Mikanadira tersenyum malu apabila Syafiq duduk di sebelahnya. Handsome pulak mamat ni. Awak Saya nak berkenalan boleh?. Galaknya dia.
Tak sedar ke perut yang memboyot tu? Dah sah-sah lah lelaki tu tahu kau dah kahwin.
" Mamat tu selalu ke kacau Mika? Syafiq tengok dia macam kenal dengan Mika aje. " Syafiq menoleh sedikit ke wajah Mikanadira.
Kasihan wanita itu. Dah lah mengandung tetapi suaminya tiada bersama pulak. Tak risau ke isteri tengah mengandung ni? Apa lah punya lelaki. Tak bertanggungjawab.
Tumpah segala rasa simpati untuk wanita itu.
" Syafiq. Maaflah kalau Mika pegang tangan Syafiq tadi. Mika tak sengaja. Geram betul lah dengan lelaki tadi tu. Dia dari dulu lagi nak kan Mika.
Selalu kacau Mika. Nasib baik ingat dia kawan sekolah aje. " adu Mikanadira dengan muka innocent.
Bluerkk, nak muntahlah. Kau ni Mika, sejak kena cerai ni terus tak betul kepala otak.
" Betul ke, Mika? Kenapa tak report polis aje? Takkan nak biar lelaki tu bermaharajalela ganggu awak?" soal Syafiq dengan muka prihatinnya.
"Betul lah. Syafiq ingat Mika menipu ke? Mika tak sampai hati nak report dekat polis. Mak lelaki tadi tu, sakit. Tak naklah nanti Mak dia tak de orang nak jaga pulak ,bila dia masuk penjara nanti. " begitu bijak Mikanadira menyusun ayat. Muka sedih ditayangkan untuk mendapatkan simpati lelaki itu.
SAH, Syafiq kena kelentong dengan otak udang Mikanadira.
Syafiq geleng kepalanya. Tak patut.. Tak patut..
Kapal terbang itu telah meluncur naik ke udara. Mikanadira pejamkan matanya sebelum kepalanya di lentokkan ke bahu Syafiq. Gatal betul lah Mikanadira ni.
Syafiq nak tolak pun macam tak best lah pulak. Mungkin wanita itu terlalu penat? Penat dengan apa yang telah terjadi tadi.
Kesudahnya di wakafkan sahaja bahunya. Bahu aje tak per. Jangan melarat ke dada pulak?
**********************
Syarifah mengeluh buat kesekian kalinya. Hubungannya dengan Gabriel bagaikan retak menanti terbelah aje.
Teringat lagi syarat Gabriel jika mahu mereka kembali semula berhubungan seperti sedia kala.
1.Abang nak Sya, mengaku dekat semua orang yang Sya yang bersalah. Sebab lambat -laun orang akan tahu jugak.
2. Sya pujuk Mika untuk terima abang semula.
Dua tu aje lah syarat suaminya. Dengar macam senang tapi, Syarifah tak mampu untuk membuat pilihan. Kalau pilih syarat 1,nanti tak pasal-pasal beranak dalam penjara pulak dia.
Tapi kalau pilih syarat 2, hati dia pulak tak mengizinkan. Dia nak cinta Izham hanya untuk dirinya sahaja. Tak nak share-share dengan orang lain..
Apa yang dia nak pilih ni? Arghhhh, serabutnya kepala. Dia terpaksa memilih salah satu. Di luah mati emak, di telan mati bapak.
******
RUMAH URUT BIDAN TERJUN
Tempat apa ni? soal Syafieya dalam hati. Takkan lah dia nak bekerja di sini kut?
Macam tak manislah pulak. Tadi dia ternampak lelaki dan perempuan yang kelihatan begitu intim.
Entah-entah ini tempat pelacuran tak? OMG? Nak buat apa sekarang ni? Pecutlah, apa lagi.
Baru dia nak pasang kekuda, tangannya terasa di tarik oleh seseorang.
"Nak pergi mana tu? " soal lelaki berpakaian hitam itu. Tangannya kejap memegang lengan Syafieya.
" Mak kau dah masuk dah. Jomlah masuk sekali. " lelaki itu terus menarik lengan Syafieya. Takkan dia bodoh sangat nak lepaskan pulak awek cun di hadapan nya ini? Sekali pelanduk dah masuk dalam perangkap, akan di ratah pelanduk itu sehingga ke tulang.
Syafieya pejam matanya. Ya Allah adakah hari ini aku akan di....
Terasa lembik kakinya tatkala melangkah masuk ke rumah urut itu. Lindungilah hamba mu ini, Ya Allah. Aku merayu pada mu..
Share this novel