Yuna tersenyum puas.. Mesej cerai itu dia yang hantar.. Hatinya bagai digeletek apabila melihat Mikanadira hanya bluetick sebelum block Izham.
"Akhirnya, Abang Am akan jadi milik aku. Aku akan jaga dia seribu kali lagi baik dari perempuan gemuk tu. Akhirnya, masa yang aku tunggu tiba juga akhirnya.
Aku akan berkahwin muda. Tak perlu lagi aku nak pergi sekolah, belajar bagai nak rak.. Aku cuma duduk rumah dengan Abang Am. Masak sama-sama. Haish, seronoknya. " Yuna tersenyum malu.
Adoyai Yuna. Sekolah tak habis lagi, ada hati nak berkahwin muda. Paling tidak pun tunggu lah SPM dulu.
Punya tak nak belajar dengan pergi sekolah. Sanggup dia menjadi perosak rumah tangga orang. Yuna... Yuna... Yuna...
Kalau rasa gatal sangat, kahwin lah dengan lelaki bujang, bukannya suami orang.
Budak-budak zaman sekarang punya kelaku. Kalau nak apa - apa sanggup lakukan tanpa mengira dosa, pahala atau perasaan orang lain.
******************
Tuan Hisyamuddin memandang jauh ke langit malam. Kenapa dia rasa sunyi, ya? Bintang pun tidak mahu menjelmakan diri.
Terasa dirinya seperti sebatang kara pulak. Tiada keluarga. Sunyinya hidup tanpa bicara riang mahupun pergaduhan anak-anaknya.
Kalau boleh di putarkan masa,dia nak ada anak banyak-banyak. Sedozen pun tak per. Biarlah bergaduh-gaduh pun, dari dia kesepian begini.
Bila anak-anaknya dah besar, semuanya bagai menjauh. Membawa haluan masing-masing dan sudah mempunyai keluarga sendiri.
Isterinya?
Masih belum pulang lagi. Dan masih lagi keluar dengan kawan-kawan duniawi nya.
Tinggal lah dia sendiri di rumah besar ini. Hanya di temani bunyi cengkerik..
Ketika tengah melayan perasaan, tiba-tiba telefonnya rancak berbunyi tanda ada orang menelefonnya.
" Hello, Assalammualaikum, Din. Julia ni. Din dah tidur ke? " soal Dr. Julia.
" Waalaikumsalam,belum lagi Lia. Tengah melayan perasaan sebelum tertidur. "
" Haha.Ada-ada aje lah Din ni. Kalau Lia nak ajak Din datang party Birthday anak Lia nak tak? "
" Boleh-boleh. Kejap lagi Din sampai. " nampak desperate ke? Tuan Hisyamuddin tidak betah lagi untuk tinggal sendiri di rumah itu pada malam ini.
" Iya ke? Lia tunggu Din, ya. " manja sahaja cara Dr. Julia menjawab.
Tuan Hisyamuddin segera mematikan talian. Tak sabar nak keluar dari sangkar ke sunyian ini. Terus dia ke almari untuk menukar pakaian.
***********************
" Dia dah blah ke? " soal Arissa kepada Afifa yang sedang menonton televisyen.
" Hmm, pergi mana entah. Aku tak ambik tahu pun. " Afifa menjawab sambil mengangkat bahu nya.
" Dia balik dekat suami dia ke? Woi, tugas kau untuk pastikan dia benci Izham. Kau mesti tak jalan kan tugas kau ni. " keluh Arissa kuat.
Afifa beliakkan matanya. Helok sikit,dia jalankan tugas nya dengan terlajak okay tapi adiknya boleh pula tuduh dia bukan-bukan.
" Excuse me. Aku siap buat resit palsu lagi tau. Resit yang Izham langgan Mak nyah. Kau ni kalau tak tahu apa-apa lebih baik diam lah. " Afifa sungging senyum jahat.
" Betul ke ni, woi? Wow, cayalah... Confirm diorang bercerai-berai. " Arissa menepuk-nepuk tangan. Gembiranya.
Dia yakin Mikanadira pasti akan membenci Izham. Isteri mana tak sedih kalau suami makan luar? Lepastu dengan Mak nyah pulak tu?
Afifa jongket kening ke atas. Tengok, kaki lah.
Share this novel