DM81~TERPEDAYA

Romance Series 23892

Bab 81

Tok Basah tersenyum sinis sambil menghisap curutnya. Daun sireh di dalam pinggan di ambil sebelum di letakkan gambir, isi pinang dan juga kapur. Kemudian dia membalutnya sehingga bahan-bahan itu, tidak terbuka dari daun sireh. Sireh yang sudah di balut itu, terus di suapkan ke mulut. Sedap.

Begini la kudap-kudapan orang tua-tua. Tok Basah melangkah malas ke bilik tempat urus niaganya. Botol-botol kecil berisi minyak dagu di simpan ke dalam almari khas. Baru semalam, dia sendiri pergi mengambil minyak dagu dari mayat, di kubur.

Seguni kecil yang di bawa sedari tadi, di letakkan di atas meja. Dia membuka guni itu dengan wajah tanpa perasaan. Dalam guni itu, terdapat mayat seorang bayi yang di balut kemas dengan kain kafan. Dia membuka ikatan kain kafan itu sehingga menampakkan tubuh bayi lelaki yang berbogel itu. Comel wajahnya walau sudah dua hari meninggal dunia.

Pisau tajam yang sudah di asah siap-siap, terus di lapah ke tubuh bayi itu. Hanya manusia yang keras hati sahaja, mampu membuat semua ini. Hati bayi itu di keluarkan selepas Tok Basah mengorek tubuh itu dengan pisaunya.

Alah, daging budak. Masih lembut lagi. Senang sahaja untuk di lapah.

Hati itu di letakkan ke dalam bekas kaca berisi minyak dan juga akar-akar kayu. Sebenarnya, Faqihah yang request cakap nak toyol pulak. Kata nya, sekarang ini, makin susah untuknya mendekati Izham. Lagi pun dia perlukan perkhidmatan toyol untuk mencuri wang. Orang malas nak kerja, gitu la jalan penyelesaiannya.

Pendek akal. Dia tidak tahu sebenarnya setan peliharaannya itulah, yang akan membinasakannya balik. Jangan mudah terpedaya dengan syaitan. Walau bagaimana sukarnya pun kita untuk melalui kehidupan ini, jangan pernah berpaling dari Allah. Tiada kuasa lain selain-Nya.

" Kau dah silap besar, budak. Kau tak tahu, pada malam itu, kau sudah menerima hantu raya yang paling power pernah aku ada. Walau diri kau akan menjadi kebal, tetapi kau tetap tidak akan selamat. Benda tu, takkan lepaskan kau sampai mati. Tapi bagusla. Dari aku kecil benda tu, berdamping dengan aku, tapi selepas kau rela untuk berdamping dengannya, nampaknya aku boleh pergi dengan aman nanti." kata nya sambil ketawa berdekah-dekah.

Kemudian dia terbatuk-batuk pula. Adoyaiii, curut ni la punya pasal. Sengaja nak buat nafas aku sesak lepas tu batuk-batuk pulak.

*****

" Ma, abang jawab call tak? " soal Sharifah yang masih terbaring lemah di atas katil. Bayi lelakinya sudah tertidur selepas kenyang minum susu.

Datin Suraya mendail nombor anaknya sekali lagi. Ya Allah, masih tak dapat la. Mana Gabriel ni? Isteri baru lepas bersalin, dia boleh menghilang entah ke mana.

" Ma? " panggil Sharifah lagi.

Datin Suraya mengenggam tangan menantunya. Kepala di geleng perlahan. " Dia block nombor Mama. "

" Ya Allah. " Sharifah cuba sedaya upaya menahan air matanya dari tumpah.

Sampai hati, abang buat Sha macam ni. Apa salah Sya? Kenapa abang tak jawab call dari Sya? Sya faham kalau abang sibuk kerja, tapi sekurang-kurangnya jawab la call. Jangan buat Sya macam ni. Sya tak kuat abang.

" Sabar Sya. Sabar. InshaAllah, nanti Riel datang lah tu. Sya jangan sedih-sedih ya. Kesian baby tu. Mummy nangis lah sayang. Baby pun sedih jugak kan, kalau Mummy nangis? " pujuk Datin Suraya.

Pipi mulus cucunya di cium, lembut.

" Sha tak tahan lah, Ma. Sya tak tahan. " Sharifah menangis-nangis lagi. Dia tak mampu nak simpan semua ni lagi.

" Shhh.. Sya tak boleh macam ni. Sya kena kuat. Tak nak sedih-sedih lagi dah. Mama pun rasa ralat sangat dengan anak mama tu. Mama tak sangka sampai macam ni perangai dia. " Datin Suraya mendakap tubuh Sharifah.

Pada waktu begini, sokongan suami sangat lah penting. Selepas mengharungi penat lelah ketika bersalin, isteri akan menjadi lemah. Jadi dengan kehadiran suami sebagai penghibur, ianya mampu membuatkan isteri tak lagi down. Tengok muka suami yang ceria menyambut anak, pasti si isteri juga akan bahagia.

Segala penat lelah semuanya, seakan terbayar dengan keceriaan di wajah suami.

******

Mikanadira berjalan-jalan di keliling sawah padi. Due date nya juga dah nak dekat. Mikanadira tak tahu nak describe macam mana perasaannya. Nervous ada.. Happy ada.. Takut pun ada..

Waktu itu, dia akan bertarung dengan nyawa untuk mengeluarkan si comel yang sudah 9 bulan mendiami rahimnya. Macam mana lah nanti ya, Firas? Ibu takut. Takut sangat kalau jadi apa-apa.

Banyak kawan ibu yang meninggal dunia ketika bersalin. Ibu takut la. Kut-kutlah, ibu antara orang yang akan mati ketika bersalin nanti jugak. Siapa yang nak jaga Firas? Siapa yang nak sayang Firas?

" Mikanadira! " jerit seseorang dari belakang.

Mikanadira pantas menoleh. Aduh, potong mood sedih orang aje la.

Faqihah berlari mendapatkan Mikanadira. Di tangannya terdapat sebatang kayu panjang.

Agak-agaknya dia nak buat apa lah, kan?

Mikanadira sudah nerves. Matanya terkelip-kelip memandang Faqihah yang semakin menghampiri. Apa yang gadis itu nak sebenarnya? Ya Allah, lindungila aku dan Firas dari segala perkara yang negatif.

Faqihah berdiri betul-betul di hadapan Mikanadira. Mukanya dari tadi bengis lain macam.

" Kau nak apa, Faqihah? " soal Mikanadira. Mukanya cuba di 'sekolah' kan supaya nampak tenang.

Kayu panjang itu di angkat tinggi-tinggi sebelum di libas ke tubuh Mikanadira. " Rasakan perempuan tak guna. Rasakan. Kau memang nak cari geruh dengan aku la. " jerit Faqihah.

Tubuh Mikanadira yang jatuh terduduk itu, di pukul lagi sehingga hatinya puas.

" Adoiii, sakit la bodoh. Adoiii. " Mikanadira tahan perutnya guna tangan. Lebih baik kena wajah dia dari kena perut.

Ibu akan lindungi semampu yang ibu boleh lakukan.

" Hiarghhhh. Hiarghhhh. " Faqihah bagaikan hilang kewarasan. Tubuh Mikanadira yang terjatuh lemah di tepi bendang itu, terus di tendang-tendang pula.

" Adoiii, cukuplah.. Fa.. Qihah.. Sakit.. " Mikanadira menderita kesakitan tatkala batang kayu itu, terkena kepalanya.

Rasa berpinar aje, kepalanya. Darah pekat sudah mengalir laju.

" Hoiiiiii! Jerit seseorang dari jauh.

Faqihah terus melarikan diri. Gila! Boleh mati la kalau buat bebal dan tunggu dekat situ lagi.

Seorang lelaki berlari mendapatkan Mikanadira.

" Tol.. long.. Sa..saya.. " kata nya sebelum rebah di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience