA UNTUK SELAMA-LAMANYA.
DI SINI, AKU SUDAH BERTEMU INSAN YANG LEBIH SEMPURNA DARI MU. YANG LEBIH KAYA DAN KACAK. DIA JUGA BOLEH MENERIMA ANAK INI SEADANYA.
TOLONG JANGAN BERHARAP LAGI UNTUK AKU KEMBALI KE PANGKUANMU, KERNA HATI INI, HANYA LAH UNTUK SI DIA.
YANG BENAR :
MIKANADIRA HISYAMMUDIN
Menitis - nitis air mata Izham saat membaca surat itu. Kecewanya dia. Remuknya hati dia bila di tinggal kan kontang-kanting begini...
Terselit juga beberapa keping gambar mesra Mikanadira dan Gibran. Nampak terlalu intim sekali.
Izham jatuh terduduk ke lantai. Terasa longlai seluruh tubuh.
Kenapa sayang? Kenapa buat abang macam ni? Kalau abang ada buat salah, sayang cakap aje? Abang nak minta maaf dan abang akan cuba perbaiki kesalahan abang.
Hati abang hanya untuk sayang. Rindunya abang dengan sayang tetapi ini kah balasan nya? Balasan di atas kerinduan abang di sini? Yang menanti sayang dengan segunung perasaan?
Share this novel