DM29~ERTI KATA SEBENAR

Romance Series 23892

IZHAM mendakap erat Mikanadira yang tertidur berbantal kan lengannya. Nampak polos isterinya itu. Ubun-ubun Mikanadira di kucup lama.

Mungkin inilah kebahagiaan yang didambakan selama Ini. Bebas melakukan apa sahaja di samping dapat pahala lagi. Sekali lagi pipi Mikanadira dicium. Terasa melimpah kasih dan sayang kepada isteri nya itu.

Sejak semalam kasih nya mula bercambah kepada Mikanadira. Bukan berlandaskan nafsu semata-mata. Tetapi tak tahulah nak cakap macam mana..... Yang Izham tahu dia dah sayang isterinya.

"Abang . "
Mikanadira terasa geli bila Izham mencium lehernya. Di jarakkan sedikit kedudukan mereka.

Izham menarik kembali Mikanadira ke dalam pelukannya. Tak boleh berenggang langsung sejak semalam. Nak manja aje.

" Terima kasih tau Sayang layan abang semalam . abang hargai sangat usaha sayang celebrate our first night. Memang first class habis. " puji Izham sambil membelai rambut Mikanadira yang berbau harum.

Mikanadira sembamkan muka di dada bidang Suaminya. Malunya. Setelah apa yang dilalui semalam... Argh tak tahu nak sorok muka dekat mana. Agak-agak sorok bawah katil boleh tak ?

"Tapikan, abang musykil lah. Kita tak pernah bercinta kan? So, macam mana awak & dan Abang .. bersama semalam? Maksud Abang atas dasar apa? " Izham tarik perlahan kepala isterinya yang melekat di dada ke wajahnya. Biar saling bertatapan.

Mikanadira gigit bibir bawah. Malu masih menebal di hati.

" Biarlah Mika mandi dulu. Nanti Mika bagitahu lah. " Mikanadira memberi alasan. Tak sanggup nak bertentang mata dengan suaminya.

" Cakap sekarang atau abang dukung sayang masuk bilik air, kang. Nak? " Izham acah-acah nak kendong isterinya.

" Eh.. Eh, tak nak. Okey, Mika cakap sekarang. Tapi abang kena pejam mata rapat-rapat dulu. "

Izham terus memejam mata. Ikut sajelah Cik isteri cakap. Nanti dia tak nak cakap pulak.

" Ehemm... Kita.... semalam.... Macam ni. Bagi Mika,perasaan sayang, kasih, cinta Kita boleh pupuk dan semai dia. Sebab Kita sekarang ni dah jadi suami isteri. So, jadi tanggungjawab kita untuk bahagiakan pasangan kita. Orang tua-tua cakap bercinta lepas kahwin ni lebih manis. Sebab masa nilah kita nak tackle pasangan, curi-curi hati dia,buat dia selesa bersama kita.

Tapi semua ni takkan berjaya, kalau sebelah pihak aje yang berusaha. Manakala pihak yang satu lagi hanya bersifat menerima. Kita kena sama-sama jaga dan hayati erti sebenar perkahwinan. Ada faham ? "

" Wow, hebatnya isteri abang ni. Pandai berkata-kata. Kalau ada baby mesti dia ikut perangai ibu dia. Bijak dan cantik. Ayah ni mana ada apa-apa. Ada gigi dengan lidah aje. " Izham buka mata sambil tayang muka pasrah.

" Auch, sakitlah, yang. Abang bukan baby doll tahu tak yang sayang nak cubit-cubit ni. " Izham pegang perutnya yang sudah memerah.

" Cakaplah lagi benda mengarut tu. Baby tu mestilah dia ambik bahagian ibu sikit, ayah sikit. Nama pun anak KITA. Bukan anak MIKANADIRA sorang-sorang. " Mikanadira terus melangkah ke bilik air. Nak bersihkan diri.

Izham ikut bangun dari katil. Sebelum melangkah ke arah isterinya sempat lagi dia ternampak tompokan darah sedikit di cadar katil. Izham kerut dahi. Apa benda tu? Takkan Mikanadira period? Tapi semalam takde pun tanda-tanda yang isteri tercinta datang bulan. Dia menghela nafas perlahan.

Takde siapa yang boleh beri jawapan kecuali isteri dia sendiri. Terus dia menerjah masuk ke bilik air. Ehek, dalam malu-malu tu tapi isteri dia tak kunci pintu. Oh my, wife. Malu tapi mahu.

********************************

"Anak kita pergi mana bang? " soal Puan Maryam kepada Tuan Hisyamuddin yang sedang membaca akhbar . Dah seminggu tak balik. Apa kes ?

" Dia duduk dekat apartment dia lah tu. Macam awak tak tahu, anak kita tu suka berdikari. " jawab Tuan Hisyamuddin dari sebalik akhbar yang menutupi mukanya.

" Memanglah dia tu jenis mandiri. Tapi dalam seminggu mesti dia balik jugak. Tak pun dia mesej abang atau mesej Saya. Ni terus diam ni, kenapa? " soal Puan Maryam yang masih tidak berpuas hati.

" Busylah tu. Awak ni, tak payahlah nak risau-risau sangat. Anak kita si Mika tu okaylah. Jangan risau. " Tuan Hisyamuddin dah naik rimas dengan isterinya. Tak habis-habis dengan risau buta dan cemburu buta dia.

" Malaslah Saya cakap dengan Abang. Bukannya nak ambik tahu pasal keadaan anak-anak. " Puan Maryam terus berlalu ke bilik.

Menggeleng Tuan Hisyamuddin dengan kerenah isterinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience