MIKAEL meneguk air liur tatkala Mikanadira masuk ke dalam bilik. Terasa jantungnya berdegup laju. Seperti baru lepas bermarathon keliling stadium.
"Mika, abang...... "
" Mika takkan bagitau sesiapa pasal ni asalkan abang setuju nak wali kan perkahwinan Mika. Itu aje syarat Mika. " Mikanadira duduk di hujung katil sambil memandang jijik mereka berdua.
Mikael terpana seketika. Terkelip-kelip matanya memandang adiknya. Tak marah? Dengan syarat? Apa ni, tak faham lah..
"Kalau abang tak nak takper, Mika bagitau lah papa tak pun sebarkan gambar Abang dan Kayla tengah..... Ehem.. ehem. Amacam nak tak?
Sebenarnya Mika perasan masa abang ketuk pintu tu, Mika intai abang setiap kali abang masuk bilik Kayla. Berapa kali abang cabul dia, semua Mika tahulah. " Mikanadira tersenyum sinis.
" Kak.. Aka.. Kk.. " Mikayla panggil kakaknya. Tangannya Cuba mencapai jemari Mikanadira tetapi pantas di tepis kasar.
" Kau jangan nak sentuh aku. Jijik tahu tak? JIJIK. Lagi seminggu kita jumpa dekat pejabat agama. Kalau tak datang, video abang Mika sebarkan. " Mikanadira terus keluar dari bilik itu.
**********************************
DATIN ZAITON sudah berkali-kali menelefon Izham, tetapi lelaki itu tetap tidak men jawab. Mungkin, betullah apa orang cakap habis madu sepah dibuang. Sekarang ni pun Datin zaiton sudah muflis. Habis duit peninggalan arwah suaminya digunakan untuk berfoya-foya dengan lelaki muda-mudi. Saban malam, air kencing syaitan itu diteguk.
"Ma , call siapa? Habislah kredit Fieya nanti. Top up 10 ringgit manalah boleh tahan lama-lama. "
Syafieya duduk di sebelah mamanya. Sebungkus nasi putih telur mata dan air mineral diletakkan di tepi kakinya.
" Aik, sebungkus ajer? Mana cukup. Lauk telur goreng ni macam lauk orang gaji kita lagi. Fieya ni kedekutlah. Belilah lauk daging ke, lobster ke? "
Datin Zaiton mencebik bibirnya.
" Sebungkus aje lah. Ini pun kita kena kongsi. Mama ni banyak cakaplah. Disebabkan mama lah, kita kena hidup di kolong macam ni. Kalau mama tak ikut nafsu, confirm kita takkan makan lauk orang miskin ni.
Ma, ingat Fieya nak ke beli lauk ni? Tadi puas Fieya letak ayam letak udang tapi time nak bayar tak cukup duit pulak. Last-last Fieya kena letak balik. Geram betullah. Ambik udang masak lemak pun dah 3ringgit, itupun baru ada 3 ketul. Gila betul seekor 1ringgit. Memang nak pau orang betul. " Fieya suap nasi kemulutnya dengan lahap.
Dalam dok mengata tu boleh pulak makan. ASELEHE betul.
Share this novel