DM70~ BERLAKON

Romance Series 23892

Syafiq dan Mikanadira duduk di pangkin sambil mengambil angin petang. Nana, anak jiran Mak Tipah duduk di pangku Syafiq sambil makan aiskrim.

" Nana, tadi kan ummi Nana cakap tak boleh makan aiskrim, kan? " Mikanadira mencubit pipi tembam Nana. Comel.

" Babah yang beli. Babah cakap Ibu tak makan aiskrim, kan babah? " petah Nana berkata-kata sambil memandang Syafiq.

Syafiq anggukkan kepalanya. Aiskrim di tangan Nana di ambil lalu di sua ke mulut Mikanadira." Tapi Ibu hanya makan kalau babah yang suap, kan? " jernih mata Syafiq memandang Mikanadira. Malu weiii, kalau Mikanadira tolak.

Mikanadira angguk kepalanya sambil menggigit sedikit aiskrim. Syafiq tarik balik aiskrim dari Mikanadira lalu di jilat bahagian yang Mikanadira gigit. Aduhaii, mamat ni kan. Saje aje buat muka aku merah padam...

" Babah, aiskrim Nana. " Nana tunjuk aiskrim yang di pegang oleh Syafiq. Buruk siku betul la Syafiq Naqiuddin ni. Kesian Nana, habis aiskrim dia. Syafiq ni pun kalau nak bajet romantik, beli la aiskrim magnum ke apa?

Mikanadira ketawa kecil. Tisu di ambil dari plastik lalu di kesat sedikit hujung bibir Nana. Makan aiskrim pun sampai comot.

" Babah pulak. " sengaja Syafiq comotkan pipinya dengan aiskrim. Nak manja jugak. Mana aci asyik Nana aje yang nak manja.

" Babah. " jerit Nana apabila aiskrimnya semakin sikit di dalam kon. Tak lain tak bukan orang buruk siku tu jugakla yang habiskan.

" Pukul babah tu Nana. Gigit lengan babah. " hasut Mikanadira sambil ketawa kecil. Sengaja mengapi-api kan Nana. Geram betul la dengan Syafiq ni. Perangai macam budak-budak. Nak manja aje. Masalahnya mereka berdua masih bukan muhrim. Kalau dah halal dah lama Mikanadira bagi sedas dua cubitan dekat badan lelaki yang ada six-pack itu.

Nana gigit lengan Syafiq sampai terjerit lelaki kacak itu.

" Dah.. Dah.. Nana. Babah beli yang baru. Amboi, makan sikit pun tak boleh. Lepas ni, babah tak nak beli dah aiskrim dekat Nana. Sebab Nana kedekut tahi hidung masin. " Syafiq menggusap lengannya yang berbekas dengan bentuk gigi kanak-kanak perempuan itu.

Nana buat muka nak nangis. Tercebik-cebik bibirnya. Mikanadira segera menarik Nana ke atas ribanya. Risau pulak ummi Nana dengar. Nanti ingat Mikanadira dan Syafiq dera pulak anak daranya.

" Shhhh, tak nak nangis sayang. Babah tak sengaja, kan babah? Okey, babah say sorry. " Mikanadira bagi isyarat mata dekat Syafiq untuk meminta maaf. Syafiq kerutkan dahi sebelum tersenyum kembali.

" I'm sorry Princess. Nana pergi minta dekat Nenek Tipah. Ada aiskrim lagi dalam peti ais. " suruh Syafiq sambil membelai rambut Nana.

Nana terus menjerit ceria sebelum berlari laju masuk ke dalam rumah. Seronok tak terkira dia.

Syafiq sungging senyum nakal sebelum merapatkan jarak kedudukannya dengan Mikanadira. Saje nak dekat-dekat. " Ibu tak lap lagi pipi babah." Syafiq sua mukanya yang comot dengan aiskrim. Gembira aje wajahnya bila Mikanadira ambik tisu nak lap wajahnya.

" Jangan nak galak sangat awak. Lap sendiri. Nah tisu. " Mikanadira suakan tisu dekat Syafiq.

Mikanadira terus berlalu masuk ke dalam rumah dengan muka yang ceria. Ceria sangat hari ni. Bukan apa, tadi dia perasan Izham intip mereka bertiga, itu yang dia gigit jugak tu aiskrim yang Syafiq sua. Saje nak sakitkan hati bekas suaminya. Bila terjeling Izham yang berlalu dengan muka menyinga buatkan hatinya meloncat ceria. Padan muka. Buat lagi keputusan melulu tu.. Apa ingat aku nak terima kau macam tu aje? Helok, sikit.. Ini Mikanadira la.

**************

Izham garu kepalanya sampai berdarah kulit kepala. Sakit di kepala tidak sesakit, sakit di hati. Hesy, jantan muka putih ni, aku sepak jugak kot. Gatal. Yang nak ganggu bini aku tu buat apa? Apa kau ingat aku sebagai laki dia nak biar macam tu aje? Hish, aku sekeh jugak kot muka dia tu. Biar hodoh macam pontianak. Yang badan ketak-ketak dia tu, aku tumbuk sampai lembik. Baru dia nak tahu kut, batas pergaulan.

Nak bersuap bagai. Gatal. Macam lah, dah pupus makhluk bernama perempuan dekat atas muka bumi ni? Sampai bini aku jugak nak try. Hey, sakit sungguh hati aku.

" Assalammualaikum, Abang Am. Saya Qihah. " seorang gadis bertubuh gempal melangkah menghampiri Izham yang sedang berdiri menghadap sawah bendang.

" Kau pergi duduk jauh-jauh sikit. Buat semak aje datang sini. Blah lah.. Aku nak kau tahu, aku tak suka kau. Aku benci kau. Aku tak nak kahwin dengan kau lah perempuan. Sedar sikit diri tu.

Jangan nak terhegeh-hegeh macam ni. Aku benci perempuan gedik macam kau. Aku cuma nak Mikanadira sahaja. Dah la, blah laahhhh.. " jerkah Izham sekuat-kuat hatinya.

Kiranya sampai terbang rambut-rambut Faqihah di buat nya. Faqihah terus lari pulang ke rumahnya. Malu lah tu, orang lalu lalang tengok Izham jerkah dia. Eiii, confirm boleh jadi bahan gossip ni..

Izham tunjuk penumbuk dekat kanak-kanak yang memandang nya. Sakitnya hati.. Bodoh la..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience