Matanya membulat memandang keindahan ruang rumah yang begitu besar itu yang berbogel tanpa sebarang perabot. Dinding juga seperti baru di cat dengan undercoat.
" Rumah kau ke, Fifa? " soal Mikanadira dengan muka teruja. Besarnya rumah itu.
Sejuring senyuman mengukir di bibir yang anggun dengan secalit lipstick dengan rona yang terang lagi kan gah, ketika dia ingin menjawab soalan kawannya itu.
Cukuplah anggukan lembut menjawab pertanyaan itu.
" Wah, besarnya, Fifa. Kalah apartment aku tu. " Mikanadira tersengih lagi.
" Jom balik. Aku bawa kau melawat aje. Pekerja Indon tu pun cat tak habis lagi. " Afifa tarik tangan Mikanadira untuk berlalu ke kereta.
" Jangan lah laju sangat, Fifa. Sakit kaki ni nak saing langkah kau. " Mikanadira mengeluh sambil berjalan dengan langkah yang laju juga.
Tubuhnya tidak seperti dahulu. Yang gah terbentuk dengan shape yang menawan. Tetapi kini, tubuhnya sendiri lah yang mematikan rasa cinta yang pernah bertapak di hati Izham.
Kenapa lelaki itu tidak berterus-terang? Katakan lah walau pahit untuk diterima. Kebenaran yang hanya di ketahui dari orang luar, lebih pahit rasanya.
Telefon yang di matikan sejak semalam di hidupkan semula Sebaik sahaja dia masuk ke dalam kereta.
45 Missed Call
105 whatsApp message
Ya Allah,banyaknyaaa. Semuanya dari Izham. Kenapa lelaki itu masih ingin berhubung dengannya selepas apa yang berlaku?
~Assalammualaikum, sayang. ~
~Mana sayang pergi? Puas abang cari sayang. ~
~Walau sayang pergi tanpa minta izin abang tapi abang nak sayang tahu yang abang izinkan. Abang tak nak isteri abang berdosa. ~
~Tapi please lah, yang. Bagitahu mana sayang berada sekarang ini? Sekurang-kurangnya abang tahu, sayang Selamat . Itu sudah cukup untuk Abang. ~
Mikanadira menangis-nangis tatkala membaca mesej itu. Dia juga rindukan suaminya. Baru dia berniat untuk membalas tetapi Afifa bersuara tiba-tiba.
" Izham ni,mulut dia ibarat menanam tebu di bibir. Kau jangan nak termakan pulak dengan kata-kata dia. Banyak perempuan di luar sana yang tersungkur dekat kaki dia.
Aku yang dah lama hidup dengan dia, dah masak sangat dengan sikap dia tu.
Dia ingat perempuan ni apa? Suka-suka hati dia aje nak mainkan, macam tak ada hati dan perasaan.
Aku pernah jumpa ni, dekat poket seluar dia." Afifa mengeluarkan sehelai kertas kecil berwarna putih dari dalam handbag Prada dia.
"Kau baca lah. Mesti kau faham kenapa mak aku macam tak berapa suka dia. Puas dah Mak aku nasihat dia, tapi dia tetap buat keras kepala." Afifa tersenyum sinis.
Bercerailah korang. Kedukaan korang, kebahagiaan aku.
"Apa ni, Fifa? Apa ni? " menggeletar tangan Mikanadira tatkala matanya membaca resit itu. Ya Allah,kenapa jahil sangat suami aku dulu?
" Aku nak cakap lama dah pasal ni. Tapi aku tunggu masa yang sesuai aje. Mika, sabar ya. Aku tahu kau kuat. Kuat lah demi anak dalam perut tu. InshaAllah, kau boleh lupakan dia. " Afifa mengusap bahu Mikanadira perlahan demi menjayakan lagi lakonan sinetronnya.
Mikanadira hanya mampu menangis tanpa henti. Terhinggut-hinggut bahunya.
***********************
Izham cuba bangun dari posisi berbaring. Tetapi agak sukar untuknya.
" Abang Am. Baring dulu. Jangan bangun lagi. Kaki tu belum pulih lagi. " Yuna datang bersama mangkuk bubur.
" Abang nak cari isteri Abang. Abang nak jumpa isteri Abang. Yuna, tolong Abang bangun kejap. " Izham bersuara penuh berharap.
Yuna melepaskan dengusan kasar.
Tak habis-habis lagi dengan Perempuan gemuk tu. Aku yang jaga kau, tak nak berterima kasih pulak. Eiii, bencinya aku.
" Abang lemah lagi ni. Rehat lah dulu. Biar kaki sembuh. Nanti Yuna tolong Abang cari, ya? " terpaksa jugak lah, Yuna memberi janji palsu.
Kalau boleh tak teringin pun dia nak cari isteri lelaki yang dicintainya. Buang masa aje.
Yuna sentiasa berdoa semoga Mikanadira hilang di telan bumi terus. Biar kasih dan cinta Izham beralih kepadanya.
Izham kembali berbaring dengan linangan air mata. Mika. Mana sayang pergi? Kenapa tinggal kan abang? Kalau abang ada buat salah, cakap dekat abang.
Abang tak kuat untuk meniti hari yang mendatang tanpa diri mu, sayang. Abang tak mampu...
Air mukanya jelas melukis keperitan yang maha dalam.
**********************
Mikael menahan sebak yang tiba-tiba menyentap tangkai hatinya.
Ralatnya dia. Berdosanya dia. Membiarkan Mikayla yang mengandung anaknya, makan roti putih yang hanya di cicah dengan air paip.
Ya Allah, jika bukan kerana perbuatan ku dulu, pasti adik ku ini tidak akan berada di dalam keadaan ini.
"Maafkan abang, Kayla.. Abang berdosa dengan Kayla. Berdosa dengan Allah. Berdosa dengan mama dan Papa kerana tidak mampu membahagiakan mereka. " Mikael hanya mampu menahan sebak..
Share this novel