DM34~KEHILANGAN.

Romance Series 23892

MIKANADIRA berjalan di tepi jalan sambil membawa beg kertas pakaiannya. Adalah jugak beli pakaian dalam atau lebih mesra di panggil chemise. Hari ni birthday suaminya Lee Han Gyul (Haris). Suaminya pula seolah-olah tidak ingat birthday sendiri.

"Oppa masuk kedai roti tu dulu ya. " ucap Han Gyul kepada isterinya. Mereka baru sahaja berbaik. Sebelum masuk ke kedai, banyak kali dia cium pipi isterinya. Rasa tak sedap aje hati nya hari Ini. Mintak simpanglah dari benda-benda tak elok terjadi.

" Okey, Mika tunggu dekat luar ajelah. " Mikanadira membalas dengan menyalami tangan suaminya yang kejap memegang tangannya.

" Oppa masuklah. Tapi jangan lama-lama tau, Oppa tu bukan boleh percaya sangat. Beli roti pun setengah jam. Ramah sembang dengan Irfan(Lee Dong Min). "

Lee Han Gyul dan Lee Dong Min merupakan sahabat baik. Mereka sama-sama memeluk Islam. Kekal rapat.. Sampaikan Mikanadira pun jealous.

" Baiklah isteriku. Jangan ke mana-mana tau. " Han Gyul sempat mengusap rambut Mikanadira yang dibiarkan lepas bebas. Cantik sahaja rambut isterinya yang panjang mengurai.

Mikanadira memang takkan masuk kedai kek itu sebab dia selalu bertengkar dengan Lee Dong Min. Tak de hal lain nak bertengkar Kalau bukan pasal Lee Han Gyul. Dua-dua nak berebut perhatian Han Gyul. Macam kanak-kanak aje.

Mikanadira ke gerai di tepi jalan yang menjual buah-buahan segar. Wow, rambang mata tengok buah-buah yang berkilat - kilat belaka. Nampak sedap. Suaminya pula suka buah Pir. Memang peminat tegar buah itu.

Mikanadira segera menyuruh ajumma (Mak cik) yang jual buah itu untuk membungkuskan buah bae(pir) cantik-cantik. Beberapa not Won Korea dihulurkan kepada ajumma.

Ajumma itu mengambil Wang itu sebelum memberikan baki wang Mikanadira. Tak lokek betul dengan senyuman wanita berusia lingkungan 50-an itu. Ajumma tu asyik tersenyum aje.

Tak macam Malaysia.

Pernah sekali tu, Mikanadira ke sebuah kedai runcit. Nak beli biskut kering. Tanya dekat mana, dia marah Kita balik. Cakap mata dekat mana? Heh, memang hanginlah Mikanadira satu badan. Terus dia keluar dan tak beli terus dekat kedai tu. Sombong . Baru bukak kedai sikit, dah nak tunjuk eksyen.

Mikanadira melintas jalan sambil matanya kekal tertumpu dekat buah di tangan. Tak sabar nak bagi dekat suaminya. Mesti Han Gyul happy.

"Salang. Meonjeo gidalyeo. Dasi geonneoji masibsio. Wiheom. " jerit Han Gyul dari seberang jalan sana. 'Sayang. Tunggu dulu. Jangan lintas lagi. Bahaya.'

Mikanadira kan bodoh-bodoh alang lagi dengan bahasa ibunda suaminya,terus tercengang. Apa benda lah yang suami dia membebel tu.

Han Gyul berlari ke tengah jalan sebelum menarik tangan isterinya tetapi tubuhnya tidak sempat melintasi jalan itu lalu dia dirempuh oleh kereta Hyundai putih susu itu.

Pemandu di dalam kereta langsung tidak bertanggungjawab. Dia terus melarikan diri.

Mikanadira memangku kepala suaminya yang seperti susah nak bernafas itu. Ya Allah, apa yang Mikanadira nak buat. CPR? Bodoh sangat dah tu. Buat CPR time orang nyawa-nyawa ikan.

"Oppa bukak mata ni. Mika sayang oppa. Oppa. Oppa... Jangan tinggalkan Mika. Mika tak pernah ucapkan saranghae dekat Oppa. Kenapa bila Mika dah sedar dari kesilapan Mika, Oppa dalam keadaan macam ni?

Bukak mata, Oppa. Okey, lepasni Mika akan jadi isteri yang baik. Yang selalu senangkan Oppa. Tolonglah Oppa. Jangan buat Mika macam ni. "

Mikanadira meraung-raung tatkala darah merah membuak-buak keluar dari kepala dan mulut Han Gyul.

Orang ramai di sekeliling tidak dihiraukan lagi. Yang penting sekarang ni Mika nak suaminya. Mika dah tak kesah kalau suami dia pokai pun yang penting dia nak Han Gyul selalu di sampingnya. Selalu menjaga dan melindunginya.
Selalu ada waktu dia memerlukan teman bicara.

Han Gyul nak cakap sesuatu tetapi suaranya tersekat-sekat, "Mmmm. Mik.. Mika. Opp .. Pa."

"Tak nak cakap dah. Sekarang Oppa bukak mata luas-luas. Istighfar banyak-banyak. Mika akan selalu dengan Oppa. " Mikanadira tersedu-sedan menangis sambil meletakkan tangannya ke mulut Han Gyul.

Bibir Han Gyul bergerak-gerak sedikit untuk membaca kalimah syahadah. Sebaik sahaja habis membaca, terus terkulai kepala nya diriba isterinya.

" OPPA!!!!!!!!!! " Mikanadira meraung-raung kuat. Tubuh suaminya digoncang-goncang.

KENAPA SAAT AKU TELAH MEMBERIKAN CINTA INI, DIA PERGI? TINGGALKAN AKU BERSAMA KENANGAN YANG TIDAK MANIS YANG TELAH AKU LAKUKAN.

BERSAMAKU BEGITU HANCURNYA HATI SEORANG SUAMI YANG SEPATUTNYA DI HORMATI ISTERI. TETAPI DIPIJAK ISTERI.

YA ALLAH, KENAPA KAU AMBIL DIA SAAT AKU BEGITU MENGHARGAI DIRINYA. AKU CINTAKAN DIA. AKU SANGAT MEMERLUKAN DIA.

TIDAK SEMPAT AKU MENEBUS KEMBALI KESALAHANKU PADANYA. MEMBAHAGIAKANNYA DENGAN HUBUNGAN HALAL YANG BAKAL DI JALIN MALAM INI. YANG TELAH DIRENCANAKAN OLEH KU.

**********************

MENGAPA KAU PERGI?
MENGAPA KAU PERGI?
DI SAAT AKU MULAI MENCINTAIMU
BERHARAP ENGKAU JADI KEKASIH HATIKU
MALAH KAU PERGI JAUH DARI HIDUPKU

MENYENDIRI LAGI
MENYENDIRI LAGI
DISAAT KAU TINGGALKAN DIRIKU PERGI
TAK PERNAH ADA YANG MENGHIASI HARIKU
DISAAT AKU TERBANGUN DARI LENAKU

AKU INGINKAN DIRIMU
DATANG DAN TEMUI AKU
KAN KU KATAKAN PADAMU
AKU SANGAT MENCINTAI DIRIMU

song by~Dadali
title ~Disaat aku mencintaimu

*************************

" Mana duit aku? " soal gadis itu sambil mencekik leher Izham. Tercungap-cungap Izham mencuri nafas. Bukan dia tak boleh melawan, Cuma dia tak mampu.

" Tolong lah. Jangan ganggu abang lagi. Abang nak hidup bahagia dengan wife abang. Abang... "

" Aku tak nak dengar pasal tu. Yang aku nak tahu, mana duit aku? Kalau kau tak bagi esok, aku tunjukkan video panas kau dekat wife kau. Tak pun aku sebar aje di Internet. Zaman serba canggih ni, Kalau post aksi 18sx tu confirm viral satu Malaysia. " gadis itu menguatkan lagi cekikannya.

" Abang takde duit sebanyak tu. Abang tak mampu nak bayar jumlah yang adik cakap tu. " Izham masih berlembut.

" Arghhhh, kau ni memang susahkan aku lah. " gadis itu terus menumbuk kuat wajah Izham sebelum berlalu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience