Bab 79
Usai membaca surah Yusuf dan surah Luqman, Mikanadira menutup al-Quran Al Karim miliknya. Ini hadiah dari papanya. Mikanadira hargai sangat-sangat. Kata orang, ibu mengandung perlu memperbanyakkan membaca beberapa buah surah seperti surah Luqman, surah Yusuf, surah Al-Fatihah, surah Yaasin, surah At-Taubah, surah An-Nahl iaitu ayat ke 78 dan surah Al-A'raf ayat 189.
Dengan membaca surah dan ayat ini selain daripada ibadah, amalan ini juga boleh membantu menenangkan jiwa, memudahkan bersalin, mendapatkan anak yang sihat, sempurna, soleh, solehah, dan juga anak yang taat dan patuh kepada Allah dan Rasul-Nya. Surah-surah ini juga boleh di anggap vitamin untuk bayi dalam perut.
Mikanadira merasakan seperti dirinya di perhati sebelum dia menoleh pantas ke belakang. Ya Allah! Terbit terus nama sang Maha berkuasa di mulut.
Lembaga hitam berbulu lebat itu kelihatan begitu tinggi sekali sehingga kepalanya mencecah ke siling bilik. Bermata merah menyala dengan taringnya begitu panjang sekali. Makhluk itu memandangnya bengis seperti hendak di baham sahaja.
" Astarfirullahalazim. " ucap Mikanadira. Ini lah pertama kali nya dia melihat makhluk Allah yang paling menakutkan.
" Siapa kau? Aku tak kacau kau pun. Kau perlu pergi. Sebelum aku bakar kau dengan ayat-ayat suci al-Quran ini." Mikanadira peluk erat kalam suci itu di dada. Berdegup jantung Mikanadira, laju.
Makhluk itu menghampiri Mikanadira sambil tersenyum lebar sehingga menampakkan sebaris giginya yang tajam dan sudah berulat. Benar-benar meloyakan. "Aku akan bunuh kau, wahai manusia. Tuan aku tidak suka kau. Kau perlu mati sekarang. Hahaha.." Makhluk itu ketawa lagi. Auranya begitu menyeramkan.
Mikanadira tahu, dia bukan tandingan makhluk itu. Hanya bantuan dari Allah sahaja yang mampu menghapuskan makhluk itu.
Ayat-ayat kursi di baca kuat, sambil menutup mata. Agak berterabur juga sebenarnya. Dalam keadaannya yang berbadan dua, sangat bahaya jika makhluk ini mengapa-apakannya. Jadi dia tidak boleh bertindak dengan lebih jauh lagi.
Makhluk itu ketawa lagi. Seolah-olah Mikanadira membuat lawak pulak. Nampaknya ayat kursi juga tidak mampu menghalaunya pergi. Tubuhnya tidak lut langsung dengan bacaan Mikanadira.
" Aku akan makan janin kau. Itulah cagarannya. Janin kau, milik aku. "Makluk itu berkata-kata lagi.
Mikanadira sudah memeluk erat Al-Quran. Merenik peluh dingin keluar dari liang-liang kulit. Ya Allah, macam mana ni? Dia sangat-sangat takut sekarang ini. Bagaimana, jika benar makhluk itu mengambil bayinya? Ya Allah, tolong hamba, Ya Allah. Aku sayang anak ku. Aku sanggup menyerahkan nyawa ku, asalkan anak ini tidak menjadi makanannya.
Makhluk itu melangkah menghampiri Mikanadira sehingga jarak mereka hanya beberapa inci.
Makhluk itu ketawa kuat sehingga membingitkan telinga. Tetapi ketika itu, hanya Mikanadira sahaja yang boleh dengar.
" Mak.. Syafiq.. Afifa.. Tolong aku.. " Mikanadira menjerit di dalam hati, kerana mulutnya bagaikan terkunci rapat. Suaranya langsung tidak keluar. Gaya nya seperti, jurubahasa isyarat dekat TV aje. Buat gaya tanpa suara.
Adakah ini mengakhiran, hidup ku dan anak ini? Tolong aku, Ya Allah!!!
" Allahhu akhbar.. Allahhu akhbar.. Ashhaduanla illahaillallah.. Ashhaduanla illahaillallah.. " dari tepi tingkap, Izham sudah melaungkan azan dengan kuat.
Sejak bila entah dia datang pun, Mikanadira tak tahu.
Makhluk itu terus mengerang, kuat. Tubuhnya tiba-tiba terbakar. Dalam sekelip mata, terus dia menghilangkan diri.
Mikanadira sudah menangis tersesak-esak. Baru sekarang, suaranya boleh keluar.
Syafiq, Mak Tipah dan Afifa menolak pintu, apabila terdengar suara Mikanadira menangis. Mak Tipah dulu-dulu datang ke arah Mikanadira, sebelum menyoal kenapa Mikanadira menangis.
" Kau marah dia lagi, ke? Kau ni memang jantan tak guna la, Izham. Kau tunggu.. Malam ni. Memang mati kau dekat aku. " jerkah Syafiq apabila ternampak kepala Izham di tepi tingkap.
Izham memang takkan berubah. Dari hari tu lagi, asyik nak marah Mikanadira. Tiada kah, belas kasihannya untuk gadis itu.
Syafiq terus berlari ke pintu. Malam ini, Izham harus di ajar.
Mikanadira, Afifa dan Mak Tipah mengikut dari belakang. Mikanadira masih tidak membuka telekungnya. Di angkat tinggi kain sehingga ke paras betis. Izham tak bersalah. Lelaki itu lah penyelamat. Syafiq sudah salah faham ini..
Setibanya di luar rumah, sudah terlihat adegan tumbuk menumbuk antara kaum adam itu. Sebiji penumbuk di layangkan ke wajah Izham. Tertonggeng dia jatuh tersembam ke tanah. Berdarah hidungnya.
" Kau ni.. Memang jantan tak guna la, Izham. Kau ni jantan apa.. Hah? Kerja nak sakit kan perempuan aje. " tempik Syafiq sebelum melayangkan lagi tumbukan bertubi-tubi ke wajah Izham.
Mikanadira turun dari tangga dengan berhati-hati. Perutnya yang memboyot menyukarkan pergerakannya. Dia perlu menjelaskan segala-galanya. Izham tidak bersalah.
" Dah la tu, Syafiq. Jangan pukul Izham. " Mikanadira menjerit. Air matanya sudah tumpah apabila melihat Izham yang sudah berlumuran darah di wajahnya. Kasihannya.
Syafiq menolak Izham sehingga lelaki itu terjatuh lagi ke tanah. Kali ini, kepalanya terkena batu pula. Darah merah pekat membuak-buak keluar.
"Syafiq!!! Jangan sentuh dia. " Mikanadira menolak tubuh Syafiq ke tepi. Mukanya nampak marah benar dengan sikap Syafiq yang suka tuduh melulu itu.
Baru sahaja, Mikanadira ingin mendapatkan Izham, tangan kekar Syafiq sudah menariknya. " Jangan pergi dekat dia, sayang. Lelaki bangsat tu memang patut di pukul macam tu pun. Kalau ikutkan hati Saya, memang mati la jantan tu malam ni."
Mikanadira meronta-ronta. Saat itu Izham mendongakkan wajahnya yang berlumuran dengan darah. Pandangannya begitu sayu sekali.
" Lepas la. Izham tak bersalah. Awak salah faham dah ni. " Mikanadira menjerit-jerit apabila Syafiq menariknya ke rumah..
" Tak payah bela dia Mika. Lelaki tu memang patut pun, di layan begini." Syafiq bersuara lagi. Tapi kali ini, nadanya sudah bertukar kasar.
" Balik Izham! Jangan kau muncul kan lagi diri depan rumah aku. Jantan tak guna. " halau Afifa. Sengaja dia menyimbah lagi minyak ke dalam api. Tujuan dia datang ke sini, memang nak pisahkan terus pasangan itu.
Izham terus berjalan terhincut-hincut dengan mukanya yang berdarah untuk berlalu balik ke ruamh. Sempat juga dia memandang wajah Mikanadira, lama.
" Abang! Jangan pergi, bang. Hei, Syafiq. Lepaskan aku la. " Mikanadira menjerit lagi. Terus di back kick betul-betul di celah kelangkang Syafiq. Lelaki itu menyeringai sakit sebelum melepaskan Mikanadira.
Mikanadira mengejar Izham yang sudah jauh ke hadapan. Berkali-kali dia memanggil, tetapi Izham hanya berjalan laju tanpa menoleh sedikit pun ke belakang.
" Abang! Pandang la Mika, buat kali terakhir. Mika minta maaf. Mika tak sangka semua ni, boleh jadi. " kata Mikanadira sambil menangis.
Kasut pun dia tidak sempat pakai. Nak cepat la punya hal. Dia rasa bersalah sangat-sangat. Pertolongan Izham itu, telah membuatkan hatinya goyah. Malam itu, perasaan benci bagaikan hilang dengan begitu sahaja. Kebaikan lelaki itu telah membuatkan hatinya menjadi risau.
Setibanya di hadapan rumah, Izham terus masuk ke dalam rumah. Pintu di kunci dari dalam. Jelas kelukaan di wajahnya.
Mikanadira mengetuk-ngetuk pintu. Kata-katanya di selang-selikan dengan tangisan yang sudah pecah. " Abang. Bukak la pintu ni. Saya minta maaf. Biar Saya rawat luka awak. Luka awak tu serius jugak. Jangan biarkan lama-lama tanpa di balut."
" Abang. Tolong la, bukak pintu ni. Saya rayu, bang. Bukak la. "
Pintu di buka dari dalam. Mikanadira sudah mengesat air matanya. Di sangkanya Izham tetapi Kak Mastura yang buka.
" Kak.. Boleh Saya jumpa Izham? " pinta Mikanadira bernada merayu.
" Maaflah, dik. Izham tak nak jumpa sesiapa buat masa ini. Dia suruh adik balik. Akak minta maaf ya. " Kak Mastura terus menutup pintu. Dia rasa bersalah sangat-sangat.
Mikanadira jatuh terduduk ke lantai simen. Air mata di kesat laju. Hingus juga di sedut, dalam-dalam sebelum dia melangkah pergi.
Bagi nya, biar Izham sejuk dahulu. Esok dia boleh datang lagi. Tetapi masih ada riak kecewa di wajahnya. Kalau boleh, biarla dia yang merawat Izham. Luka itu juga berpunca darinya.
*******
" Tengok la. Mika lebih kan Izham dari awak. Tinggal kan, dia aje. Banyak lagi perempuan yang lebih baik untuk awak dekat luar sana. " hasut Afifa sebaik sahaja mereka masuk ke dalam rumah.
Mak Tipah sudah masuk ke dalam biliknya. Sekarang ini, hanya tinggal dia dan Syafiq sahaja.
" Diam la. Jangan nak kusut kan keadaan. "
" Awak nak ke, kahwin dengan perempuan yang masih lagi, ada hati dekat lelaki lain? " soal Afifa, sinis.
" Awak tak tahu apa-apa. Diam la. " Syafiq meraup wajahnya kasar.
" Kesian kan? Bercinta pada yang tak sudi? "
" Eh, kau diam la. Jangan nak menyemak dekat sini, boleh tak? Blah la. " Syafiq sudah bersuara keras. Apa masalah perempuan ini, entah. Dari tadi nak buruk kan Mikanadira.
Afifa berlalu masuk ke dalam biliknya dengan muka yang masam. Kenapa eh? Banyak sangat orang suka kan kau Mika? Aku benci la. Dari dulu sampai sekarang, kau selalu dekat depan aku. Aku benci!!!!!
*******
" Argh, tak guna betul. Eiii, kenapa kau tak buat kerja elok-elok. Aku suruh kau buat benda senang aje kan. Yang tu pun, tak berjaya nak selesai kan."
" Malam ni, kau tak payah makan. Ini la hukumannya untuk hamba yang tak kenang budi. Kita bela dia elok-elok, tapi ini yang dia balas. " Faqihah terus masuk ke dalam rumahnya.
Sakit sungguh hatinya bila tahu, ada yang menyelamatkan Mikanadira.
Tak per, Mikanadira. Hari ni hari kau. Esok hari aku pulak. Kau tahulah nasib kau nanti.
Last for today!
Share this novel