DM57~CIUM

Romance Series 23892

Mikanadira melangkah turun dari biliknya untuk membancuh milo panas. Stok Nescafe dalam biliknya, sudah habis dikerjakan oleh anak-anak Gabriel dan Sharifah. Sorang nak segelas. Bukannya nak kongsi pun. Aselehe betul.

Elok sahaja dia ingin melangkah ke dapur, dia ternampak figura seorang lelaki yang merenung nya dengan mata helang. Siapa tu?

Mikanadira melangkah sedikit menghampiri lelaki itu sebelum.. Baru dia perasan. Gabriel. Apa yang lelaki itu buat dalam gelap?

Mikanadira malas nak tegur. Terus dia melangkah menuju ke dapur. Lebih baik bancuh air milo kan, baby?

Gabriel tersenyum sebelum memandang kiri kanan untuk memastikan tiada orang yang memerhatinya. Orait, line clear.

Gabriel terus melangkah ke arah Mikanadira yang sedang leka membancuh Milo. Bancuh milo pun nampak comel. Di tambah lagi dengan hijab yang tersarung di kepalanya, ayu gila.

" Hai. " Gabriel menegur sambil memeluk pinggang Mikanadira dari belakang.

Mikanadira terus menolak tangan lelaki itu. Apa hal? Galak betul.. Nak manja pun pergilah manja dengan isteri dekat atas tu..

Gabriel kembali mengeratkan pelukannya. Hidungnya sempat menangkap aroma haruman rambut Mikanadira dari sebalik tudung. Wangi. Masih seperti dulu.

" Apa ni? Lepas lah. Pergi peluk isteri dekat atas. Saya bukan mahram awak. " Mikanadira meronta-ronta di dalam pelukan Gabriel.

" Kalau macam tu apa kata kita, halalkan hubungan kita. Takkan nak biarkan kasih terputus di tengah jalan? " Gabriel mencium pipi Mikanadira yang tembam itu..

" Antara Saya dan awak takkan ada apa-apa dah. Hati saya dah lama mati untuk awak. Please lah lepaskan Saya. Dosa tahu tak? Berpelukan macam ni? " Mikanadira separuh merayu. Khudratnya memang tak mampu nak menolak Gabriel. Yang perlu dilakukan sekarang ini adalah dengan cakap baik-baik.

Gabriel menarik hijab yang menutupi rambut ikal Mikanadira. Tubuh itu di pusingkan menghadapnya..

Mikanadira hanya menurut seperti terpukau. Di biarkan tangan Gabriel yang menyentuh pinggangnya. Tiada lagi tegahan mahu pun larangan terpancul dari bibirnya.

Gabriel tersenyum dalam diam. Bagus jugak kan ilmu pukau yang baru di ajar oleh Arissa. Benar-benar berkesan.

" Letak tangan di dada Saya. " suruh Gabriel dengan sengihan nakal nya.

Mikanadira menurut. Kedua-dua belah tangannya di letakkan di dada Gabriel yang sado itu.

" Okey, bagus. Sekarang ni, kiss bibir Saya pulak." pinta Gabriel yang sudah di kuasai nafsu. Baguslah ilmu pukau ini. Dia dapat menunduk Mikanadira yang ego dan sentiasa menjauhkan diri darinya.

Baru sahaja bibir Mikanadira ingin bertaut dengan bibir nipis Gabriel terus Gita mencelah dari ruang tamu.

" Kak Mika. " panggilnya sekali gus membuatkan Mikanadira tersedar dari pukauan Gabriel. Terus Mikanadira menolak tubuh Gabriel sebelum berlalu. Apa yang jadi sebenarnya?

******************

" Kalau tak sibuk urusan aku tak boleh ke? " Gabriel sudah naik hangin dengan adiknya. Kacau daun betul, lah.

" Abang lah. Cakap tak serupa bikin. Cakap nak gambar berdua aje, bukan gambar peluk, cium semua. Tapi sekarang ni, Abang ambik kesempatan pulak. " Gita meletakkan telefon pintar Gabriel di atas meja di hadapan lelaki itu.

" Gita cuma ambik gambar yang tak peluk-peluk aje. Please lah, fikir dulu dosa pahala. Jangan asyik nak ikut nafsu sangat. Abang suami orang. Kak Mika pun isteri orang. " Gita gelengkan kepalanya. Kesal. Kesal kerana mengikuti permintaan Gabriel sebentar tadi.

Gabriel ukir senyum sinis. Tak perlah. Lepas ni, kalau nak buat projek mesra alam, dia tidak perlu lagi khidmat jurugambar seperti adiknya. Banyak cekadak pulak.

Gambar di skrin telefon di pandang dengan kepala terangguk-angguk. Okeylah tu, gambar rapat-rapat. Dalam keadaan samar-samar gelap pulak tu. Kalau Izham tengok, pasti lelaki itu akan membenci Mikanadira.

****************

" Tiha. Ni buku apa? " soal Izham apabila terpandang buku kecil berwarna coklat itu.

Sejak akhir-akhir ini, Izham semakin rapat dengan Fatiha. Gadis itulah yang banyak memberikan kata-kata semangat dan dorongan untuknya.

" Abang rasa? " Fatiha menjeling manja wajah Izham. Pen di tangan di letakkan kembali ke dalam kotak pensel.

" Alah. Tak seronok lah, main rasa-rasa macam ni. Abang memang tak pandai meneka. " Izham goyang-goyangkan kakinya.

Fatiha herotkan sedikit bibirnya sebelum mengangguk-anggukkan kepalanya.

" Sebenarnya, ni buku hutang. Kalau ada orang hutang dengan Tiha, Tiha akan tulis dekat buku ni. Abang tahu, kan? Kalau kita hutang dengan orang tapi kita buat tak tahu aje, nanti di sana nanti kita akan tergantung tau. Contoh lah, kalau selepas dihitung amalan Abang dan didapati abang boleh masuk syurga, tapi di sebabkan hutang, abang tak boleh masuk syurga lagi. Kena bagi pahala abang dekat orang yang abang hutang tu. Takut kan, bang? " Fatiha kembali menulis laporan untuk sesi pembelajarannya esok.

" Oh, I see. " Izham urut dagunya..

" Tapi kan, kalau Tiha yang hutang dengan orang, Tiha tak tulis ke? " Izham sudah ketawa mengusik. Dia selesa untuk berborak dengan gadis yang baru menjadi Cikgu praktikal itu.

Fatiha sudah menjeling Izham. Nak perli dia ke?Terus perut Izham di cubit. Terjerit-jerit Izham sebelum ketawa berdekah-dekah.

Dari jauh Sakinah, Kak Mastura dan Mak Siti tersenyum-senyum melihat kemesraan antara Izham dan Fatiha.

Done for today! Jgn lupa untuk komen ya. Boleh juga follow Dania. InshaAllah, Dania akan follow awak balik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience