"Dah puas nangis ? Kalau nak nangis lagi, nah ambik sekotak tisu ni. Sebabkan jantan kau boleh nangis. Perempuan macam nilah. LEMAH."
seorang lelaki mengambil tempat di sebelah Ayu Farisya. Kerepek di dalam balang, disuapkan ke mulut. Krup.. krap.. Krup.. krap.. Rangup betul kerepek pisang itu.
"Sibuklah kau. Blahlah." jerit Ayu Farisya yang dikuasai emosi. Tisu ditarik kasar dari dalam kotak kotak lalu dikesat air mata yang tidak henti mengalir. Hingus di sedut kuat.
Ayie Farisy menjelirkan lidah kepada adik kembarnya. Dia tidak takut langsung dengan jeritan adiknya. "Asal? Jantan tu tak nak tanggungjawab eh? Itulah nama ajer mengaji sekolah agama tapi perangai macam bohsia. BODOH. Orang bodoh aje buat perangai macam kau, dik. Kalau mak taulah perangai buruklaku kau ni, mahu mati berdiri orang tua tu tengok perangai anak dara dia. Ops, anak perempuan.
Kau dah takde kan dara tu, so panggilan anak dara dah tak sesuai dengan kau. Ya Allah, semoga kau bagi hidayah dekat adik aku ni. Aku sebagai abang yang tak suka tengok adiknya masuk neraka Jahanam, nak bagi nasihat sikitlah untuk adik yang paling solehah yang aku ada. "
perkataan solehah ditekan kan, sebelum dia menyambum lagi. "Buatnya perut kau tiba-tiba memboyot , sekupang pun tak laku dah, dik. Leher tu bawak-bawak lah tutup sikit. Setiap kali kau jumpa balak kau mesti ada 'cap mohor' bila balik. Aku yang dah menikah ni pun tak show off benda-benda macam tu. Malulah benda-benda dalam selimut nak tunjuk dekat orang lain. Kalau rasa gatal merenyam sangat lebih baik kau menikah cepat-cepat. " panjang lebar Ayie mentazkirah adiknya.
Ayu sudah memandang abangnya semacam. Geram hatinya kerana dibahasakan oleh abangnya sendiri.
" Aku tak nak dengar nanti dekat kawasan ni ada orang buang baby. Kau orang first yang aku heret dekat polis. Buat malu mak bapak aje. Otak letak dekat Kepala lutut. " Ayie mentazkirah buat kesekian kalinya.
"Aku takkan pregnant punya. Cayalah. Aku ambik pil. Izham pulak guna protector. Kami tahu apa yang kami buat. Apa ingat kami ni bodoh sangat?" balas Ayu. Macam bangga pulak dia membuka pekung di dada sendiri.
"Mak?! Mai sini sat. Ayie nak...... " belum sempat Ayie Farish menghabiskan kata-katanya, Ayu sudah memekup mulut abangnya.
" Bodohlah. " getus Ayu geram. Pinggang Ayie di cubit berkali-kali. Nak mati kalau maknya tahu. Nanti bukan malaikat maut yang ambik nyawanya, tapi maknya sendiri kang. Haisy , tak dapat nak bayang .
" Awatnya, Yie oii ? Mengacau sungguh Mak nak masak. " soal Puan Mahani yang tiba-tiba muncul di ruang tamu. Di tangannya terdapat sudip besi.
" Takde apa-apalah Mak. Yie ni bengong sikit. Saja panggil Mak tiba-tiba. Wayar putus gamaknya. " Ayu cepat-cepat bersuara. Takut sungguh abangnya pecah rahsia .
" Aku ketuk kepala kamu nanti, Yie. Aku punya lah risau bila kamu jerit tadi. Ingat gorilla masuk rumah ke apa. Lagi sekali kamu buat perangai bodoh ni, esok kamu berjalan guna kepala kang.
Hah, yang kamu ni pulak Yu, nak jade puteri lilin duduk saja tak menolong aku dekat dapur? Nanti menikah buatlah perangai malas macam badak sumatera ni lagi, confirm tak sampai sebulan laki kamu cerai. Tak tahan balik kerja tengok bini tak masak dan kemas rumah.
Aku kan orang gaji dalam rumah ni. Korang jugak nanti nak melantak! Nama aje ada anak dara tapi perangai macam jakun. Kalau aku tak tegur pakai tak berasap lah dapur. Ni yang kemas rumah ni, nak nanti aku suruh ka? " Puan Mahani sudah mencekak pinggang.
Mencicit Ayu berlari ke dapur. Tak sanggup laki dah mendengar maknya membebel. Bingit telinga. Boleh cair tahi telinga di buatnya.
Boleh tengok ig Dania untuk tengok gambar Ayu si Perempuan galak. Sambil-sambil tu bolehlah follow sekali. @Daniaalyssa5
Share this novel