Bab 82
Stretcher di tolak laju ke bilik bersalin. Mikanadira sudah pengsan sejak di temui oleh Abang Mad, salah seorang pesawah. Kebetulan dia menjenguk keadaan sawahnya petang tadi, jadi dia secara tidak sengaja, telah menyaksikan pergaduhan antara dua orang gadis.
Gadis freehair dia tidak cam pula. Laju sangat gadis itu pergi ketika dia menjerit. Entah la, mungkin mereka berdua ini, mempunyai masalah peribadi gamaknya. Itu yang bercakaran dengan ekstrem itu.
Mak Tipah yang berjalan laju di sebelah Mikanadira, sudah berpeluh-peluh. Ketika Abang Mad datang ke rumahnya tadi, Syafiq dan Afifa tiada di rumah. Hanya tinggal dia seorang sahaja ketika itu.
Alangkah terkejutnya dia, saat tahu keadaan Mikanadira yang berlumuran darah itu. Nasib baik la, Abang Mad ada kereta Kelisa. Boleh juga membawa Mikanadira ke sini. Kalau nak menunggu Syafiq balik, pakai dah bersalin dah Mikanadira dekat rumah.
Tangan Mikanadira yang sejuk terpaksa di lepaskan sebaik sahaja nurse menolak Stretcher masuk ke dalam bilik bersalin.
Mikanadira terpaksa bersalin juga kerana keadaannya yang parah itu. Doktor risau pendarahannya akan merisiko kan bayi di dalam perut. Jadi, walau bayi masih lagi berusia 8 bulan, ia terpaksa di keluarkan juga hari ini.
Mak Tipah mendail nombor Sakinah. Bagi nya, Izham tetap juga perlu tahu tentang keadaan Mikanadira sekarang ini. Lelaki itu berhak untuk tahu kerana dia la bapa kepada bayi Mikanadira. Apa-apa yang terjadi, keadaan Mikanadira dan bayi tetap menjadi tanggungjawabnya.
Sementara di dalam, Mikanadira telah di suntik dengan ubat bius. Jururawat menghentikan pendarahan di kepala Mikanadira dahulu. Kepalanya perlu di jahit sedikit kerana darah tidak henti-henti mengalir. Mikanadira terpaksa melahirkan anaknya melalui ceaser. Dengan keadaannya yang pengsan itu, dia tidak mampu meneran anaknya keluar.
Setelah sejam bertungkus lumus usaha Doktor dan jururawat, akhirnya Muhammad Firas bin Izham Daniel berjaya juga keluar dari perut si ibu. Alhamdullilah, akhirnya lahir lagi ummat Nabi Muhammad SAW ke dunia.
Semoga Firas membesar dan menjadi anak yang baik untuk ibu dan ayah. Jadi lah anak yang yang soleh dan sentiasa menjadi hamba Allah yang akan di angkat tinggi darjatnya. InshaAllah.
******
" Am, jom kita pergi Hospital. Mikanadira dah bersalin tu. Dah-dah, jom. " Sakinah sudah bersiap ala kadar. Tak sabarnya nak tengok cucu nenek. Mesti comel kan?
" Kak Mas, cepat sikit lah mandi tu. Kita nak cepat ni. " gesa Sakinah dengan suara yang ceria. Tudung bawal labuhnya di betul kan di hadapan cermin.
Nenek tak sabar nak tengok cucu. Nenek pasti cucu nenek comel macam macam ibu dan ayah. Haish, tak sabar nya. Kalau boleh terbang sekarang ni, mesti Sakinah nak terbang laju-laju untuk ke hospital.
Siapa yang tak suka, kan? Kalau nak sambut cucu sulung? Ya Allah, semoga Mikanadira dan cucu aku selamat dan dalam keadaan yang baik-baik ajer.
" Laju kau, Kinah. Tak menyempat la kau ni. " Kak Mastura keluar dari bilik air dengan berbaju dan bertuala separas pinggang.
" Cucu aku Kak. Kinah dapat cucu. " kata Sakinah ceria.
" Ya Allah, kamu pulun menggesa aku. Tapi, tengok lah si ayah budak ni. Boleh lagi membelek telefon. " getus Kak Mastura tidak berpuas hati. Terus dia masuk ke dalam bilik untuk bersiap.
Izham masih lagi membelek telefon. Malam ini, manja pula Faqihah ajak berjumpa. Ish, ini yang buat dia sayang ni.
" Izham. Cepat la. Kita nak pergi tengok anak kamu ni. Bersemangat lah sikit. " Sakinah membaling bantal kecil ke wajah Izham.
Naik geram lah dia dengan Izham ni. Tak happy ke, kalau dapat tahu dia dapat anak hari ni? Ish, pelik la perangai Izham ni. Seolah-olah tiada perasaan pun ada. Sakinah pulun la bercakap dari tadi, tapi dia buat bodoh aje.
" Apa akak ni? Mengacau orang ajela. " kata Izham sambil menolak bantal kecil di atas skrin telefon. Hah, tengokla. Sekarang ni, Faqihah dah merajuk pulak, bila dia hanya bluetick aje mesej dari gadis itu. Aduh, Kak Kinah la punya pasal.
" Kenapa dengan Am ni? Tak happy ke dengar Mikanadira dah beranak? " Sakinah mula meninggikan sedikit suaranya. Dia jadi geram pulak sekarang ni.
" Alaaaaa. Beranak aje pun. Takkan nak kecoh satu dunia pulak. Macam la dia sorang beranak dekat dunia ni. " kata Izham lancang.
" Ya Allah, ya tuhan ku. Apa yang rasuk Izham ni, hah? Kenapa hati kaldu sangat ni? Mikanadira dah lahir kan anak kamu. Kamu wajib pergi Hospital sekarang ni. Nak kena iqamat lagi. Takkan nak suruh Doktor pulak tolong iqamat, kan? "
" Tak jadi ulser pun, kan kalau Doktor tolong iqamat kan? Hish, perempuan ni memang menyusahkan la. Dah beranak tu, buat la cara beranak. Takkan nak jadi bodoh nak tunggu orang iqamat, kan anak dia pulak? " jawabnya sebelum berlalu keluar dari rumah. Terasa panas tiba-tiba rumahnya saat ini.
Lagi pun dia dan Faqihah dah janji nak dating dekat kedai burger Abang Bob. Tak nak la, dia pulak yang datang lambat. Lelaki perlu gentleman, okay?
Argh, finally.. Dania dah mengantuk sgt2 dah ni.. Sorry ya, pendek sikit chapter terakhir for today. Kepada silent reader, boleh la follow Dania untuk dapat noti bila Dania nak update. Tqsm. Assalammualaikum, and good night semua!!
Share this novel