DM61~KAMPUNG SEBELAH

Romance Series 23892

Pemandu teksi itu membantu mengangkat bagasi Mikanadira. Kasihan pulak bila dia tengok wanita mengandung itu, terkial-kial nak angkat beg nya yang banyak.

" Terima kasih, bang. " Mikanadira tersenyum sebelum menghulurkan duit tambang kepada pemandu teksi itu.

" Lah, banyak sangat ni, dik. Lebih lagi 50 ringgit." pemandu teksi menghulurkan kembali wang lebihan. Banyak sangat. Dia tak boleh terima.

" Ambil aje lah, bang. Saya ikhlas bagi ni. Terima kasih tau, abang tolong angkat beg ni. " Mikanadira lambaikan tangan kepada pemandu teksi itu sebelum berlalu.

Dia tahu, kalau dia duduk dekat situ lagi, confirm abang pemandu teksi tu berkeras nak pulangkan semula duit baki. Susah betullah nak jumpa orang macam tu lagi, dekat dunia ni. Yang jujur dan amanah.

Pemandu teksi itu sudah berlalu pergi.

Mikanadira ketuk sedikit pintu yang nampak lusuh itu.

" Assalammualaikum, Mak Tipah. " laung Mikanadira dari luar. Dah la, panas terik sekarang ni. Berpeluh-peluh badannya.

Seorang wanita berusia lingkungan 60-an, keluar tak lama selepas itu. Terus dia tersenyum sehingga menampakkan gigi kapaknya.

" Ni, Mikanadira ke? " soal wanita itu bersama senyuman yang tidak memudar dari tadi.

Mikanadira anggukkan kepalanya.

" Lah, jom-jom masuk. Panas rembang macam ni, tak elok pulak untuk ibu mengandung macam kamu. " pelawa Mak tipah. Pintu rumahnya di buka sedikit luas, untuk membenarkan Mikanadira melangkah masuk.

Mikanadira akan sewa rumah dahulu buat sementara waktu ini. Dia tak selesa pula untuk kembali ke rumahnya. Tambahan pulak dengan apa yang terjadi antara Puan Maryam dan Tuan Hisyamuddin.

Sememangnya, mamanya memerlukan teman untuk mendengar luahan hatinya tetapi Mikanadira rasa macam tak berapa nak sedap hati pulak kalau pergi ke rumah itu.

"Takper kan, kamu tinggal dengan Mak Pah?" soal Mak Tipah sambil menolong mengangkat beg Mikanadira..

" Boleh aje lah, Mak Pah. " Mikanadira sungging senyum manis. Nak bagi first expression yang baik.

Mak Pah angguk kepalanya, perlahan." Yang hujung sekali tu, bilik kamu. Kamu buatlah macam rumah sendiri ya. " Mak Pah terus berlalu ke dapur.

Mikanadira terus masuk ke bilik yang di tunjukkan Mak Tipah. Okeylah, walau kecil, tapi boleh lah, boleh tidur, boleh rehat. Beg-begnya di bawa ke rak plastik bertingkat itu. Mungkin boleh di jadikan almari?

Mikanadira angguk perlahan kepalanya sambil tersenyum. ' Kita tinggal sini ya, baby. Ayah dah ceraikan ibu.. Ayah dah tak perlu kan lagi ibu.

Lepas ni, ibu hanya ada baby aje. Baby tinggal dengan ibu tau. Baby sayang ibu.

Tak silap ibu, ini kampung Jarak Atas, kampung sebelah dengan ayah. Ibu.. rindu kan, ayah. Walau ayah dah lepaskan ibu, tetapi ibu tak boleh nak nafikan lagi perasaan ni. Perasaan rindu akan ayah. Biarlah Mika tinggal di sini, sekurang-kurangnya Mika dapat rasa kehadiran abang.

***************

Mak Tipah meletakkan pinggan yang berisi keropok lekor goreng di hadapan Mikanadira.

" Mak tahu, Mika teringin nak makan keropok lekor, kan? Nah, Mak pah dah goreng. Makan lah." pelawa Mak Pah.

Tadi semasa mereka bersama-sama ke kedai runcit di dalam kampung, dia perasan, Mikanadira memandang lama ke arah peti ais, yang mengandungi barangan sejuk beku.

Air mata Mikanadira terus menitis. Dia terharu. Terharu kerana masih ada orang yang prihatin akan dirinya.

" Lah, kenapa nangis ni? Mak Pah ada salah cakap benda tak elok ka? " Mak Pah nampak gelabah. Seingat dia, dia hanya pelawa makan aje. Takdelah pulak sebut isu sensitif ke apa?

" Mika terlalu sedih. Terima kasih, Mak. Sudi masak kan untuk Mika. Mika hargai sangat. " Mikanadira peluk Mak Tipah. Wanita itu juga turut dianggap seperti maknya sendiri.

Mak Tipah tersenyum senang. Boleh juga lah, dia tumpang kasih seorang anak dengan gadis itu. Dia telah kematian suami tetapi tidak di kurniakan zuriat. Hidup nya begitu sunyi sekali.

" Kawan Mak jemput ke kenduri anak dia petang esok. Mika teman Mak, nahh. " redup mata Mak Tipah memandang anak angkat nya.

Mikanadira mengangguk setuju.

Mak Tipah tersenyum gembira. Alangkah bahagianya kalau dia ada zuriat sendiri, mesti sekarang ini dia boleh bergurau senda dengan anak. Bermain dengan cucu-cucunya.

**************

Izham memeluk baju isterinya. Lantas baju itu di cium dengan perasaan rindu. Abang rindu kan Mika. Abang sayang kan Mika.

Tapi antara kita, sudah tertulis sampai ke situ sahaja. Jodoh kita tak panjang. InshaAllah, nanti kita akan berjumpa dengan jodoh yang lebih baik.

Baju Mikanadira terus di campak ke dalam lungguk sampah. Dengan sekelip mata, api telah menjilat keseluruhan baju Mikanadira.

Izham hanya memandang dengan perasaan sayu sebelum berlalu naik ke rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience