Tangan Mikanadira mengurut-urut pinggangnya. Sejak dua minggu kebelakangan ni, cepat sungguh letih. Nak angkat barang rasa tak larat. Sampai kan nak mandi pun rasa malas. Fikiran Mikanadira melayang-layang entah ke mana sehingga tidak perasan Izham balik dari kerja dan berbaring mengiring menghadapnya.
"Sayang. " Izham panggil isterinya apabila perasan yang Mikanadira tidak mengendahkannya. Wajah Mikanadira di pandang. Tetap cantik walaupun tanpa mekap. Jatuh suka sungguh setiap saat, Izham dibuatnya.
" Abang duduklah jauh-jauh sikit. Busuklah. Tak mandi ke apa? " Mikanadira paling muka ke arah lain. Tangan sudah menutup hidung.
" Abang mandi dah. Balik-balik dari kerja terus abang mandi. " Izham pegang bahu isterinya. Sebelum dia menindih isterinya. Memang selalu balik kerja dia akan bermanja dengan Mikanadira.
" Apa ni? Sakit lah dada Saya. Gila ke apa, naik atas orang. " Mikanadira tolak suaminya ke tepi. Dahlah busuk lepastu naik atas dia pulak.
Muka Izham terus berubah. Selama ni bukankah itu suatu kewajipan mereka suami isteri? Kenapa sekarang Mikanadira berubah? Isterinya tu dah tawar hati ke dengan dia? Tak pun terkena buatan orang? Sapalah nak buat benda-benda terkutuk macam tu.
"Jomlah makan. Abang lapar gila dah ni. Mesti sayang masak sedap-sedap. " Izham tak mahu memanjangkan cerita dan mengeruhkan lagi keadaan.
" Nak makan tu, makan jelah. Tak payahlah nak ajak orang sekali. Nak tunjuk baiklah tu. Awak makan lah dekat luar. Saya tak masak apa-apa. Takde mood. " Mikanadira tarik selimut ke tubuh.
" Sayang, jomlah makan. Tak pun temanlah abang makan. " Izham masih memujuk. Dia terasa sangat bila isterinya dah tak guna panggilan 'abang' 'Mika' macam dulu.
" Hish.Orang cakap tak nak tu tak nak lah. Asal bebal sangat ni? Tak faham bahasa. Pergi keluar. Menyampah Saya tengok muka awak. " Mikanadira halau suami dia.
Dia pun tak tahu kenapa? Mood dia tiba-tiba swing. Nak cakap mereka bergaduh pun tak. Tak tahulah kenapa. Agak-agaknya orang tak bercinta sebelum kahwin ni macam ni lah kot.
Izham terus berlalu keluar.
*****************************
Ayu Farisya menyuap laju nasi ke mulut. Geramnya dia dekat Izham. Lepas kahwin bukannya tahu nak chat dia dah. Maklumlah dah ada bantal peluk original.
Dulu berjanji sakan tapi sekarang habuk pun takde. Mesti isterinya bagi nasi kangkang ni. Itu yang Izham berubah drastik. Dulu Kalau tak call Ayu sehari memang tak sah.
*****************************
" Abang..... "
Mikanadira panggil suaminya yang tertidur. Dari balik kerja terus tak nak cakap dengan dia dah.
" Apa? " soal Izham.
" Nak tidur dekat lengan,boleh?" pinta Mikanadira.
Izham mendepangkan lengannya, membiarkan isterinya letakkan kepala di lengannya.
"Nak cium ? "
Kenapa pulak lah dengan isteri dia ni, tadi garang macam Mak singa tapi malam macam kucing siam. Nak manja - manja pulak.
" Ciumlah.. Asalkan sayang bahagia. " jawab Izham. Matanya tepat memandang anak mata Mikanadira.
Mikanadira tersenyum sebelum cium bibir suaminya lama.
" Abang pulaklah cium Mika. Selalunya bila nak tidur mesti abang cium Mika. "
Izham cium jugak lah isterinya. Dari petang tadi kot dia menahan hati dan perasaan. Ciuman mulai hangat. Izham naik ke atas tubuh Mikanadira. Yeay, isterinya yang manja-manja dah kembali.
Baru Izham berniat nak belai dada isterinya terus tanggannya di tepis kasar. Mikanadira tolak lagi dia ke tepi.
Tuhan saja yang tahu betapa kecewanya dia. Terbantut terus nafsunya pada malam itu. Terus Izham berpaling ke tepi. Sambung tidur balik. Lebih baik tak payah bagi harapan kalau tak rela.
********************
Mikanadira rasa bersalah betul dengan suaminya. Tapi serius lah dada dia sakit,bengkak dan sensitif. Tak boleh di sentuh langsung.
Dunia terasa hitam tiba-tiba. Takkan lah......
Air mata laju menitis. Dia menghidap kanser payudara. Sudah dua orang kawannya mati sebab kanser itu. Ya Allah. Takutnya.
*************************
Mak Jah muncungkan mulut dia dekat anak lelakinya,Faizal.
"Apa mak ni? Kacau sungguhlah orang nak makan bihun . "
" Kau tengoklah tu. "
" Tengok apa? " Mak dia ni pun, bagi pernyataan tergantung.
" Tu. Bukak luas-luas sikit bijik mata tu. Mikayla mengandungkan anak Mikael. Tak nampak Mikayla tadi? Perut dia memboyot besar. Entah berapa bulan dah tu. Tak tahulah aku dengan orang muda zaman sekarang. Adik sendiri pun jadi alat puas nafsu. "
" Betoi ka, Mak? Uisyh, berita sensasi ni. Tapi Mak yakin ka? " soal Faizal sambil tanggannya mengambil seketul lagi Ayam goreng. Suka sungguh Faizal dengan gossip-gossip hot and spicy ni.
Mak Jah membisikkan cerita sebenar di telinga a nak nya. Tapi macam tak kenal Mak Jah atau nama panggilan kampungnya Jah Buletin Utama.
Takde maknanya Kalau dia tak tambah penyedap rasa. Knorr pasti sedap, ajinomoto semua di masuk kan sekali demi menyedapkan ayat.
Share this novel