DM66~INTAI

Romance Series 23892

Suasana malam dengan bunyi cengkerik yang saling sahut-menyahut, di redahnya dengan senyuman. Dari Padang Menora ke Jarak Atas dia hanya berjalan kaki. Demi keinginan yang telah di tekadkan dalam hati, dia sanggup. Sanggup untuk lakukan apa sahaja.

Matanya meliar memandang sekeliling. Kut-kutlah ada yang memerhati. Lama juga di berkelakuan begitu. Bukan apa, dengan keadaan malam yang kelam tanpa di temani cahaya bulan, takutlah ada orang yang memerhati.

Setelah memastikan dirinya tidak diintip, terus Izham keluar dari semak. Langkah kaki di atur perlahan. Dia ke sebuah dinding kayu yang di percayai, bilik Mikanadira. Dia mengintai dari sebalik lubang kecil. Mikanadira masih belum tidur. Dia sedang leka membelek telefon.

Apa yang menarik perhatian Izham adalah baju isterinya. Gaun mengandung labuh bertampal bunga hitam, begitu cantik tersarung di tubuh itu.

Wah, isterinya juga telah memotong rambut. Cantik. Rambutnya yang ikal di lepaskan bebas sehingga ke paras bahu. Di hujung rambut di buat kerinting sikit. Argh, benar-benar mengancam kalbu.

Kalau dulu sebelum tidur, mesti Izham akan mengelus lembut rambut isterinya. Tapi bila Mikanadira dah selesai mandi pada keesokan harinya, Izham juga yang akan menyikat rambut ikal itu. Mikanadira masa awal-awal hamil memang malas nak buat apa. Sampaikan sikat rambut pun dia malas. Tapi Izham faham. Tak salah kalau sebagai suami dia buat macam tu. Penat lelah Mikanadira mengandung anaknya, sudah memadai untuknya.

Mikanadira mengurut betisnya yang terasa sengal. Minyak angin di ambil lalu, di urut ke betis. Selesai mengurut buat seketika, Mikanadira berbaring pula di atas katil. Pinggangnya pula terasa lenguh. Haish, malam-malam macam ni lah, segala sakit semua nak datang.

Izham memandang simpati isterinya. Mesti Mikanadira lenguh-lenguh tubuhnya. Kalau dulu, Izham jugalah yang selalu mengurut isterinya. Tiap-tiap malam pulak tu, Mikanadira merengek minta di urut. Manja..

Dalam lenguh-lenguh di tubuhnya, Mikanadira terlelap seketika dalam keadaan lampu yang terpasang. Izham menolak jendela kayu yang tidak berkunci. Ini lah, peluang untuk dia bersua dengan Mikanadira.

Pasu bunga yang di susun tinggi, di jadikan alat untuk menambah ketinggiannya ketika ingin memanjat masuk ke dalam bilik itu.

Yes, dengan sekali cubaan sahaja, dia terus menolak jendela kayu itu dengan perlahan. Risau pulak takut Mikanadira terjaga. Perlahan-lahan, Izham menapak ke arah isterinya. Tubuhnya di bawa naik ke katil. Baju mengandung Mikanadira di selak sedikit sebelum dia mengurut lembut betis itu.

Mikanadira yang terasa dirinya di urut itu terus membuka matanya. OMG? Dia bermimpi ke?

" Aku nak urut aje, tak payah buat muka terkejut sangat. Tu, kaki tu, letak lah balik depan aku. " keras suara Izham dalam nada suaranya yang berbisik.

" Kita dah cerai. Awak dah takde hak apa-apa pun dekat Saya lagi. Pergi balik la. Tak manis orang tengok. " Mikanadira turut bersuara perlahan.

" Oh, kau takut jantan tu tahu? Takut dia dah tak sukakan kau? " lain yang Mikanadira maksudkan, lain yang Izham tafsirkan.

" Tak lah. Jantan mana pulak ni? Awak balik la. " gesa Mikanadira.

" Biar aku urut dulu kaki dengan pinggang kau. Baring lah. " Izham menolak sedikit tubuh Mikanadira untuk berbaring.

" Awak tahu tak, berdosa apa yang awak buat ni? Kita officially dah bercerai. Cuma tunggu nak laporkan dekat pejabat agama aje. " Mikanadira bersuara tegas. Lupakah Izham yang lelaki itu sendiri yang menceraikan Mikanadira?

" Aku cakap baring tu, baring aje lah. Mika, jangan sampai aku buat sesuatu yang kau akan menyesal nanti. " ugut Izham dengan matanya mencerlung garang.

Mikanadira mencebikkan bibir. Apa sangat yang bekas suaminya boleh buat?

" Oh, kau ejek aku ya. Tunggu kau, Mika . " Izham terus menarik Mikanadira ke dalam pelukannya. Di peluk tubuh itu kejap. Tapi kedudukan mereka tak lah rapat sangat, sebab perut Mikanadira yang memboyot itu menghalang.

Mesti baby pun tak bagi ayah curi-curi peluk ibu, kan? Baby kan, geng dengan ibu.

Izham mencium Ubun-ubun, dahi dan kedua-dua belah pipi Mikanadira. Gayanya seperti melepaskan rindu aje.. Hah, ego lagi Izham.

Bini dah balik tu, sambutlah bini. Ini tidak dengan membabi buta, terus cerai si bini. Tengok sekarang, siapa yang gila bayang? Tak boleh move on.

Mikanadira bagai kan terkhayal buat seketika. Kemudian apabila, tangan Izham sudah berlingkar di pinggangnya baru dia tersedar.

" Eh, apa ni? Awak balik sekarang. Saya jerit, kang. " ugut Mikanadira sekali gus menjarakkan ruang antara mereka.

" Alahhhh, orang baru nak urut. Tapi dia jual mahal pulak. Esok aku datang lagi tau, sayang. " sempat Izham curi-curi cium dahi isterinya sebelum berlalu dengan senyuman kepuasan.

SAH malam ini, dia akan bermimpi indah.

Mikanadira memandang kelibat Izham yang turun dari tingkap dengan pandangan yang sukar untuk di mengertikan. Dia pun rindukan Izham ke? Kenapa dia seolah-olah merelakan diri di cium oleh bibir nipis itu?

Argh, perasaan kau aje ni, Mika. Mikanadira terus sembam muka ke bantal sambil tersenyum dalam diam....

Ehehehe, Puan Mikanadira pun gatal jugak ni...

Idea tiba-tiba datang pulak. Haha.. Dah ada idea tu, lebih baik Dania karang elok2 dari dia tak datang terus. Lagi susahkan? Anyway, thank you kepada semua yg sudi baca karya Dania. Love you

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience