Izham dengan kaki terhincut-hincut terus berlari turun ke tingkat bawah. Hati dia tak tenang kalau sehari tak nampak muka isterinya.
Jiwanya bagaikan hilang entah ke mana. Dia nak mesej isterinya tetapi nombor nya di block pula. Ya Allah, inikah pengakhiran rumah tangganya? Berpisah untuk selama-lama nya?
Telefon Izham tiba-tiba berbunyi, menandakan ada orang menghantar mesej kepada nya.
~Amboi Am. Nak pergi honeymoon, tak ajak? Hahaha. Aku berselisih dengan wife kau tadi dekat airport. ~ Hazim
Bagaikan hujan tiba-tiba menimpa dirinya yang gersang dan ketandusan idea untuk mencari Mikanadira.
~Airport? Oh ya.. Ha. Aku pergi honeymoon. Tapi Airport mana eh? Aku pun lupa aku duduk dekat Airport apa. ~ Izham
Sehabis mungkin Izham cuba menyembunyikan kemelut rumah tangga antaranya dan Mikanadira. Tidak baik untuk di ketahui oleh orang lain. Nanti boleh jadi fitnah pulak.
~KLIA 2. Aku nak pergi Sabah ada urusan kerja. Jumpa kau lagi ya nanti ~ Hazim
Lafaz syukur di pohonkan kepada Ilahi. Terima kasih, Ya Allah. Kau hantar kawan aku untuk membantu aku. Izham terus berlari ke tepi jalan untuk mencari teksi. Perkhabaran itu bagaikan ubat mujarab untuk menyembuhkan kesakitan di kakinya.
Sayang, tunggu Abang ya. Abang teringin sangat nak tengok muka sayang. Cium dahi sayang setiap kali abang nak tidur. Masakkan untuk sayang dan baby makanan sedap-sedap. Tunggu Abang.
Izham tersenyum selebar yang dia mampu.
******************
Mikanadira menjeling mamat yang boleh dikatakan ada rupa itu. Baru aje kenal, terus nak menempek dengan dia. Biarlah, tak rugi dekat mana-mana pun Mika. Berkawan biar seribu, berkasih biar satu.
Mikanadira tak kesah pun nak tambah kawan ramai-ramai. Tapi yang kasih tu? Nanti-nanti lah dulu. Baru aje kot dia kena cerai. Edah pun tak sampai sebulan lagi.
Mungkin seri ibu mengandung kot? Sebab Mikanadira perasan mamat sebelah dia ni sepuluh kali sekejap tengok muka dia.
Rupanya bila mengandung ni, perempuan makin lawa ya? Hahaha.
"Awak lah dulu beratur. " Mikanadira mempelawa lelaki itu untuk berjalan dahulu. Kebetulan destinasi mereka juga di tempat yang sama. BEIJING. Mungkin kah lelaki itu jodoh nya?
Haip, behave Mikanadira. Mata tu jangan gatal sangat. Mentang-mentanglah kau sekarang ni single and available, jangan nk menggatal pulak.
" Awaklah dulu. Mommy to be yang lawa. " puji mamat itu sambil tersenyum manis.
Mikanadira hanya mengangguk kepalanya. Betul tak dia cakap? Perempuan bila mengandung makin lawa. Haish, makin tinggilah saham dia nanti.
Mikanadira beratur di hadapan lelaki itu untuk pemeriksaan pasport sebelum masuk ke balai berlepas.
" Sayang!! Tunggu dulu, jangan pergi. "
Mikanadira yang mendengar namanya di panggil terus berpaling. Heh, mesti peminat dia lagi. Hayya, Mika. Ramai nya peminat kau.
Mikanadira terasa tercekik air liurnya. Ingatkan peminat nya tetapi bekas suaminya pulak? Heh, ada apa pulak ni? Gila talak?
Mikanadira perasan pandangan Syafiq, mamat hensem tadi seolah-olah bertanya, 'awak kenal ke?'.
Izham melangkah menghampiri isterinya lalu tubuh itu didakap kedalam pelukannya. Rindunya selama 3 hari bagaikan tertunas jua..
Tetapi yang hairannya, tubuh itu bagaikan kaku. Sepertinya dia memeluk hantu pocong.
" Awak kenal ke, lelaki ni, Mikanadira? " soal Syafiq dengan muka yang berubah riak.
" T... Tak, Saya tak kenal. Hey, awak ni siapa? " Mikanadira tolak tubuh suaminya. Lelaki samdo ni. Sengaja datang sini buat drama slot akasia pulak. Hey, aku tahu lah aku lawa tapi tak teringin lah aku nak jadi pelakon, sempat lagi Mikanadira berdiskusi dalam hati.
Tangan Syafiq terus di tarik untuk masuk ke balai berlepas.
" Sayang! " suara Izham bagaikan merayu..
Mikanadira toleh jugak lah. Sebab tak sampai hati nak tengok lelaki tu cakap sorang-sorang.
Eceh, Agak-agak lah, nak cover Mika. Sebenarnya kau rindu kan dia jugak kan? soal hati yang sentiasa mahu mencari gaduh tu.
" Sayang, pandanglah abang. Abang rayu pandanglah Abang buat kali terakhir. Bagilah peluang untuk abang jelaskan semua nya. Tolonglah yang. Tolonglah. Abang rayu sangat-sangat dengan sayang. "
Air mata usah di tanyalah. Sudah bergelen-gelen keluar. Serak kedengaran suara garaunya.
Sedikit pun tidak tersentuh hati Mikanadira dengan rayuan itu. Masa nak cerai dia, senang-senang aje hantar mesej macam tu aje? Tapi sekarang merayu-rayu pulak? Sorry okay. Aku takkan jilat balik ludah aku.
Sekali aku dah pahat kau sebagai lelaki jahat, selamanya akan begitu.
Keputusan sudah di buat. Dia nak pergi Beijing menjenguk Gibran sambil mengubat hati yang lara. Mikanadira bernekad, dia tidak akan berpaling lagi.
Prinsipnya mudah sahaja, 'sekali kau buang aku, seribu kali aku akan campak kau balik.'
Dengan pantas, tangannya menarik Syafiq masuk ke balai berlepas.
Izham sudah meraung-raung melihat Mikanadira pergi. Terlorot jatuh dia ke palang besi. Air mata sudah membuak-buak keluar. Pandangannya mengikuti langkah Mikanadira dan lelaki itu sehingga kelibat mereka hilang.
Ya Allah, inikah pengakhirannya? Aku tak mampu ya Allah. Berpisah dengan isteri ku lagi. Aku tak mampu.
Lupakah dia yang aku masih suaminya? Lupakah dia? Kenapa? Mana janji dia untuk hidup bersama denganku sehingga hela nafas terakhir? Abang tak boleh hidup tanpa sayang di sisi abang. Kerana hati abang untuk sayang. Selamanya untuk sayang. Kerana dia lah Mikanadira, suri hati abang, jerit Izham di dalam hati.
**************************
"Kenapa, Mak? Jerit apa malam-malam buta ni? " Faizal muncul dengan muka terpinga-pinga. Terbantut hajatnya.
" Tu.. " Mak Jah menunjuk ke arah katilnya.
Faizal sua sikit kepala dekat depan muka bilik.
Oh my god..
Lelaki dan perempuan.. Duduk.. Atas katil... Tak pakai... Apa-apa?
" Korang balik. Balik sekarang. Dekat rumah aku nak buat maksiat. Aku cakap balik.. Balik lah. " Mak Jah menjerit sehingga terhincut bahu Faizal di sebelah. Aura mak dia sudah berubah.
Lelaki dan perempuan tadi terus berlari keluar.. Tidak sempat mengambil baju masing-masing dah. Mesti cermas gila tu.
Sepatutnya budak-budak tu kena bagi dekat ketua kampung aje. Pandai buat lepastu nak lari macam tu aje. Haish, budak-budak zaman sekarang. Pergaulan terlalu bebas.
Faizal usap bahu maknya banyak kali. Dah lah maknya ada darah tinggi. Nanti kalau orang tua tu pergi, siapa nak masakkan untuk dia? Nak sara hidup dia lagi?
Aselehe punya anak. Ada ketidak dia boleh berfikiran macam tu?
Share this novel