DM59~KHIANAT

Romance Series 23892

MIKANADIRA membuka sampul surat itu apabila dia sudah melangkah masuk ke dalam biliknya. Dari tadi lagi dia rasa berdebar-debar aje nak tahu apa yang terkandung di dalam. Kebenaran apa? Apa benda yang tersembunyi selama ini? Mikanadira rasa macam takde apa-apa pun.

" Surat wasiat harta pusaka keluarga mereka tak? Mikanadira sudah tersengih sendiri. Yahoo, sis kaya!!

Okeylah dengan muka yang tak dapat diselindung lagi keterujaannya, terus Mikanadira koyak sedikit bahagian hujung sampul untuk mengeluarkan isi surat di dalam.

ASSALAMMUALAIKUM, MIKANADIRA HISYAMMUDIN. SAYA SYED SYAFIQ, TELAH DIUPAH OLEH PAPA ANDA UNTUK MENJADI STALKER ANDA BUAT SEMENTARA WAKTU.

TUGAS SEBAGAI STALKER INI SEMEMANGNYA SANGAT MENCABAR.

Budak ni, nak bongkar kebenaran ke nak memperkenalkan kerjaya dia sebagai stalker? desis hati Mikanadira sebelum menyambung membaca di perenggan seterusnya.

SAYA HARAP ANDA TIDAK TERKEJUT DENGAN APA YANG AKAN SAYA BONGKARKAN SEBENTAR LAGI..

Aselehe betul.. Apa lah sangat aku nak terkejut? Budak ni banyak tengok drama ni, kutuk Mikanadira di dalam hatinya.

SEBENARNYA, ANDA MASIH LAGI ISTERI KEPADA IZHAM DANIEL BIN ABDULLAH. ANDA SUDAH TERPEDAYA DENGAN SEBUAH MESEJ YANG DI HANTAR OLEH SUAMI ANDA, KAN?

Mikanadira rasa macam nak ketuk pulak kepala Syafiq ni.. Sengal betul. Nak cakap tu, cakap aje lah. Ni, macam peraduan teka jawapan yang betul pulak.

MESEJ ITU SEBENARNYA DI HANTAR OLEH AYUNA BINTI HALIM DI KEDIAMANNYA, PADA PUKUL 4:30 PETANG. KETIKA ITU SUAMI ANDA MASIH TIDAK SEDARKAN DIRI KERANA DIA MENGALAMI KECEDERAAN AKIBAT TERJATUH TERSEMBAM DI LANTAI. BIBIRNYA BERDARAH SEDIKIT TETAPI TAK LAH SERIUS SANGAT KECEDERAANNYA. KECEDERAANNYA TELAH SEMBUH DALAM MASA 4 HARI SAHAJA.

Amboi, terperinci sungguh maklumat yang di beri. Seolah-olah Syafiq ni.. Macam tinggal dalam badan Izham pulak.

AYUNA DI UPAH UNTUK BERBUAT DEMIKIAN OLEH ARISSA DAN AFIFA. MOTIF SEBENAR MEREKA, MASIH LAGI DI DALAM SIASATAN SAYA.

MEREKA JUGA TURUT BEKERJASAMA DENGAN GABRIEL BIN NAZIM. BEBERAPA GAMBAR INTIM ANDA BERSAMANYA DAN JUGA ARWAH GIBRAN TURUT DI HANTAR SEKALI KEPADA IZHAM.

GABRIEL BERTINDAK DEMIKIAN KERANA DIA MASIH TIDAK BOLEH MENERIMA KENYATAAN YANG ANDA BUKAN LAGI MILIKNYA. JADI DENGAN CARA ITU, DIA BOLEH MEMBUAT IZHAM MEMBENCI ANDA.

SEBAIK SAHAJA ANDA SELESAI MEMBACA SURAT INI, TERUS PULANG KE MALAYSIA DENGAN KADAR YANG SEGERA. PERGI MENANGI HATI SUAMI ANDA SEMULA. PUJUK LAH DIA DENGAN KATA-KATA CINTA. ORANG LELAKI NI, RAJUKNYA TIDAK LAMA.

SAYA DOAKAN ANDA BERJAYA DALAM MISI MEMIKAT KEMBALI SUAMI ANDA. CHAIYOKK..

YANG BENAR,
SYED SYAFIQ

Mikanadira sudah menitis-nitis air matanya tatkala membaca keseluruhan isi kandungan surat itu. Tersedu-sedan dia menahan tangisan dari pecah.

" Abang, Mika minta ampun.. Mika tersilap, bang. Mika mudah rapuh.. Mika tak cuba beri abang peluang untuk pertahankan diri. Masa dekat Airport tu, Mika terlalu beremosi. Maafkan Mika, bang. Maafkan Mika.

Baby, ibu buat silap. Ibu bukan isteri yang baik untuk ayah. Ibu sia-siakan suami sebaik ayah. Ibu terlalu angkuh, baby. "

Mikanadira meraung-raung dengan penuh hiba. Ya Allah, apa yang dia dah buat ni? Kenapa dia alpa? Alpa dengan permainan orang luar untuk merobohkan masjid yang dibina bersama Izham dengan janji untuk setia selamanya.

****************

Mikanadira memasukkan ke semua pakaiannya di dalam bagasi beroda itu. Tak betah lagi untuk dia tinggal di rumah ini. Lagi pun, sebab utama dia tinggal di sini, adalah untuk menemani Gibran yang sakit. Tetapi di sebabkan lelaki itu sudah meninggal dunia, tiada lagi alasan untuk dia tinggal di sini lagi.

NO. 5610,JALAN PADANG MENORA, 13310 TASEK GELUGUR, PULAU PINANG,MALAYSIA.

Kad kecil itu, dengan tulisan yang cantik terukir, di pandang dengan perasaan yang sukar untuk dimengertikan.

Di sini kah Izham tinggal? Di sebelah utara? Tetapi lelaki itu tinggal di rumah siapa?

Mikanadira simpan semula Kad itu di dalam purse nya. Dia akan terbang ke Penang untuk mencari Izham. Mikanadira akan tebus kembali kesilapan yang pernah di lakukan.

Semoga niatnya untuk kembali semula kepada Izham, akan berjalan dengan lancar....

*****************

" Mika pergi dulu ya, Mama. " Mikanadira tunduk sedikit untuk bersalam dengan Datin Suraya sebelum pergi.

Wanita itu sudah di anggap seperti mamanya sendiri. Keikhlasan wanita itu melayani dia sepanjang tinggal di sini, amatlah di hargai.

" Mika akan lawat mama lagi, kan? " suara Datin Suraya seperti menahan sebak. Tiada lagi teman untuk dia berbual.

" InshaAllah, Mama. Mika akan datang lagi. Tak boleh lah, kalau tak makan lauk masakan mama yang kaw tu. " Mikanadira memuji Datin Suraya untuk menghalau pergi suasana yang sudah bertukar sayu itu.

Datin Suraya sudah bergenang air matanya. Terus tubuh Mikanadira di peluk erat.

Mikanadira menepuk-nepuk lembut bahu Datin Suraya. Setelah agak lama mereka berpelukan, Datin Suraya terus melonggarkannya.

"Mika janji ya, nanti datang lawat Mama tau. " pinta Datin Suraya.

" Iya mama. Mika janji. " Mikanadira tersenyum sayu.

Mikanadira mendapatkan pula Sharifah yang berdiri di sebelah Datin Suraya. Terus tubuh wanita yang pernah di cop gila itu dipeluknya.

" Saya faham perasaan awak, Sha. Sabar ya demi anak-anak. InshaAllah, Gabriel milik awak selamanya. Awak tambat lah hati dia lagi, mudah-mudahan dia lembut hati tengok keikhlasan awak. Saya sentiasa doa kan kebahagiaan rumah tangga awak. " ucap Mikanadira, lembut.

" Terima kasih, Mika. InshaAllah, semoga tuhan makburkan apa yang awak cakap tadi. Saya nak minta maaf tau, pasal perangai Saya yang kurang sopan tu. Malu pulak bila di kenang. " Sharifah tersenyum malu tatkala mereka bertatapan.

" Benda lama kita cuba lupakan ya. Kita bukak buku baru. InshaAllah, ada hikmah di sebalik semua yang berlaku. " ujar Mikanadira dengan mukanya yang turut bertukar malu.

Malu sungguh akan apa yang di lakukan kepada suaminya. Agak-agaknya, Izham masih menanti kan dia, kah?

Wallahualam.. Semoga segalanya di permudahkan Allah SWT.

Hehe, kepada haters Mikanadira, anda semua boleh hentikan ya... Dari membenci dia.. Kerana lepas ni, korang akan benci pulak dengan Izham yang kerek, kasar dan biadab.. Boleh follow Dania ya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience