DM67~ LAMARAN

Romance Series 23892

" Sudi tak awak jadi isteri Saya yang sah?" Syafiq melutut sambil menghulurkan sebekas cincin berwarna merah hati.

Mikanadira angguk kan kepalanya sambil tersenyum.

Terus Syafiq menyarungkan cincin tanda di jari itu. Mereka berbalas pandangan sambil tersenyum bahagia.

Syafiq merapatkan kepalanya dengan Mikanadira sebelum mereka berkucupan hangat..

" Argghhh.. " jerit Izham seraya bangun dari tidur.

Ya Allah. Mimpi apa pulak ni? Takkan la, Mikanadira dah nak jadi milik orang lain pulak. Tak boleh jadi ni. Aku kena buat sesuatu. Mika milik aku. Selamanya akan menjadi milik aku.

" Am, okay ke tu? " soal Sakinah dari luar. Terkejut beruk dia tadi. Ingatkan suara hantu raya mana yang menjerit...

" Okay.. Okay.. Tak de apa-apa la, Kak. " jawab Izham sebelum bangun dari katil.

Izham buka pintu bilik. Dia ingin menyegarkan diri sedikit. Dah la, malam ni nak pergi rumah Mikanadira. Dia kena wangi-wangi. Kut-kutlah Mikanadira boleh suka dia balik ke? Who's know?

" Am, akak nak bincang sikit dengan Am, boleh? " Sakinah bersuara dari ruang tamu.

Izham toleh pandang ke arah Sakinah. Eh, mereka ada tetamu? Fatiha dengan Mak siti? Buat apa pulak diorang datang sini? Tapi lantaklah.. Aku kesah apa.

" Am nak mandi dulu. Lepas mandi Am datang sini. " ujar Izham kepada Sakinah. Terasa tubuh melekit. Barang kali, berpeluh sebab mimpi ngeri tadi kut? Lagi pun, ketiak pun dah bau acem...

Mak Siti dan Kak Mastura pulun berbisik. Tapi tak tahu la, apa isi bicara mereka. Sakinah tak nak ambik tahu. Janji jangan kutuk dia sudah..

" Kak Nah rasa Abang Am setuju ke? " soal Fatiha perlahan. Malu pulak kalau Izham dengar.

" InshaAllah. Akak tak dapat bagi guarantee 100%, tapi akak pasti dia akan terima. " jawab Sakinah dengan muka yang pasti.

" Tak silap Tiha, abang Am ni duda kan, Kak? "

" Betul la tu. Akak ada la jugak nak korek rahsia dari dia tapi dia diam aje... Mungkin dia sayang lagi kut dengan wife dia. Tapi seriuslah wife dia lawa gila. Dengan baju kurung hari tu, akak yang tengok pun rasa dah terpikat. " sampuk Kak Mastura. Bibirnya sudah menyengih.

" Yang si lelaki tu pun, kacak betul. Sepadan kan, diorang? Mak Eti nanti nak cari menantu macam tu la. Confirm, bertambah elok keturunan kita, Tiha. " Mak Siti turut menyampuk.

" Eh, Kak Mas dengan Kak Siti ni. Jangan lah cakap kuat-kuat sangat. Izham dengar nanti tak ke dah tak elok? " Sakinah letak jari telunjuknya ke mulut. Dia dapat rasa jauh di sudut hati Izham, lelaki muda itu masih mencintai isterinya.

Izham menutup mulutnya dari terkeluar tangisannya yang sudah pecah. Terhincut-hincut bahunya.

Kenapa diorang cakap macam tu? Aku tak sepadan ke, dengan Mikanadira? Aku ni tak layak ke untuk dia? Apa aku ni orang miskin yang tak layak nak bersama dengan orang secantik Mikanadira?

*************

" Kak nak cakap apa? " soal Izham dengan mukanya yang sembab. Tadi ingat macam tak nak datang sini terus, tapi bila ingatkan dia dah berjanji,itu yang datang jugak tu.

" Eh muka tu kenapa? Mata merah? Am nangis ke? " soal Kak Mastura.

Fatiha dan Kak Siti juga pulun memandang wajah Izham. Sakinah mengeluh perlahan.

Kerana pulut, santan binasa. Kerana mulut badan binasa. Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Tengok la, di sebabkan mulut celopar Kak Mastura dan Mak Siti...

Sakinah yakin Izham terdengar bual bicara mereka. Aduhaii..

" Terhantuk dinding. " jawab Izham sepatah. Dia masih berdiri di hadapan mereka berempat.

" Oh, tapi terhantuk dinding boleh nangis ke? " soal Mak Siti naif.. Alahai..

" Kak Nah, kalau nak cakap pasal isu nangis ni, Am masuk dulu lah ya.. " Izham terus berlalu. Sejak tadi dia cuba mengawal riak wajah.

Tapi si Kak Mastura dan Mak Siti pulak pulun tanya. Lagi nak semarakkan api kemarahannya.

" Eh, Am. Nak pergi mana tu? " laung Kak Mastura.

" Biarlah dia. Nanti Nah cakap sendiri dengan dia." ujar Sakinah sebelum berlalu ke dapur.

**********

Mikanadira menengok jam di dinding. Dah nak dekat pukul 9 malam. Semalam Izham datang pukul 9. Malam ni, Izham nak datang lagi ke? Aish, asal nervous sangat ni?

Mikanadira tampar mukanya kuat. Gatal betul kau Mika. Apa kejadahnya nak fikir pasal lelaki tu? Waste your time aje lah.

Hah!! Aku tahu.. Mikanadira terus berlalu keluar bersama sengihan nakalnya.

************

Izham melangkah masuk ke dalam bilik Mikanadira melalui tingkap. Malam ni dia nak bermalam dekat sini la. Kusut betul kepala otak tatkala ini.

Tubuh Mikanadira yang mengiring membelakanginya, di pandang dengan penuh rasa rindu. Seronok kan, sayang? Kalau kita boleh jadi macam dulu. Tidur bersebelahan.. Saling berpelukan?

Izham naik ke atas katil. Tubuh Mikanadira di peluk dari belakang. Ya Allah, terasa tenangnya hati ni. Aku nak dia dan aku macam dulu.

Tangan Izham menyentuh perut Mikanadira. Nak rasa baby tendang? Ke baby tengah tidur sekarang ni? Ayah datang baby..

Aikkk, asal kempis lain macam aje. Izham naikkan sikit kepalanya, Ya Allah... Dia peluk Mak cik mana ni? Beruban penuh di kepala.

Mak Tipah yang terasa tidurnya terganggu terus membuka mata.. Dia terasa seseorang di atas katil. Tapi kaburrrr... Tak nampak.. Tangan segera meraba-raba meja kecil di sebelah.

Izham terus baling cermin mata Mak Tipah ke bawah katil. Arghhhh, menyorok Am.

Mak Tipah menjerit-jerit sambil meraba-raba untuk keluar dari bilik.

Mikanadira yang berdiri dari sebalik almari sudah ketawa terbahak-bahak. Lawak kot? Haha..

Izham yang tengah gabra nak cari tempat menyorok tu, terus menangkap suara seseorang ketawa dari sebalik almari pakaian plastik.

Hantu ke? Aduhaii...ini yang lemah ni..

Dalam takut-takut tu, Izham jenguk jugalah kepalanya ke belakang almari.

Terus senyuman terukir di bibir. Ada orang tu nak kena kan dia ya?

Terus Mikanadira yang masih ketawa itu, di peluk erat. Kalau tuhan cakap malam ni, Mika akan dipeluk abang, memang tak boleh nak buat apa-apa la..

Mikanadira terus berhenti ketawa. Oh my? Macam mana mamat ni tahu aku menyorok dekat sini? Ayyo.. Nak lari pun tak sempat ni.

" Eh, awak ni kenapa? Jangan la, peluk Saya. " Mikanadira tumbuk-tumbuk dada Izham..

" Mana penceroboh tu, Mak? " dari belakang almari dapat terdengar suara Syafiq yang kuat itu.

Izham peluk isterinya erat-erat. Sempat juga dia memekup mulut itu. Matanya meliar memandang sekeliling.

Mikanadira dapat merasakan jantungnya yang berdegup laju. Orang cakap kalau dah tak suka, jantung kita akan berentak biasa, tetapi yang aku berdebar-debar sangat ni kenapa?

****

Kalau dah jodoh, kan? Buat la apa-apa pun mesti akan bersama jugak.. Izham.. Izham.. Get back balik la dgn Mikanadira. Dia masih sukakan kau..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience