Bab 85
" Akak nak pergi mana ni? " soal Faqihah tatkala terperasan bayangan Sakinah dan Kak Mastura di belakangnya.
Sakinah meneguk liur.
Kak Mastura menyiku lengan Sakinah.
" Sebenarnya macam ni. Akak ada pesan pizza hut dekat pekan sana tu. Tapi akak tak tahu la dekat mana kedai tu. Kan sekarang ni pizza hut buat promosi pizza 5 ringgit? Akak ada la beli 4.. 5 kotak macam tu. Err, Qihah tolong teman akak boleh tak? "
Faqihah mengherotkan bibirnya. Macam ada something fishy aje. Tapi.. Entahla..
Sakinah dan Kak Mastura saling menghantar pandangan dengan wajah masing-masing yang sudah berpeluh.
" Oo. Pizza hut? Ada la dekat pekan sana tu. Jom la pi. " Faqihah menurunkan lengan bajunya. Terus dia berlalu ke ke biliknya untuk mengambil dompet duit.
" Good luck eh, Kak. Chaiyokk. " Sakinah ketawa mengekek sebelum berlalu ke luar rumah. Semoga apa yang dia dan Kak Mastura rencanakan, akan menjadi juga.
Sakinah menapak ke arah seorang lelaki berkopiah putih. Wajah putih bersih lelaki itu kelihatan kemerah-merahan kerana terkena teriknya cahaya matahari.
" Lama dah ustaz tunggu? "
Ustaz Syakir mengangkat kan kepalanya. Senyuman manis diukirkan. " Tidak. Baru sahaja saya sampai tadi. Boleh kita teruskan segera? " kata nya dengan nada suara yang lembut. Bahasa bakunya membuat kan Sakinah simpan senyum dalam hati.
" Iya. Jemput masuk ustaz. "Sakinah mempelawa ustaz Syakir masuk ke dalam rumah. Hanya ustaz Syakir sahaja yang mampu merawat penyakit Izham sekarang ini. Kalau penyakit yang kita boleh nampak tu, tak la haru sangat. Tapi kalau penyakit halus ni, aduh. Runsing dong.
Ustaz Syakir mengikut langkah Sakinah masuk ke dalam rumah. Tidak di lupakan juga dua orang pengikutnya sekali. Nampak seperti orang alim sahaja gayanya. Dengan berserban bagai.
" Kuat jugak ya. " kata Ustaz Syakir perlahan. Tetapi masih boleh di dengari oleh Sakinah.
" Kuat apa? Oh, rumah kayu ni ka Ustaz? Memang la. Sejak atuk dengan nenek Saya lagi rumah ni di bina. Kiranya ini rumah pusaka la. " ramah Sakinah berkata-kata.
Ustaz Syakir hanya tersenyum kecil.
Pengikut ustaz Syakir meminta kepada Sakinah untuk membawa segelas air kosong. Sakinah hanya menggangguk sebelum berlalu ke dapur. Memang dia nak buat air pun dekat tetamunya ini. Baguslah, dah diorang nak air kosong. Jimat sikit gula dengan susu pekat nanti. Ahaha.
" Mana orangnya ya? Boleh bawa dia keluar sekarang ini? " soal ustaz Syakir, tenang. Langsung tidak nampak riak wajah takutnya. Buat apa nak takut? Berani di jalan Allah pun nak takut jugak ke?
Sakinah membuka pintu bilik Izham yang tidak berkunci. Malas la dia nak ketuk bagai. Bilik anak sendiri kut, tak payah la nak formal pulak.
Izham terbaring di atas tilam. Dengkurannya sudah kedengaran kuat. Sakinah menggerakkan tubuh Izham apabila panggilannya tidak berjaya membangunkan anaknya dari lena.
Tiba-tiba Izham membuka matanya. Tajam anak matanya memandang Sakinah. Bibirnya sudah mengukirkan sebuah senyuman yang paling menyeramkan. Kalah senyuman vampire, pontianak dari Eropah tu. Hahah.
Berderau darah Sakinah. Matanya terpaku memandang si anak yang tidak sedarkan diri itu. Dah kena rasuk ka?
*******
Syafiq menyuap bubur kepada Mikanadira yang sedang bersandar di kepala katil.
" Dah lah. Saya tak de selera. " tolak Mikanadira.
" Makan jugak. Tak payah nak banyak songeh sangat. Jangan sebab lelaki tak guna tu, Mika nak abaikan soal kesihatan? " Syafiq meletakkan sudu yang di penuhi bubur di hadapan bibir mungil Mikanadira.
" Tak nak la. Dah kenyang. " Mikanadira menolak lagi. Kali ini tangan Syafiq di tepis perlahan.
" Saya cakap makan tu makan la. Jangan sampai Saya jual anak Mika dekat keling botol nanti. " arah Syafiq. Kali ini nada suaranya lebih kasar dan kuat.
Sambil air mata berjuraian jatuh di pipi, Mikanadira menelan jugak bubur yang terasa macam pasir itu. Tawaq hebiaq. Tak sodap.
" Asal nak nanges ni? Hmmm? " Syafiq kesat air mata Mikanadira. Sudu bubur di ambil kembali dari dalam mangkuk. Lalu di suakan ke mulut Mikanadira lagi.
Mikanadira membuka mulutnya lemah. Kenapa Syafiq ni tak faham bahasa eh? Dah dia tak nak tu, sudah la. Tak payah la nak paksa. Apa ingat dia masih budak-budak ke?
" Saya tak berniat nak marah Mika. Tapi, Saya tak nak sebab orang lain, Mika jadi macam ni. Saya sayangkan Mika. Kalau boleh Saya nak Mika senyum aje sentiasa. " nada suaranya sudah berubah kendur. Terasa bersalah pulak. Yalah, tidak sepatutnya dia berkata begitu saat Mikanadira tengah sedih sekarang ini.
" Awak pergi. " baru sekarang suara Mikanadira kelihatan tegas. Air mata di seka laju. Hari ini, baru dia boleh balik ke rumah. Itupun sekarang ini, ada dekat rumah papanya. Untung sahaja Mak Cik Julia sudi menjaganya. Mak Tipah pula tiap-tiap hari akan melawatnya. Katanya, rindu kalau tak tengok muka Firas tiap-tiap hari. Ahaha, Mikanadira faham perasaan wanita tua itu.
Syafiq melekapkan tangan Mikanadira ke dadanya. Matanya tajam menikam sepasang anak mata gadis pujaannya. "Kenapa Mika tak pernah faham, yang Saya sayangkan awak. Tak cukup ke, degupan jantung Saya ni membuktikannya? Saya tak pernah muak nak kata 'aku cinta padamu' dekat Mika. Kenapa awak tak boleh beri kan Saya peluang? Saya jamin hidup dengan Saya, awak dengan Firas akan bahagia. Cuma awak aje, perlu berikan Saya peluang itu. " Katanya dengan nada yang lirih.
Mikanadira menarik tangannya. Mukanya di toleh ke tepi.
" Tolong la Mikanadira. Cukuplah kalau awak sentiasa bersama dengan Saya. Saya tak minta lebih. Pleaseeee... " rayu Syafiq dengan air mata yang bergenang. Lelaki mana yang mampu menahan empangan air mata kalau gadis pujaan tidak menjadi miliknya? Siapa? Firaun?
Walaupun Firaun merupakan manusia terzalim di atas muka bumi ini, tetapi dia merupakan suami yang penyayang malah terlalu sayang dan cintakan isterinya Asiah. Kalau sayang kenapa perlu membunuh isteri sendiri?
Sebenarnya bukan Firaun yang membunuh isterinya. Secara zahirnya, tak lah. Firaun tidak pernah menyakiti Asiah. Nak jentik ke, nak cubit pun, tak pernah. Betapa dalamnya cinta yang mekar buat isterinya. Tetapi di sebabkan Asiah yang berkeras tidak mahu mengakui dia itu tuhan, maka terpaksa dalam rela Firaun menyuruh pembantunya Hamman untuk menyiksa isterinya sehingga mati.
Di katakan juga, Firaun menangis mengenangkan siksaan yang perlu di lalui oleh Asiah. Firaun tersepit antara prinsip dengan cinta. Kalau pilih cinta, jatuh la kredibiliti dia sebagai tuhan. Kononnya la!
Mikanadira memejam matanya rapat. Buat masa sekarang dia tidak mahu terlalu stress mahupun tertekan. Dia perlu ruang untuk membaiki semuanya. Perlu masa untuk memulihkan kembali tenaga di dalam badan selepas dia melahirkan Firas.
" Saya tetap akan tunggu awak. " ujar Syafiq sebelum berlalu keluar dari bilik Mikanadira. Air mata di seka laju, apabila terperasan Tuan Hisyamuddin dan Mak Cik Julia sedang duduk santai-santai di ruang tamu.
" Kamu bincang apa tadi, dengan Mikanadira? " soal Tuan Hisyamuddin saat terpandang kelibat jejaka kacak itu.
" Errr, tak de apa-apa pun, Tuan. " jawab Syafiq dengan gugup. Mata di larikan daripada terpandang wajah Tuan Hisyamuddin. Takut weiii. Bakal Pak mentua nak bersoal jawab bagai.
" Tapi... "
" Uwek.. Uwek... " Firas menangis apabila terasa tidurnya terganggu. Sensitif betul dia sekarang ini. Tak boleh langsung orang nak bercakap masa dia lena. Ikut perangai siapa la, telinga lintah begitu?
Tuan Hisyamuddin pantas mengambil botol susu lalu menyuakannya, kepada isterinya. " Dia nak susu kut, Lia."
" Tak de maknanya, bang. Baru tadi ajer, ibu dia bagi hisap susu. Ni tak lain tak bukan sebab Kak fify kacau dia la tu. " kata Dr. Julia sambil mengerling anak gadisnya yang sedang menunduk. Barang kali takut di marahi, papa dan mamanya. Alahai, omeinya dia.
" Fiffy, papa tak marah pun la. Alololo, meh sini. Siapa nak aiskrim? " Tuan Hisyamuddin giat memujuk anak tirinya. Baginya, biasalah kanak-kanak. Tambahan pulak Fiffy ini, anak tunggal. Lagila dia punya excited tengok baby tu lain dari orang lain.
Fiffy berlari masuk ke dalam bilik begitu sahaja. Budak-budak kalau merajuk gitu lerr. Doktor Julia mengekori dari belakang. Risau pulak kalau anak gadis nya itu melakukan perkara yang bukan-bukan pulak.
Hampir pecah tawa Doktor Julia saat melihat anak gadis nya sedang memasukkan pakaian ke dalam beg Hello Kitty dia. Alahai, ikut perangai sapa ni? Adoyaiii!!
Nak lari rumah ke sayang oiii?!!
********
Puan Maryam mengendap dari sebalik dinding rumah Tuan Hisyamuddin. Agak-agak, dia ngendap sapa?
A. TUAN HISYAMUDDIN?
B. MIKANADIRA?
C. EX-MADUNYA?
Of course la Mikanadira. Takkan la dia nak ngendap ex-madunya pulak. Mustahil tu. Ngendap bekas suami? Ngeeeee, dia dah move on okay. Tak de maknanya nak intai-intai lagi.
" Mama harap Mika akan bahagia tinggal di sini. Mama sayang sangat anak-anak mama. "
Jika boleh di sukat rasa kasih dan sayangnya untuk anak-anak, rasanya tak terjangka dek akal agaknya. Dia tak mesra selama ni dengan anak-anak, bukan bererti dia tak sayang, cuma dia tak pandai nak tonjolkan kasih sayang itu.
Matanya tepat memandang ke celahan lubang dinding di rumah itu. Walau tak besar mana, tetapi cukuplah tidak membataskan pandangan matanya. Walau besar ciputt, tapi tetap Puan Maryam bersyukur gila. Biar kecil dari takde apa-apa langsung.
Mikanadira sedang menidurkan anaknya yang sedang menangis. Walau di wajah Mikanadira sentiasa nampak manis, tetapi Puan Maryam tahu, di sebalik semua itu, terdapat kedukaan yang di simpan kemas. Dia tahu tu. Sebab dia juga pernah alami semua ini.
Sakitnya, Ya Allah ya Tuhan ku. Sukar untuk di ungkapkan. Kadang-kala kalau tak mampu sangat-sangat nak menanggung, air mata lah yang menjadi peneman. Peneman di kala suasana hening lagikan mengguris kalbu.
Puan Maryam mengeluh perlahan. Air mata yang mengalir, di seka laju.
Perlahan-lahan langkah di bawa pergi meninggalkan keluarga yang pernah dia ada dulu. Ya Allah, rindunya saat manis mereka semua bersama dulu-dulu. Dia rasa ralat pulak. Kalau la dari awal lagi,dia berubah dan sedar akan kesilapan yang pernah dilakukan, mesti sekarang ini dia akan bahagia sahaja. Tetapi kini?
Usah mengimbau kembali kenangan lampau yang terus mengalir seperti air terjun. Sudah pasti, jika di kenang pun, buat sakit hati sahaja. Sekarang ini, dia perlu positif. Try bukak buku baru. And, bina kehidupan baru.
Maaf ya, Dania lama gila tak update. Homework pulak bertimbun2, sampaikan Dania nk sikat rambut pun tak sempat. Ahahah, over sangat tu. Apa apapun, harap nya kali ini chapter, dapat menambat hati anda semua. Dania telah habis idea nak write. Otak dh jadi beku pulak.
Share this novel