DM27~TERLAFAZNYA AKAD

Romance Series 23914

"AKU TERIMA NIKAHNYA, MIKANADIRA BINTI HISYAMMUDIN DENGAN MAS KAHWINNYA DUA RIBU SEMBILAN RATUS SEPULUH RINGGIT TUNAI"

Dengan sekali lafaz Mikanadira sah menjadi milik mutlak Izham Daniel selepas saksi berkata 'SAH'.
Izham dan Mikanadira menadah tangan saat Wali hakim membaca doa.

Usai diijabkabulkan mereka diterangkan pula tentang tanggungjawab suami isteri selepas berkahwin. Mikael awal-awal lagi sudah pergi entah ke mana.

"Lepas ni Kita nak pergi mana?" soal Izham kepada isteri yang baru dinikahi 30 minit 25 saat itu. Tangan Mikanadira disentuh.

"Hotel. Buat masa ni hanya Papa dan Abang El yang tahu pasal pernikahan kita. " Mikanadira buka mesej dari Afifa yang mengucapkan tahniah di atas perkahwinan mereka. Dan tak lupa juga si Afifa tuntut balik janji Mikanadira.

~Aku tak lupa pun. Kau ambik kereta dan handbag tu dekat apartment aku. Thanks kawan. Sudi tolong member yang bujang ni. ~Mikanadira

Mikanadira tersenyum - senyum tatkala Afifa hantar mesej lawak. Tak lain tak bukan usik pasal first night lah. Heh, kenapa pengantin selalu di usik macam tu? Boleh nervous tau memikirkannya.

"Mesej dengan siapa? " soal Izham sambil sua muka ke telefon Mikanadira, nak baca siapalah yang bermain mesej dengan isterinya.

Mikanadira cepat-cepat lari kan phone dia. Ma lulah kalau Izham baca mesej tu. Nanti mesti tengok Mikanadira lain macam.

" Fifa je. Adik Abang. " Mikanadira tersenyum manis untuk mengelakkan suaminya berprasangka buruk pulak.

" ABANG? Mika panggil saya Abang? " Izham tayang muka tak percaya bila Mikanadira panggil dia macam tu. Nak luruh jantung sebab terlalu suka dengan panggilan 'Abang'. Manis aje dengar di hawa telinga.

" Kenapa Abang tak suka ke? Nak Mika panggil apa, Baby? Kanda? Darling? Tapi bagi Mika tak perlulah nak show off sangat kebahagiaan tu.

Sememangnya panggilan tu penting. Sebab nak tunjuk yang kita beradab dengan pasangan. Panggil awak Abang tu cara saya nak tunjukkan rasa hormat sebagai seorang isteri kepada suami. Bahagia suami kalau dapat isteri yang hormatkan dia. " panjang lebar Mikanadira berkata-kata. Sesekali muka Izham yang sedang memandu dipandang, sayang.

" Bertuahnya Abang dapat isteri macam ni. Terima kasih Sayang sudi terima Abang yang banyak buat kesilapan dalam hidup. Abang rasa janggal pulak bila kahwin dengan sayang. Abang ni orang miskin, anak luar nikah yang entah mana-mana asal-usul. Kalau nak di bandingkan dengan sayang yang serba sempurna. Memang jauh panggang dari api. "

" Abang jangan cakap macam tu. Tak sukalah Mika dengar. Harta kekayaan ni, bukan boleh bawak masuk kubur pun. Jauh lagi boleh beli syurga. InshaAllah, semoga perkahwinan kita ni sampai ke jannah.

Mika nak abang tahu yang Mika sanggup harungi badai dan ombak dalam rumah tangga bersama dengan Abang. Tak namanya lautlah kalau tak bergelora , tak namanya manusialah kalau tak buat kesilapan. Yang penting kita bertaubat dan terus menjauhi perkara yang mendorong kita ke arah itu. Mika kahwin dengan abang untuk sekarang dan masa hadapan bukan untuk masa silam. Sekarang kita bukak buku baru dan cuba pelihara dan kasihi apa yang ada depan mata. Kerana kalau ia pergi, susah untuk kita kembalikan seperti dahulu. "

" Pandai nya sayang abang ni berkata-kata. " Izham cuit hidung mancung Mikanadira.

" Semalam puas Mika search internet nak tahu lebih lanjut pasal perkahwinan. Itu yang boleh bermadah pujangga ni. Credit untuk Uncle GOOGLE. " Mikanadira peluk lengan kekar Izham.

" Ada search pasal tu tak? " Izham tersenyum nakal sambil melirik pandangan ke arah isterinya.

" Pasal apa? " dengan muka suci murni Mikanadira bertanya.

" Alah, pelengkap rumah tangga tu. Yang halal untuk kita buat malam ni. Search tak sayang? " usik Izham sambil mencium tangan Mikanadira. Bukan lakonan semata-mata. Tetapi dia ikhlas buat macam tu.

" Hermmmm.... Abang ni, gatalnya. Time memandu pun boleh lagi fikir pasal ni. Eii, tak nak lah Mika cakap dengan Abang. Otak kuning. "
Mikanadira kalih muka ke cermin tingkap. Bila nak sampai ni, muka dah berona merah saga ni.

" Alahai, merajuk pulak sayang ni. Muncung panjang-panjang tu Abang kiss baru tahu. "

" Kisslah. " cabar Mikanadira dengan muka yakin tahap potong kaki. Dia tahu Izham takkan berani buat sebab sekarang kan tengah memandu. Lagi pun dekat public place kot.

Izham terus belok kereta ke tepi jalan.Kedua-dua tangan Mikanadira di pegang kejap sebelum di kucup bibir mungil itu lama. Mikanadira terpaku kerana senjata dah makan tuan. Mulutnya dikerjakan selama tiga minit.

Mikanadira terus tolak tubuh Izham bila terasa nafas suaminya berubah rentak. Tak naklah rasmi dekat sini. Malu woiii orang tengok.

Izham melepaskan bibir Mikanadira yang segar itu. Kemudian dia mengeluh. Barangkali kecewa bila ditolak. Riak muka dia pun dah berubah.

Mikanadira pula rasa bersalah bila tengok muka suami dia. Mesti suami nya kecewa. Dibelai-belai lembut bahu Izham yang sedang memandu.

****************************
Kunci kereta dicucukkan ketempat kunci sebelum di pulas. Dengan sekali pulas, kereta Camry itu terus terbuka enjinnya.

"Wow, awesome!! "Afifa peluk stereng kereta baru itu. Plastik pun tak buka lagi. Sayang pulak nak buka plastik yang membaluti tempat duduk.

~Aku letak dah kotak baju tu dekat bilik hotel kau. Confirm malam ni Abang Am merengek nak lagi. Hihihi. Enjoy your first night, babe. Hopefully boleh buat baby made in Hotel Sri Angkasa. ~Afifa

Tak sampai seminit Mikanadira membalas.

~Thank you, my sister in law. Aku akan pastikan malam ni boleh jadi suatu kenangan yang tak boleh dilupakan. Aku tak rasa made in hotel tapi made in car. Abang hentikan kereta tepi jalan tadi sebelum kiss bibir aku. Serius terkejut monyet
aku. ~Mikanadira

"Gatal. Biasalah baru kahwin. Nanti dah 2 ke 3 tahun lagi kemanisan rumah tangga tu makin pudar. " Afifa tersenyum senget.

*******************************

Sebaik sahaja tiba di hotel, Mikanadira terus masuk dalam suite honeymoon mereka. Izham pulak masih dengan mood sentap sedunia dia. Tak nak turun kereta.

Mikanadira tak pujuk pun sebab dia boleh gunakan peluang keemasan itu untuk buat preparation nak sambut first night mereka. Tak sabarnya. Malam Ini mereka akan jadi suami isteri dalam erti kata sebenar.

Kotak hitam diatas katil yang di penuhi kelopak mawar merah, diambil lalu di bawa masuk ke dalam bilik air. Nak bersiap-siap dulu sementara nak tunggu Izham masuk.

Untuk next chapter memang mature content. So, bila baca tu tanggungjawab sendirilah. Sama ada nak ambil pengajaran ke ikhtibar ke. Jumpa esok semua

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience