DM75~TIBA-TIBA?

Romance Series 23892

Mikanadira jeling Syafiq yang terlebih emosi itu. Tergigit cabai ke apa ni? Relax la sikit. Dia yang alami sendiri pun okey aje, tapi Syafiq pulak yang lebih-lebih. Biasalah manusia, selalu buat kesilapan. Nobody perfect. Kita sebagai orang lain tu, jangan lah cepat menghukum. Kalau orang dah insaf tu, kita pegang lah tangan dia. Jangan pulak nak pijak-pijak lagi dia. Kesianla.

" Saya tak izinkan dia tinggal sini. Tak kesah la, dia dah taubat ke, dah insaf ke.. Saya tak nak tahu. Yang penting, dia pergi jauh-jauh. " kata Syafiq dengan mukanya yang serius. Memang la, Afifa cakap dia dah berubah, tapi tak salah kan kita nak ada perasaan was-was? Takpe, kalau dah berubah pun, tinggal la tempat lain. Tak payah nak menumpang rumah orang. Buat menyemak ajer. Kalau dah datang tak berjemput, balik pulak tak di halau. Itu sendiri tahu la. Jangan nak buat hati kaldu pulak.

Nampak sangat dia masih ada niat yang tak elok. Orang jahat ni, kita tak boleh nak bagi kompromi sangat. Nanti kita bagi betis, sekali dengan seluruh anggota badan kita, dia nak. Kalau nak sangat tinggal dekat dengan Mikanadira, sewa la rumah lain. Tak payah nak duduk dekat rumah ni jugak. Macam la, ada sebijik rumah Mak Tipah aje dekat Kampung Jarak Atas ni.

" Aku minta maaf kalau dah menyusahkan korang. Takpelah aku balik aje dekat rumah flat lama aku. Walau dekat rumah tu banyak mat bangla, tapi InshaAllah tak ada apa-apa. " kata Afifa dengan riak wajah yang sedih. Air mata sudah mengalir di pipinya.

Mikanadira mengusap bahu Afifa. " Tinggal ajela dekat sini. Mak Tipah pun okay aje. Tapi kau jangan lupa nak bayar sewa pulak. Itu aku tak boleh payung tau. " kata Mikanadira sambil tersenyum. Sebelum keluar, Mak Tipah ada jugak mengatakan yang dia boleh sahaja menerima Afifa sebagai penyewa bilik di rumahnya. Tapi kena kongsi bilik dengan Mikanadira la. Takkan nak tidur dekat depan pulak? Tak manis. Kan ada Syafiq tidur dekat situ.

" Betul ke ni, Mika? Ya Allah, baiknya kau. Aku rasa bersalah betul lah dengan apa yang aku buat dekat kau. " ujar Afifa sambil mengesat air matanya. Terus tubuh Mikanadira di peluknya erat.

Mikanadira membalas pelukan itu sambil tersenyum. " Takpelah, benda dah jadi. Aku dah redha pun. Yang penting kau dah berubah sekarang ni. Aku ada untuk kau, eh? Jangan malu jangan segan nak minta apa-apa dari aku." kata Mikanadira perlahan sebelum merungkaikan pelukan antara mereka.

" Saya tak setuju perempuan ni, tinggal dekat sini. Saya tak suka. " kata Syafiq, tegas. Sedari tadi dia memerhati.

Afifa berpandangan dengan Mikanadira. Seolah-olah memberi pandangan minta simpati.

" Syafiq, dia kawan Saya. Ikut suka Saya la nak ajak dia tinggal sini ke apa? Kalau awak tak suka, awak pergi aje. Batalkan majlis kahwin kita. "

" Sebab kan perempuan jahat ni, awak sanggup halau Saya? Eh, Mika. Awak sedar tak apa yang awak cakap ni? Perempuan ni dulu dah hancurkan kebahagiaan awak. Kalau sekali jahat, selamanya akan tetap begitu. " tegasnya lagi.

" Kenapa prejudis sangat ni? Kalau dia cakap dia dah berubah, maksud nya dah berubah la. Cuba husnuzon sikit. " Mikanadira sudah naik angin. Apa masalah Syafiq ni hah? Perangai macam apa lagi hari ni. Gila ke apa tah? Main tuduh melulu.

" Aku pergi dulu la Mika. Tak pe. " Afifa dengan riak wajah sayu, ingin bangun.

" Duduk Fifa. Aku tak benar kan kau keluar. Syafiq, kalau awak tak suka dia ada dekat sini, awak aje yang keluar. Senang cerita. " Mikanadira tarik tangan Afifa masuk ke dalam bilik. Geram betul la dengan orang kuat berprasangka ni..

Syafiq mendengus kasar. Dia tahu Afifa datang sini bukan dengan niat yang baik. Sebelum berlalu masuk ke dalam bilik tadi, Syafiq dapat menangkap senyuman sinis tersinggung di bibir gadis itu. Bodoh la. Kenapa Mikanadira cepat sangat percayakan orang? Aduhaii...

********

" Aku tidur bawah pun, okey. Nanti takut kau tak selesa pulak tidur tepi aku. " kata Afifa sebaik sahaja mereka melabuhkan punggung di katil.

Mikanadira menggeleng laju. Tangan Afifa di genggam erat. " Tidur aje dekat atas ni. Katil pun besar aje kan. Muat la untuk kita dua orang. "

Afifa meliarkan matanya memandang sekeliling bilik. Tak besar tak kecil. Sedang-sedang sahaja saiz bilik ini. Dindingnya pulak, nampak luntur catnya. Almari pun hanya ada almari plastik aje.

" Terima kasih Mika. Terima kasih sangat. Aku terharu dengan kebaikan kau ni. Rasa nak nangis pulak. " kata nya sambil ketawa kecil.

" Apa gunanya kawan kalau tak boleh bantu kawannya waktu susah? Dah-dah, kau postpone stok air mata tu dari mengalir. Kau pergi mandi dulu. Dah bau acem dah ni. " Mikanadira tolak perlahan tubuh Afifa untuk bangun.

" Macam mana kau tahu bau acem? Kau nak try bau ketiak aku? " Afifa suakan ketiaknya dekat depan muka Mikanadira.

Mikanadira ketawa berdekah-dekah. Afifa dengan perangai sengal nya memang berpisah tiada. Walau apa yang Afifa buat dulu, terlalu sukar untuk di maafkan, tetapi Mikanadira tidak mahu memanjangkan cerita. Buat sakit hati aje kalau asyik saling membenci. Lebih baik, dia memaafkan. Memaafkan, kan lebih baik. Sedangkan Nabi ampunkan umatnya. Inikan pulak dia manusia yang juga sentiasa melakukan kesalahan?

*******

Izham memegang kakinya yang terseliuh. Gila punya perempuan. Tak boleh tengok dia cakap dengan perempuan lain sikit, terus tolak dia jatuh ke jalan tar. Gila betul. Aku sembang dengan Kak Rosnah, pemilik kebun pisang aje pun. Eiii, perempuan kuat cemburu ni, aku tinggal nanti tak guna sekupang.

" Sakit lagi ke, bang? Minta maaf ya bagi pihak Kak Qihah. Dia terlebih emosi pulak. " Fatihah tersenyum pahit. Dia pun tak sangka, Faqihah sanggup menolak Izham sampai sakit-sakit kaki lelaki itu. Kesian.

Izham mengerut mukanya saat Sakinah mengurut kakinya. Aduh, sakitnya.

" Dah la tu, Kak.. Sakit sangat ni." keluhnya sambil mencemikkan mukanya. Comel sahaja, Sakinah tengok. Ya Allah, bahagianya hidup aku kalau aku dapat jaga anak ku dari kecil. Mesti best kan. Banyak memori indah dapat kami lakarkan bersama.

" Sakit lagi, Am? Sorry sangat. Saya tak sengaja. " Faqihah cantumkan kedua-dua tapak tangan. Hayyo, rasa bersalah betul la. Dia pun tak sangka boleh tertolak Izham sampaikan lelaki itu tersembam jatuh ke jalan. Hish, ini cemburu la punya pasal.

Izham terus bangun sebelum jalan terhincut-hincut masuk ke dalam biliknya. Faqihah ingin mendapatkan Izham tetapi pantas di tahan oleh Fatihah. " Kak bagi lah masa dekat dia sikit. Dia merajuk tu. Nanti okeylah." kata nya sambil menarik tangan Faqihah. Bukan dia tak tahu perangai Faqihah, main bedal ikut suka hati dia aje. Entah-entah, kalau tak halang tadi, boleh aje dia masuk ke dalam bilik Izham.

" Ish, kalut la kau ni. " marahnya sebelum ingin juga berlalu ke bilik Izham.

" Eh, Qihah. Izham nak rehat tu. Esok-esok la pulak melawat dia. " ujar Sakinah saat terlihat Faqihah yang degil itu. Tak seperti adiknya yang memahani, tapi dia pulak jenis keras kepala.

" Alaaaaa, tak pelah Mak Cik. Saya nak pujuk dia dulu. Izham ni, tunggu Saya pujuk aje. Nanti confirm dia okey balik. " kata nya dengan muka yang ceria.

Sakinah menggelengkan kepalanya. " Kan tak manis, kalau Qihah masuk bilik Izham. Kamu berdua mana ada ikatan apa-apa pun. Berdosa nanti. " larang Sakinah sebelum menghampiri pintu depan. " Kamu balik dulu ya, Mak Cik nak rehat dulu." walau kedengaran lembut, tetapi ada tegasnya.

Fatihah sempat bersalaman dengan Sakinah sebelum berlalu. Faqihah nampak berat hati untuk berlalu pergi. Itupun puas di leter oleh Fatihah. Terus dia keluar menonong tanpa bersalaman dengan Sakinah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience