DM36~SURPRISE

Romance Series 23892

BEIJING, CHINA

Gibran duduk di atas katil sambil merenung jauh keluar bilik. Beratnya ujian yang menimpanya. Tuhan tarik nikmat yang dipinjamkan selama 30 tahun kepadanya. Nikmat yang sangat indah.

Selimut di campak ke lantai. Rambut diramas-ramas kasar. Kenapa? Mengapa aku?

Begitu banyak persoalan bermain di kotak fikiran. Aku tak sedia lagi. Lebih baik kau ambik nyawa aku dari ambik kedua-dua kakiku. Macam mana aku ingin menapak, melangkah di atas muka bumi mu. Ingin bertemu si dia, pemilik hati?

. . . . . . Tok.. Tok.. Tok..

Pintu bilik diketuk perlahan sebelum dikuak oleh Datin Suraya. Dia menatang pasta carbonarra kegemaran anaknya bersama segelas jus apple.

" Abang, makanlah sikit. Mummy dah masak makanan favorite Abang. Pasta. Abang suka pasta, kan? ". Datin Suraya bersuara sebak tetapi dibuat ceria.

Kalau sebagai mummy dia tunjuk sedih, nangis-nangis, apa tah lagi anaknya yang menanggung. Datin Suraya tidak mahu anaknya hilang semangat untuk hidup.

Kalau boleh dialih kan, sakit yang dialami anaknya, Datin Suraya rela. Rela mengambil sakit itu untuk ditanggung dirinya. Kasih seorang ibu. Merupakan kasih sejati yang murni.

Seorang ibu tidak ralat untuk memandang anaknya sedih. Sakit anaknya, sakit jugalah dia.

"Takpelah, Mi. Abang tak lapar. Mi, janganlah risau. Takut jejaskan kesihatan Mummy pulak. Abang tak nak mummy sedih. " jawab Gibran perlahan.

" Kalau Abang tak nak Mummy sedih, abang makanlah sikit pasta ni. Sesuap pun takpe. Buat alas perut. " Datin Suraya duduk di sebelah anak terunanya. Sudu di ambil lalu dicedok sedikit pasta sebelum di bawa ke mulut anaknya..

" Abang takde seleralah. Mulut ada ulser. Mungkin sebab accident hari tu. " Gibran tolak perlahan tangan mummynya.

" Nanti Abang makan ya. Mummy janganlah risau. Abang nak tidur sekejap. Mummy keluar lah dulu. Main dengan Asha, Asyika dan Aish. " Gibran membaringkan tubuh di tilam selepas lama bersandar di katil.

Asha, Asyika, Aish merupakan anak-anak adiknya, Gabriel. Sebenarnya ada lagi 3 orang. Tak silap Gibran, nama Aishah, Asyila dan Asydan. Unik, kan nama anak-anak buahnya.

Datin Suraya terus berlalu keluar. Baru teringat cucu-cucu yang ligat bermain di bawah.

*****************************

"Siapa punya angkara ni? Siapa hamilkan Kayla?" soal Puan Maryam apabila semua seisi rumah berkumpul. Termasuk sekali dua beranak orang gajinya.

Terkejut beruk,dia apabila masuk bilik Mikayla anak bongsunya. Tiba-tiba.... Guess what?

Tengok Mikayla usap perut yang memboyot besar. Puan Maryam gosoklah mata sekali lagi. Kut-kutlah silap tengok ke apa?

Ya Allah, memang gaya macam orang mengandung. Dia pernah mengandung, jadi dia tahulah gaya-gaya perut orang mengandung ni.

Mak Jah dan Faizal sudah sungging senyum sinis. Hah, gaduh-gaduh.

Mikael angkat tangannya. Lebih baik terus terang sekarang dari mamanya tahu sendiri. Lagilah teruk dia kena nanti.

"Kamu angkat tangan sebab apa, El? " soal Tuan Hisyamuddin yang diam sejak dari tadi.

" Saya hamilkan Kayla. " jawabnya laju. Selaju jantung yang berdegup laju.

PANG!!!!

Sebuah penampar hinggap ke pipi. Wow, selaju 100km/jam. Terteleng terus muka Mikael ke tepi.

" Semua ni takkan jadi kalau takde orang asing dalam rumah ni, so Mak Jah dan anak rasanya boleh pergi lah ye. Dari rumah Saya. Saya dah upah maid baru. Baju semua saya letak tepi pintu belakang rumah. Boleh pergi sekarang. " tegas Puan Maryam berkata-kata.

Dia memang cari alasan untuk menghalang langau dua ekor tu. Perangai macam hantu.

Dua-dua beranak tu dah buat muka orang mati suami, sedih, sayu. Ehek, ingat orang nak simpati?

" Tapi apa salah Mak Jah? " soal Mak Jah.

" Salah Mak Jah ialah Mak Jah try nak bomoh kan kami sekeluarga. Saya tak tahu Mak Jah letak apa dalam makanan tapi yang Saya tahu memang angkara Mak Jah.

Buat apa entah aku nak terang semua ni dekat orang miskin macam korang? Orang bagi betih, sekali dengan kepala orang, kau nak pijak . Kau orang memang melampaulah. Blah sekarang. " halau Puan Maryam. Mukanya sudah mencerlung garang.

" Bagi kami duit pampasan. Tak kan lah senang-senang aje nak halau kami. " jawab Faizal dengan muka menjengkelkan.

" Pampasan nenek kau. Kau orang ni aku patut report dekat polis aje. Perangai macam setan. Aku cakap blah tu blahlah. Asal buat keras kepala sangat? Hello,macam ni lah orang miskin. Kerja maid pun dah buat tak sedar dek untung dah.

Kau Jah. Aku kutip kau masa kau jadi gelandangan yang hidup di kolong. Tapi sekarang ni kau buat perangai tamak dah. Tak sedar diri. Kita kutip dia, dia nak curi gelang emas Kita balik. Kalau orang miskin, salutlah dengan emas pun tapi tetap nampak low class. " Puan Maryam sudah mengepal penumbuk.

Faizal tarik tangan Mak dia keluar dari rumah itu. Risau pulak kalau singa rimba tu call polis betul-betul, tak pasal-pasal tidur lokap malam ni. Eiiiii, tak sanggup.

Mak Jah pun hanya menuruti anaknya yang laju melangkah. Dia pun tak tahu macam mana boleh kantoi, dia curi gelang emas Puan Maryam. Rasanya dalam bilik wanita itu tiada CCTV tapi bila dah tertangkap ni lebih baik undur diri dulu.

Tak dapat rosakkan keluarga itu cara kasar, dia boleh guna cara halus. Yang penting hati puas dapat melihat keluarga itu merana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience