DM37~CURI-CURI

Romance Series 23914

Izham keluar dari bilik air dengan bertuala separas pinggang. Lupa pulak nak ambik baju siap-siap. Dikerling sekilas cik Isteri yang sedang membaca novel. Nampak tekun benar membaca.

Pijama kotak-kotak berwarna kelabu di ambil dari susunan yang kemas disusun rapi di dalam bilik wardrobe. Terus dia memakai pakaian di situ.

Mikanadira yang sedang membaca novel itu kerling sikit suaminya. Adoyaiii, seksinya. Walau badan takde ketak-ketak tapi still nampak hot. Dengan rambut panjang macam Ben Amir tu. Allah. Bergetar naluri kewanitaannya. Rambut basah-basah gitu-gitu. Haishh. Memang susah nak tengok tempat lain.

Takut nanti dia hilang pertimbangan. Dahlah dia tengah berperang cakap sepatah dengan suaminya. Suami dia tanya, dia jawab sepatah tak pun angguk kepala.

Izham kalih tiba-tiba ke arah isterinya apabila terasa di pandang. Dia baru pakai seluar. Baju tak sempat lagi nak pakai.

Mikanadira terkejut cicak. Dia yang duduk tepi katil tu terus jatuh ke lantai. Allah. Bila terkantoi ni macam-macam benda bodoh boleh buat dan jadi. Mata di jatuhkan ke riba. Tak nak dah curi-curi pandang lagi. Malu.

Izham pantas berlari ke arah isterinya. Nampak risau wajahnya. Tiba-tiba aje isterinya jatuh katil. Risau sungguh jadi apa-apa dekat isteri dan anaknya. Orang sayang bini lah katakan.

Tubuh Mikanadira di angkat lalu dibaringkan ke katil. Dahi Mikanadira disentuh lembut dengan belakang telapak tangan. Tak panas.

Mikanadira sudah tarik dan hembus nafas banyak kali. Bauan di tubuh tegap suaminya memang harum. Bau ros. Terasa romantis pula suasana mereka.

"Sayang okey, tak? " soal Izham. Rambutnya yang terjuntai di dahi diselit di belakang telinga.

Mikanadira rasa macam suaminya nak goda dia pun ada. Seriuslah. Selit rambut pun rasa sensual. Macam ni lah agaknya, kalau tak berbaik dengan suami. Semuanya kena pendam.

Mikanadira baca Bismillah banyak kali sebelum dia terkam suami dia. Dah tak tahan sangat ni.
Boleh terima ke alasan tu??

*************************

Izham bangun dari katil. Setelah apa yang dilalui di atas katil tadi, dia rasa sangat janggal. Malam ni dia nak tidur bawah katil lah. Malunya.

"Nak pergi mana, hmm? " soal Mikanadira selepas terasa lenanya terganggu apabila Izham letak kepalanya atas bantal semula. Seriuslah, syok gila kut tidur atas lengan orang.

Izham tarik lembut tangannya dari pegangan Mikanadira. Kenapa isterinya bersuara seksi macam tu? Nak goda dia ke?

Mikanadira terus menangis. Wow, apa jadi ni? Dia sendiri pun terkejut kenapa dia nangis. Mungkin orang mengandung sensitif sikit gamaknya.

Izham baring balik sebelah isterinya. Kesian tengok isterinya yang beria-ria menangis. Sensitifnya.

"Nak hug, please.. " Mikanadira merengek sambil tercebik-cebik bibir.

Izham terus mendakap isteri yang paling disayanginya. Manja. Dalam masa yang sama, dia happy. Happy sebab isterinya masih memerlukan dia. Lagi pun Suami mana tak suka kalau isteri mintak dipeluk? Kecil tapak tangan, satu dunia boleh ditadahkan.

*************************

Gabriel cengkam bahu isterinya, Syarifah. Matanya tajam menikam anak mata isterinya. Dia yakin sangat. Apa yang berlaku tu mesti angkara isterinya.

"Sakit lah, bang. " Syarifah berdesis kesakitan.

" Sya kan yang langgar Abang Gibran dan Mikanadira? Abang tahu Sya yang buat. " Gibran bersuara keras.

Muka Syarifah sudah berubah riak. Mata dilarikan dari anak mata suaminya.

" Betul lah tu. Tapi kenapa Sya nak langgar diorang? " soal Gibran lagi.

" Sya.. Sya... Sya.. " Syarifah tak mampu nak habiskan kata-kata.

" Sya apa? Jawablah. " jerkah Gabriel. Tubuh isterinya digoncang kuat.

" Sya benci Mikanadira. Sebab dia ambik hati abang. Dia buat abang tak sukakan Sya. Dia tak guna. Memang layak pun Sya langgar dia. " Syarifah meluahkan apa yang terbuku di hati.

" Sya yang ambik abang dari dia. Sya tikam belakang kawan Sya sendiri. Sya rasa Sya layak ke tuduh Mika macam tu?

Abang dah tahu cerita sebenar. Sya yang rancang nak pecah-belahkan hubungan kami. Sya yang tak guna sebenarnya. Sya sanggup buat Abang salah faham dengan Mika. Sya tipu Mika cakap abang sakit dan matilah. Sya ni apa sebenarnya?Manusia ke binatang? " tempik Gabriel.

Terus dia berlalu keluar dari bilik. Tak betah lagi nak duduk dalam bilik itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience