Matanya terbuka selepas mendengar suara juruterbang dari mikrofon yang mengatakan mereka akan tiba tak lama lagi. Mikanadira mengeliat sedikit tubuhnya yang terasa lenguh itu.
Mikanadira kerling sikit Syafiq di sebelah. Wow! Handsomenya bila lelaki itu toleh ke sisi tatkala mahu memandang gugusan awan. Sekali tengok muka lelaki itu macam Fattah Amin pun ada, tapi kalau dua kali tengok macam Zul Ariffin pun ada jugak.
Gatal nya Mikanadira?! .. Ikut perangai sapa lah yang merenyam sangat ni?
" Eh, mommy to be dah bangun. " Syafiq terkejut apabila Mikanadira memandangnya. Apa hal mak boyot ni? Tetapi pantas dia mematikan setiap lamunan wanita itu.
Zina mata dan Zina hati lah, Puan Mikanadira.
" Yeah, good morning. " jawab Mikanadira sebelum kalihkan tubuhnya ke arah lain. Biasalah orang mengandung, duduk tu kadang-kala kena ubah sikit. Cepat lenguh.
Mikanadira tahu ramai orang di luar sana yang benci kan dia. Ingat dia perempuan galak, perempuan jalang lah. Tapi cuba selami hati dan perasaan dia jugak ,dah la dia dapat tahu yang suami dia benci dia sebab badan dia makin gemuk, lepastu kena cerai buta-buta macam tu aje.
Isteri mana tak sedih? Tak kecewa? Remuk tahu tak hati dia. Izham permainkan dia seperti dia boneka. Tiada perasaan. Mana kasih dan cinta lelaki itu? Mana? Yang dulu janji untuk sehidup dan semati bersama-sama? Paling tidak pun belas kasihan?
Gugur lagi lah, air mata kesedihannya. Bukan senang untuk dia lupakan Izham? Tak senang. Lelaki itu jahat.. Jahat kerana telah menyuntik dos cinta di dalam hatinya. Hati yang kering kontang kerana kematian bekas suami yang lalu.
Di saat dia ingin membalas cinta yang di sangka sangat tulus itu, lelaki itu buat macam ni pulak. Permainkan hatinya.
Salah kah kalau aku gemuk di sebabkan aku mengandung anak dia? Salah aku juga ke, kalau hormon dalam tubuh aku menukarkan bentuk tubuh ini? Salah aku ke?
Aku tak mintak semua ini. Aku tak pernah. Aku bukan tak cuba untuk mengawal nafsu makan tapi sudah puas aku cuba. Siapa dekat dunia ni nak badannya gemuk? Siapa yang nak?
Semua orang tak nak. Semua orang tak mahu. Semua orang nak badan cantik-cantik. Yang senang untuk digayakan dengan pelbagai jenis baju. Tapi, sudah takdir tuhan! Apa kan daya sebagai makhluk untuk mengingkari?
Selain hanya perlu menerima dengan hati yang redha dan bersyukur. Ingat lah, ciptaan tuhan semuanya baik-baik dan indah-indah belaka.
Mikanadira mengusap perutnya, lembut. Walau Izham mahupun satu dunia hina kita, keji kita, ingatlah baby, Ibu akan ada untuk baby. Ibu akan jaga anak ibu ini. Ibu akan besar kan anak ibu ini dengan tulang empat kerat yang ibu ada.
*********************
Izham memandang kapal terang yang membawa pergi isterinya, sudah meluncur naik ke udara. Mikanadira membawa sekali hatinya. Tiada hati, tidak bernyawalah tubuh ini.
Bergenang lagi air mata di pelupuk mata.
Kenapa Mikanadira tak mahu berikan dia peluang? Peluang untuk jelaskan apa yang berlaku. Terasa ralat pula, tinggal sendiri tanpa kehadiran insan yang dicintainya di sisi.
Sayang, abang sayang sangat dekat Mika, dekat anak kita. Abang takkan pernah lupa kan sayang. Kehadiran sayang, tak pernah pun menyusahkan abang. Abang tak pernah rasa terbeban nak melayan kerenah sayang.
Bagi abang kalau perlu, abang panjat gunung everest pun, abang sanggup. Sanggup, asalkan sayang kembali ke pangkuan abang.
HINGGA KINI AKU MENANTI
MENGAPA SIKIT PUN ENGKAU
TIDAK MENGERTI
MENGAPA KINI
KAU BERUBAH HATI
AKU DI SINI TETAP AKAN MENANTI
PUAS KU RAYU
PUAS MEMUJUK
KAU TETAP DENGAN EGOMU
TUK' MENINGGALKANKU
~Sha : Pertama kali
***************************
" You tak nak balik lagi ke, Yam? " soal seorang wanita. Wajahnya nampak keletihan.
" Tak nak lah. Sekarang masa untuk kita enjoy, Mah. Bukan selalu kita keluar macam ni. " Puan Maryam sambung bernyanyi lagu dangdut. Dia menyanyi rancak, sambil mengikut lirik yang terpapar di skrin televisyen.
" Suami you tak marah ya,Yam? You keluar lewat malam macam ni? Suami I nasib baik outstation. Kalau dia ada, confirm dia tak bagi I keluar malam-malam. " soal Kamariah pula.
" Nope. Suami I tu sporting sikit. Berani lah dia marah I, I marah dia balik nanti. " Puan Maryam menjawab sambil tersenyum nakal.
" Wow, seronoklah You. Dapat hubby macam tu. Tak pelah, Yam. Kitorang nak balik dulu lah. Mengantuk dah ni. " Puan Rosmah dan Puan Kamariah mencebik sesama sendiri.
Puan Maryam sambung bernyanyi dengan muka gembiranya, walau tinggal dia seorang diri. Nikmat kebebasan ini, perlu lah di isi dengan sesuatu yang menyeronokkan.
Share this novel