Bab 80
Izham memegang wajahnya yang bengkak dan cedera itu. Aduh. Berapa kali sudah dia berdesis tatkala cecair iodin di sapu di wajahnya yang luka. Tangan Sakinah di tolak sedikit. Sapu la minyak gamat ke apa? Ni iodin terus. Aduh..
" Haip, tangan tu behave sikit eh? Akak nak sapu ubat ni. Jangan gerak. " larang Sakinah tatkala Izham banyak menolak tangannya.
" You hurting me sis. "
" Tak payah nak cakap omputih sangat. Kita ni bangsa melayu. Buatlah cara macam orang melayu.
Kalau tak letak iodin, habis tu nak letak apa? Nanti ada jangkitan kuman macam mana? " jelas terpampang riak wajah risau di wajah Sakinah.
" Minyak gamat. " Izham berdesis lagi. Aduh, sampai bila ni, nak sapu iodin? Aku udah tersiksa dong.
" Minyak gamat ni, kegunaan dia untuk sembuh kan luka. Tapi, iodin ni pulak, untuk membunuh kuman. Ada faham? Their function are different, okay? Tak sama. Lepas iodin kering, baru boleh letak minyak gamat pulak. " jawab Sakinah.
Tangannya sudah mengambil kain pembalut. Lalu terus di balut seluruh wajah Izham. Hanya ada ruang untuk mata dan lubang hidung sahaja. Yang lain, sudah bertutup.
Dah luka dan lebam-lebam di wajah itu teruk sangat, jadi memang patut pun di balut seluruh wajah itu. Sekarang ni, sekali tengok rupa Izham dah macam mumia pun ada.
Izham membiarkan Sakinah 'memumiakan' wajahnya. Buat la kak oiii.. Asalkan akak bahagia.
Sakinah menyimpan kembali botol iodin dan kain pembalut yang lebih ke dalam kotak first aid. Tanpa kata-kata, terus dia berlalu keluar dari bilik.
Izham menyelesakan kedudukannya. Macam mana nak makan ni? Aduh, Kak Kinah ni pun. Balut habis sampai mulut aku. Sekarang ni memang kena ikat perut la, ni.
Telefon pintar Izham berbunyi. Dia mengambil dari poket seluarnya. Izham melihat WhatsApp daripada bekas isterinya.
Dia merajuk sebenarnya. Geram pulak rasanya dengan si babah jadian tu. Suka-suki dia aje nak pukul aku. Dah la, aku ni bukan jenis kaki gaduh. Mana reti nak tumbuk orang bagai. Jadi alamatnya, memang wakafkan terus la muka ni.
Abang, malam ni baby kick perut Saya tau. Dia tanya, kenapa ayah dia marah ibu? - Mika
Ayah.. Ayah.. Ibu tak salah tau. Yang salahnya hantu tu la. - Mika
Ibu say sorry. Ikhlas dari hati punya tau. Tak baik kalau ayah tak forgive balik. - Mika
Abang masih marah kan Saya ke, hmm? Orang tua-tua cakap kalau lelaki marah perempuan tandanya dia sayang lah, kan? - Mika
Izham tersenyum tatkala membacanya. Dari mana Mikanadira dapat nombornya pun tak tahu. Haha, lawak la, tengok kesungguhan Mikanadira yang nak forgive dari dia.
Secara tak langsung sifat manja gadis itu, terserlah juga setelah sekian lama. Izham tersenyum lagi. Sengaja mesej itu tidak di balas. Dia sengaja ingin menghangatkan hati orang kampung sebelah.
Sekejap dia buat-buat tulis dekat keyboard, kemudian dia padam kembali. Seronok tengok Mikanadira yang masih online. Mesti sekarang ni tengah gigit jari sedang tunggu dia membalas Adoyaiii ayang, tunggulah sampai esok pun, abang takkan balas tau. Hehe.. Sowrie.
Tiba-tiba skrin di telefonnya terus menjadi cermin yang menunjukkan wajahnya. Ayyo, Mikanadira nak buat video call la. Aduh.. Kalau dia tengok muka aku macam ni, mesti sekarang ni jugak dia datang. Tekan butang merah Izham.. Butang merah.
Dalam kalut-kalut tu dia tertekan butang hijau pulak. Mak!!!! Aduhaii, nak nanges la kalau macam ni.
" Eh, kenapa muka abang tu? Teruk sangat ke luka? Mika minta maaf betul-betul eh. Tak sangka Syafiq boleh buat macam tu. " Mikanadira masih mengenakan tudung instantnya. Si dia sudah menggigit bibir bawah. Kut la kalau diorang ni suami isteri. Boleh la nak biar Izham nampak rambutnya.
Izham mengeluh perlahan. Kalau nasi dah jadi bubur.. Hmm, memang tak boleh nak buat apa-apa dah. Tengokla sekarang ni, orang kampung sebelah tu, banyak tanya pasal muka dia. Dah tu nak goda dia pulak. Abang tak kuat lah Mika. Kalau tengok awak gigit bibir macam tu. Abang jadi geram nanti.
" Tak la teruk sangat. Seminggu dua jugak la, tunggu nak sembuh. Kalau tahu nak dapat 'gift' macam ni, dah lama Saya tak tolong awak tau." Suaranya begitu perlahan dan sukar untuk di fahami.
Mikanadira mengerutkan dahi. Dia tak dengar langsung apa yang Izham cakap. Lelaki tu kutuk dia ke?
" Awak sakit lagi ya? Takpa la. Rehat banyak-banyak tau. Firas kirim salam. Dia cakap dia rindu kan ayah. Okeylah, Assalammualaikum. "Mikanadira terus mematikan talian.
Izham yang dari tadi sakit-sakit pada bahagian wajah dan tubuhnya, terus melompat-lompat di atas katil. Terasa hilang kesakitan yang menghurung sejak tadi.
" Yeay.. Yeay.. Yeay... Ibu letak nama yang ayah pilih. Yeay!! " terjerit-jerit dia sambil ketawa bahagia.
" Kenapa tu? Kamu sakit lagi ke, Izham? Kenapa Kak mas dengar kamu menjerit-jerit tu? " soal Kak Mastura dari ruang tamu.
Izham terus duduk sambil memekup mulutnya. Dia masih menyimpan sisa tawa. Mak, cek happy la. Bini cek ikut pilihan cek, Mak. Cek suka.. Cek suka.. jerit nya di dalam hati.
********
Arissa memandang wajah Gabriel. Jauh betul renungannya pada malam itu. Kena sampuk hantu ke ni?
" Kau kenapa ni, woi? Asal jauh sangat termenung tu? Ingat dekat bini kat rumah ke? "
" Aku dapat call dari Afifa. Sekarang ni, Mika ada dekat Penang. Kampung Jarak Atas. Alamat pun, dia dah bagi siap-siap."
" So? "
" Aku rasa berbelah bahagi pulak sekarang ni."
" Why? "
Gabriel mengeluh perlahan. Mata di pejam rapat.
" Sekarang ni, wife aku dah kena tolak masuk ward bersalin. Mama aku call berapa kali dah. "
" Iya.. Iya.. Teruskan. "
" Aku tak tahu nak pergi dekat mana. Cinta atau tanggungjawab? Sekarang ni, wife aku pulak dalam keadaan macam tu. Aduh.. Macam mana ni? " Gabriel nampak rusuh.
Arissa tersenyum sinis. Yes, now is the right time.
" Kalau aku lah kan.. Aku akan pilih cinta. Buat apa pilih orang yang kita tak suka? Kau rasa kau akan bahagia ke, kalau pilih tanggungjawab? " Arissa mula memasukkan jarum.
Gabriel pantas menoleh memandang gadis di hadapannya. " Aku nak kena pilih cinta lah, kan? " bagai kanak-kanak ribena pula, apabila dia menyoal.
Pilih tanggungjawab la, mangkuk. Buat apa pilih cinta yang tak pasti? Jangan buat keputusan yang kau akan menyesal sampai mati, Gabriel. Jangan.
" Selama ni, kau suka ke dekat tanggungjawab? Buat apa bro, kalau pilih ikut nafsu saje? Tapi kalau kau pilih cinta, kau akan rasa sangat tenang. Kau akan rasa bahagia yang kau tak pernah dapat dari wife kau. Hidup dengan orang yang kita cinta ni, sudah cukup buat kita bahagia selalu. " terasa bagai tanduk mula tumbuh di kepalanya. Arissa tersenyum dalam diam.
" Okey, aku akan pilih cinta. " Gabriel nampak yakin selepas mendapat 'nasihat' dari Arissa.
" Jangan lupa, cerai sekali eh, wife kau tu! Buat apa simpan barang antik lama-lama? Lebih baik cari barang baik punya. " kata Arissa sebelum menyisip air bandung kesukaannya.
Gabriel memblock nombor Mama dan Isterinya. Dari tadi kot, asyik mengacau. Sikit-sikit call, sikit-sikit wassap. Bosan la..
******
Syafiq melangkah menghampiri Mikanadira, yang sedang duduk bersama dengan Afifa sambil minum petang.
" Saya nak cakap sikit dengan awak. " kata Syafiq kepada Mikanadira.
Tetapi, Afifa pulak yang tersalah sangka. Diingatnya Syafiq nak bercakap dengan dia.
" Mika. Kau pergi lah dulu. Syafiq nak cakap dengan aku ni. Kan Syafiq? " Afifa sudah tersengih-sengih. Nampaknya cinta Syafiq sudah beralih kepadanya.
" Bukan dengan awak. Saya nak cakap dengan Mika. Dah la. Pergi la. " halau Syafiq.
Mikanadira mendengus perlahan.
" Takde apa yang perlu di cakap kan. Saya memang dah tak nak teruskan perkahwinan tu. Saya dah fikir masak-masak.
Awak kahwin la dengan Afifa. Dia pun suka kan awak. "
Afifa yang baru ingin berlalu itu, terus memberhentikan langkahnya. Mukanya sudah ceria. Wow, Mika dah bagi green light tu.
" Awak tak faham ke? Saya tak sukakan dia. Saya hanya cintakan awak sorang aje. " Syafiq bersuara keras. Tak suka bila nama orang lain pulak dikaitkan sekali.
Afifa terus berlari masuk ke dalam rumah. Selipar pun dia tertinggal dekat situ.
" Tapi Saya tak suka kan awak. Saya anggap awak ni macam kawan Saya aje. Tak lebih dari tu." jawab Mikanadira perlahan.
" Cinta boleh dipupuk. "
" Tapi, tak boleh di paksa. Dah la. Saya tak nak dah cakap pasal ni. Awak... Pandai-pandai lah awak nak uruskan nanti. " Mikanadira terus berlalu.
" Sebab Izham ke? Awak ni.. Kenapa hah? Masih nak bela jantan tu. Apa lebih nya dia? Apa kurangnya Saya? Kalau awak nak duit.. Saya boleh la salutkan emas dari tapak kaki ke kepala awak. " ujar Syafiq dengan nada yang bongkak dan lebih kuat.
Mikanadira menoleh sekilas sebelum melangkah pergi.
Syafiq menumbuk-numbuk batang pokok jambu di sebelah. Aish, sebab jantan tu la, kau nak batalkan majlis kita. Eiii, kau memang nak mati dengan aku la Izham.
Share this novel